Halaman

03 March 2014

AHMAD SAID MENGANTARABANGSAKAN TERENGGANU, 250 PENGAMAL MEDIA SELURUH DUNIA AKAN BERKAMPUNG DI TERENGGANU APRIL INI


TAHUKAH anda bahawa perairan kita (Terengganu) ini kaya dengan pelbagai spesis sotong pada musimnya.  Ada sotong torok, jarum, mengabang, katak dan sebagainya. Justeru itu kerajaan Terengganu akan mengantarabangsakan program mencandat sotong dengan membawa kira-kira 250 orang peserta luar negara yang terdiri dari pelbagai wartawan dan pengamal media antaranbangsa.
Ia dijangka berlangsung pada 11 hingga 16 April ini iaitu membabitkan enam hari lima malam.
 Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said sendiri mempengerusikan mesyuarat tersebut semalam, di Wisma Darul Iman.
 Beliau berharap, acara itu akan meletakkan Terengganu di peta antarabangsa, lebih-lebih lagi yang datang itu adalah merupakan pengamal media seluruh dunia.

 Menteri Besar berharap pelancongan Terengganu akan menjadi teras ekonomi di masa akan datang dan berharap para peniaga dan pengusaha pelancongan serta rakyat keseluruhannya akan mendapat keuntungan darinya.
  Beliau berharap kedai-kedai makan di negeri ini jangan terlalu mengenakan harga yang mahal, tetapi biarlah berpatutan, bersih dan menu yang menyelerakan. Oleh: Ruslan AR