Halaman

02 March 2014

Pengamal media mampu ubah minda rakyat

Oleh: Suriati Ali dan Noraini Jusoh 

 Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Mohd Sabri Alwi mengakui peranan media sememangnya penting dalam membantu mengembang minda rakyat dan memberikan imej yang baik kepada kerajaan memerintah.

 “Saya sedar wartawan mempunyai kepakaran untuk mengolah sesebuah berita sama ada dari sudut positif atau negatif.

 “Jika pengamal media menonjol sesuatu berita itu dari sudut positf, maka hasil berita menjadi positif dan begitulah sebaliknya,”katanya ketika berucap pada Majlis Mesra Media bersama UMNO bahagian Kuala Terengganu,di Primula Hotel, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Datuk Sabri turut memberitahu, dia sedia untuk berundur sekiranya gagal mempamerkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang baik dalam menghadapi Pilihan Raya Umum 14 akan datang.

 Beliau yang mesra dengan panggilan 'Mat Kerak' berkata, KPI yang ditetapkan itu merangkumi keperluan terhadap usaha untuk mengembalikan kekuatan jentera parti di bahagian tersebut.

 "Jawatan ini bukan untuk bermegah atau satu keistimewaan. Ini merupakan tanggungjawab berat dan saya sudah tetapkan KPI pada diri sendiri.

 "Sekiranya gagal meneruskan perjuangan parti di bahagian ini, saya akan bertanggungjawab di atas kesalahan itu dan bersedia untuk mengundur diri," katanya.