Halaman

07 March 2014

Patuhi undang-undang ketika naik motosikal ke sekolah- Ketua Polis Negeri.

Jamshah...Ketua Polis Terengganu.
Oleh: Aminudin Ismail.

PELAJAR di negeri ini yang mengunakan motosikal untuk berulang-alik ke sekolah dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang dan peraturan jalanraya supaya mereka boleh menonggang dengan selamat ketika pergi dan pulang sekolah.

Ketua Polis Terengganu, Dato' Jamshah Mustafa berkata, beliau mahu guru-guru supaya sentiasa mengingatkan pelajar supaya mematuhi undang-undang seperti memiliki lesen dan insuran.

"Sayapun nak meminta kerjasama pihak sekolah dengan mengingatkan pelajar supaya pastikan pertama, pelajar memiliki lesen menonggang motosikal, kedua, memakai topi keledar dan yang ketiga pastikan motosikal memiliki 'roadtax' (insuran)," katanya.

Jamshah berkata, pihaknya tidak teragak-agak untuk menyaman pelajar yang tidak mamatuhi undang-undang jalanraya ketika menonggang motosikal.

"Sebenarnya penguatkuasaan ini kita dah mula(sejak dulu) untuk agresif daripada semua aspek, baik di sekolah baik di jalanraya semua dah kita kuatkuasakan. 

"Dan kita juga akan mengambil tindakan undang-undang ke atas ibubapa ataupun pemilik yang membenarkan motosikal mereka ditonggang orang yang tidak memiliki lesen. Kita memang serius dalam menangani masalah ini," katanya. 

Jamshah berkata, masyarakat perlulah peka dengan pematuhan undang-undang jalan raya ini bagi menjamin keselamatan diri mereka dan membantu Polis dalam menguatkuasakan undang-undang.

"Kita tidak boleh berada di semua tempat pada semua ketika dan Polis akan sentiasa bertindak ketika menjalankan tugas," katanya.