Halaman

04 March 2014

Penduduk DUN Langkap produktif.

Roslan ketika di rumah pengusaha sos di Kampung Langkap.
Oleh: Aminudin Ismail.

TIMBALAN Pengarah Unit Komunikasi Negeri (UKOM) Terengganu, Roslan Abdul Rahman mengambil masa lebih tiga jam bertemu mesra dengan dua usahawan dan empat peserta tanaman berkelompok, di DUN Langkap, Setiu, petang tadi.

Roslan yang ditemani isterinya, memulakan kunjungannya itu ke Kampung Langkap kira-kira jam 4 petang dengan mengunjungi rumah seorang pengusaha sos pencicah terkenal jenama 'Laris' di Terengganu, Hasmah Hassan.

Dalam kunjungan itu, Roslan diberi penerangan mengenai cara pemerosesan sos itu serta beberapa produk lain yang dikeluarkan Hasmah antaranya ialah sos cili, sos tomato, kicap dan air berkarbonat.

Ketika di rumah Zalida.
Selepas hampir satu jam di rumah Hasmah, Roslan mengunjungi pula ke tempat pembuatan kuih benderang yang diusahakan oleh seorang wanita iaitu Zalida Othman di Kampung Chalok Kedai yang terletak kira-kira 1 kilometer dari pekan Chalok Kedai.

Zalida yang mengusahakan kuih benderang sejak beberapa tahun lalu itu kini mengedarkan kuih benderangnya dalam pembungkusan baru yang dibantu oleh Yayasan Pembangunan Usahawan Negeri Terengganu.

Roslan juga sempat melihat cara memasak kuih benderang dan cara pembungkusannya selain merasa kuih yang berbentuk bulat itu yang baru siap dimasak.

Selepas itu, Roslan menghabiskan masa sepetang di Langkap dengan mengunjungi tapak penanaman nenas berkelompok di Kampung Bukit Kecil kira-kira jam 6 petang tadi yang terletak kira-kira 20 minit berjalanan dari Pekan Chalok Kedai.

Roslan bersama pengusaha tanaman nenas.
Dengan perjalanan jalan kebun sejauh kira-kira dua kilometer dari jalan utama Chalok ke Kampung Telaga Papan, Roslan dan penulis tiba di tempat tanaman itu kira-kira jam enam petang.

Berkunjung ke situ, orang ramai boleh hamparan tanaman pokok nenas di tanah seluas kira-kira 70 hektar yang diusahakan penduduk setempat. Projek tanaman berkelompok nenas Kampung Bukit Kecil itu adalah antara kawasan pengeluaran nenas terbesar di Terengganu.

Roslan berkata, walaupun kunjunganya ke tiga tempat di Langkap itu mengambil masa yang singkat tetapi beliau kagum dengan kegigihan dua usahawan dan penanam nenas itu dan mengharapkan masing-masing terus mempertingkat hasil pendapatan untuk memajukan diri dan keluarga serta menaikan nama kawasan Langkap.

Selain itu, katanya, orang ramai juga dapat membeli barangan dengan harga lebih murah jika membeli terus di tempat pengeluaran produk itu.