Halaman

02 March 2014

Belia minat jadi usahawan

Oleh: Suriati Ali

Hasrat Kementerian Pertanian dan Asas Tani melahirkan usahawan muda atau `agropreneur’ kini dilihat mendapat sambutan mengalakkan daripada golongan belia, termasuk siswazah.

Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, berkata kerajaan ada menyediakan pelbagai dana pinjaman untuk memulakan perniagaan yang diminati dan tunjuk ajar, khidmat nasihat dan bimbingan dari jabatan dan agensi yang berada di bawah kementerian.

“Selaras dengan hasrat itu, kementerian mencadangkang agar turut membangunkan generasi kedua di kalangan anak-anak bagi memastikan kelangsungan dan kesinambungan terhadap perusahaan kita.

“Kemudahan begitu banyak disediakan kerajaan dalam pelbgai bentuk melalui kementerian, kerajaan negeri dan jabatan, semata-matamahu masyarakat mampu berusaha dan seterusnya dapat mengeluarkan produk berkualiti,” katanya.

 Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Persatuan Industri Asas Tani Terengganu, di Pusat Dagangan Terengganu, Kuala Terengganu, semalam.

 Katanya, pihaknya berusaha membuka Agro Bazar di Singapura, sebagai langkah memasarkan produk pertanian tempatan Jun depan “Pembukaan Agro Bazar di Singapura merupakan projek perintis sebelum ia diperluaskan ke negara-negara lain.

 "Tapak yang sesuai untuk dijadikan Agro Bazar itu sudah dikenalpasti," katanya. Katanya, tiga konsep perniagaan menjadi fokus di bazar tersebut iaitu produk buah-buahan segar, makanan dan kafe.

 “Selain Singapura pihaknya juga bercadang mewujudkan Agro Bazar di beberapa negara lain seperti di Hong Kong dan China,” katanya.

.