Halaman

17 March 2014

KEMUDAHAN KOMUNIKASI MELALUI WIFI PERCUMA TINGKATKAN PRODUKTIVITI DAN KASIH SAYANG


Pelancaran rasmi WIFI (MY-O-SITE) di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu  bakal diadakan pada 6 April 2014 ini.
 Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Dato’ Haji Mohd Yasim Awang yang mempengerusikan mesyuarat penyelarasan perasmian pagi ini memberitahu, Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said dijangka akan melancarkannya.
 Sebelum ini Menteri Besar pernah mengumumkan perkara ini dengan berkata kemudahan WIFI sedang dan akan dipasang di tempat-tempat tumpuan orang ramai termasuk Lapangan Terbang Sultan Mahmud, di semua Pejabat Daerah dan Tanah, stesen bas, pasar, kawasan bandar, perpustakaan dan Planetarium negeri termasuk pusat-pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN).
  Dato’ Haji Mohd Yasim yakin dan percaya dengan kemudahan itu, segala apa yang dirancang oleh kerajaan negeri menjadi kenyataan.
 “Rakyat diharap menggunakan kemudahan itu secara positif sebagai kemudahan yang akan meningkatkan lagi nilai produktiviti bagi urusan harian sama ada di sektor awam, swasta dan persendirian, di samping meningkatkan kasih sayang kekeluargaan dan persahabatan melalui kemudahan komunikasi percuma itu,” katanya.

Bolasepak piala Bazlan bermula.

Bazlan memotong ribon merasmikan kejohanan.
Oleh: Aminudin Ismail. 

SEBANYAK 16 pasukan berentap untuk menjadi juara dalam Kejohanan Bolasepak 11 Sebelah Piala ADUN Batu Rakit yang akan diadakan di beberapa tempat di Dun itu, bermula jumaat lalu dan berakhir pertengahan Mei ini.

Jurucakap penganjur, Mohd Sahir Mohd Nor, berkata,perasmian kejohanan yang bertujuan untuk mencungkil bakat remaja dalam bolasepak itu dilakukan oleh ADUN Batu Rakit sendiri, Bazlan Abdul Rahman, malam kelmarin, di Batu Rakit.

Antara yang hadir memberi sokongan.
Dalam ucapannya Bazlan mahu pemain bertanding dengan bersungguh-sungguh dan penuh semangat kesukanan supaya kejohanan itu akan mencapai matlamatnya untuk melahirkan pemain bolasepak berkelibar dari kawasan Batu Rakit ke peringkat negeri ataupun negara.

"Saya mengharapkan kejohanan ini berjalan lancar dan pemain hendaklah bermain dengan bersungguh-sungguh untuk menang, berdisiplin dan penuh dengan semangat kesukanan," katanya.

Kira-kira 200 hadir di malam perasmian itu antaranya ialah Setiusaha(SU) Pemuda UMNO Bahagian Setiu dan SU Kerja Pemuda, AJK Pemuda dan beberapa JKKK.

 

16 March 2014

SUP Menteri Pendidikan II turut berkempen di Kajang.

TAKLIMAT...Setiausaha Politik Menteri Pendidikan II, Dato' Abd Halim Jusoh (kiri) sedang mendengar taklimat daripada Shamsuddin Azam, staf Pejabat UMNO Perhubungan Negeri Terengganu ketika beliau hadir di Bilik Gerakan Barisan Nasional Bandar Kajang sambil diperhati beberapa Wanita dan Puteri UMNO yang datang berkempen di Pilihanraya Kecil Kajang, di Bandar Kajang, hari ini.

Abd Halim, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Permaisuri itu diberi penerangan mengenai agenda kempen anggota rombongan BN Terengganu itu sepanjang berada di Kajang selain beliau sendiri memberi pendapat dan pandangan untuk kempen itu.

Selesai mendengar taklimat, Abd Halim berkunjung pula ke beberapa buah rumah di sekitar bandar Kajang ini bagi membantu kempen BN Kajang untuk menang dalam PRK yang akan diadakan pada 23hb Mac nanti.

Halim bersama seorang pengundi.
"Saya mengharapkan anggota rombongan dari Terengganu ini akan melipat gandakan lagi usaha berkempen bagi memberi keyakinan kepada penduduk Kajang supaya mengundi calon BN pada pilihanraya kecil itu nanti," katanya.

Sementara itu, Teganukita sempat bersama Abdul Halim ke tiga buah rumah di satu taman berhampiran Bandar Kajang iaitu di dua rumah pengundi Melayu dan sebuah rumah pengundi India.

Melalui kunjungan itu, penghuni ketiga-tiga buah rumah itu, memberi komitmen akan menyokong calon BN pada pilihanraya nanti dan mereka mengharapkan kerajaan BN akan kembali membela nasib penduduk Kajang sekiranya BN menang dalam pilihanraya itu.

"Saya mengharapkan penduduk Kajang mengundi calon BN pada Prk nanti kerana hanya kerajaan BN yang mampu mentabdir negara ini dengan baik demi untuk kemakmuran dan kesejahteraan penduduk," katanya.-Aminudin Ismail.
Di rumah seorang pengundi yang anaknya OKU.

Rumah pengundi India turut dikunjungi.

Seorang pengundi bersama anaknya mendengar sesuatu dari Halim.


GAGASAN cakna calon STPM.

Sebahagian peserta seminar.
Oleh: Aminudin Ismail. 

SERAMAI 200 pelajar tingakatan enam dari semua sekolah menengah di daerah Setiu menyertai Seminar Cakna Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di Sekolah Menengah Tengku Ibrahim, Bandar Permaisuri, Setiu hari ini.

Program dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)Jabi, Mohd Iskandar Jaafar dan dianjurkan oleh Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (GAGASAN) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Setiu.

Iskandar ketika melancarakan seminar.
Setiausaha Agungnya, Syed Anuar Syed Mohamad berkata, penganjuran program itu adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pserta mengenai teknik menjawab soalan dua subjek STPM yang betul.

"Subjek itu ialah Bahasa Melayu dan Pengajian Am. Program ini adalah adalah siri kedua diadakan selepas di Kuala Terengganu sebelum ini.

"Saya mengharapkan semua pelajar yang menyertai seminar ini dapat menjawab soalan kedua-dua subjek itu dengan baik pada peperiksaan STPM nanti dan selepas kami akan mengadakan seminar ini untuk pelajar di Parlimen lain pula," katanya.

Sebelum seminar, Majlis Penyerahan Baucer 1Malaysia turut diadakan.
Pelajar wanita yang menyertai seminar.

Syed Anuar..cakna pelajar.


 

Peruntukan lebih RM100 juta untuk pendidikan anak Terengganu

Oleh: Noraini Jusoh

Kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu (YT) memperuntukkan lebih RM100 juta setiap tahun bagi memastikan setiap anak Terengganu dapat meneruskan pengajian di pelbagai peringkat dan bidang pengajian mengikut tahap kecemerlangan masing-masing.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, bagi pelajar cemerlang kerajaan negeri menyediakan peluang bagi melanjutkan pengajian dalam bidang profesional ke universiti terkemuka dunia.

“Manakala, bagi yang kurang cemerlang kita menyediakan peluang pelajaran dalam bidang kemahiran.

“Ini bertepatan dalam misi menjadikan Terengganu, Negeri Anjung Ilmu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Majlis Makan Malam Sempena Mesyuarat Kerjasama Kepimpinan Yayasan (MKKY) Kali ke-21 di Hotel Primula, malam tadi.

Dato’ Seri Haji Ahmad berkata, peruntukan RM3.3 juga diluluskan oleh kerajaan negeri bagi melaksanakan program Trenglish untuk anak Terengganu.

“Program kerjasama antara YT dengan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu itu merupakan satu aktiviti sokongan bahasa Inggeris kepada pelajar di negeri ini.

“Ia sebagai langkah proaktif dalam usaha memastikan pelajar lulus mata pelajaran bahasa Inggeris pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 sepertimana yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015,” katanya.

Tambah beliau, usaha ini juga bertujuan menganjak minda masyarakat Terengganu ke arah penguasaan dan pengunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi yang lebih meluas.

 

Sambutan program Jejak Menara di luar jangkaan

Oleh: Noraini Jusoh

Program Jejak Menara anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berjaya menarik 1700 penyertaan daripada pelajar di negeri ini.



Dengan mengfokuskan kepada pelajar lepasan SPM, STPM dan STAM, ia bertujuan mendedahkan pelajar mengenai persediaan rapi perlu dilakukan sebelum menjejakkan kaki ke menara gading.

Program di bawah naungan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Abdul Razak yang julung kali diadakan mempunyai 14 siri dibuat secara’ roadshow’ di seluruh negeri sepanjang Mac ini.

Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri, Dato’ Jailani Ngah berkata, penganjuran program Jejak Menara di Terengganu mencatat sejarah tersendiri kerana penyertaan di luar jangkaan.

“Walaupun sasarannya hanya 1000 orang sahaja untuk setiap negeri, jumlah penyertaan diluar jangkaan ini menunjukkan anak-anak Terengganu semakin peka terhadap program berbentuk akademik dan mengunakan kecanggihan media sosial untuk mendapatkan info yang bermanfaat bagi diri mereka seperti maklumat mengenai program ini.

“Saya berbangga dengan penyertaan pelajar dari negeri ini dan sememangnya program sebegini wajar diadakan sebagai pendedahan awal kepada mereka kerana pelbagai cabaran dan dugaan yang lebih besar akan dihadapi apabila bergelar mahasiswa kelak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Program Jejak Menara 2014 bagi Negeri Terengganu, di UMT, semalam.

Turut hadir, Pengurus Besar (Pengurusan) YADIM, Fazni Mat Ariffin.

Menurut Dato’ Jailani, selain pengisian program yang menekankan kepada aspek kerohanian dan jati diri pelajar, mereka turut didedahkan mengenai isu-isu semasa dalam usaha membangunkan kewibawaan bakal mahasiswa dengan keluasan ilmu dan berakhlak mulia.

 



MRT (Projek BN) mampu atasi kesesakan Kajang.

Oleh: Aminudin Ismail.

PROJEK MRT Sungai Buloh-Kajang, yang berharga tidak lebih RM23 bilion yang kini dalam pembinaan akan mengubah langskap Kajang menjadi sebuah bandar metropolitan yang serba canggih, kata Datuk Ahmad Maslan.

Ahmad berkata, projek kerajaan pusat di bawah Kementerian Kewangan itu, apabila siap kelak juga akan mampu mengatasi masalah kesesakan bandar Kajang yang ketara sekarang ini.

"MRT Kajang ini akan ada tiga stesyen iaitu satu di Jalan Retro, satu di Satay Kajang Haji Samuri dan satu lagi di Tesco, tiga. Yang menyelesaikan masalah kesesatan bandar Kajang ini sebenarnya ialah MRT yang dibina oleh kerajaan Barisan Nasional.

MRT mampu atasi kesesakan Bandar Kajang.
"MRT itu bukan hanya menyelesaikan masalah lalu lintas. Sebuah bas yang melalui setiap lima belas minit sekali di sekitar bandar Kajang ini akan mengambil penumpang untuk di bawa ke stesyen MRT yang ada hubungan dengan KTM Komuter.

"KTM Komuter itu berhenti di Kajang kemudian daripada Kajang kita boleh pergi ke seluruh Kuala Lumpur.

"Semua ini dilakukan oleh Kerajaan BN yang diumunkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam bajet 2011 lalu. Hari ini, belum menang, kita sudah bina, " kata Timbalan Menteri Kewangan itu ketika berucap di Sungai Jerlok, Kajang malam semalam.

Ahmad Maslan yang mengadakan sembilan ceramah di sembilan tempat malam, semalam terpaksa bergegas ke tempat lain bagi memenuhi semua jemputan ceramahnya.

Beliau mahu semua penduduk Kajang memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional, Datin Paduka, Chew May Fun pada PRU yang akan diadakan pada 23hb ini.

 

Jailani dan rombongan Kempen di Pasar Kajang.

Jailani tertarik melihat bunga ketika berkempen di Pasar Kajang.
Oleh: Aminudin Ismail. 

SEKALIPUN sibuk dengan tugas sebagai Timbalan Menteri dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu namun demi mahu melihat Kajang akan ditadbir semula kerajaan Barisan Nasional, Dato' Jailani Johari tetap meluangkan masa bersama pengundi di Kajang. semalam.

Jailani bersama rombongan UMNO Terengganu yang membantu kempen BN di Kajang mengambil masa kira-kira satu jam untuk bertemu peniaga di Pasar Kajang.

Sedang berbual dengan seorang peniaga India.
Turut sama bersama Jailani ialah Wanita UMNO, Putera dan Puteri serta bebarapa petugas BN Bandar Kajang. dalam lawatan itu Jailani sempat mempelawa peniaga di pasar itu memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional dalam PRK Kajang.

Jailani juga sempat berkunjung ke Pusat Media yang terletak di sebuah hotel di Bandar Kajang untuk bertanya khabar dengan beberapa wartawan yang bertugas selepas melawat ke beberapa tempat di sekitar bandar itu untuk bertemu pengundi.


 

15 March 2014

TIKET LIGA SUPER TERENGGANU VS JOHOR JDT HABIS DIJUAL...

Tiket perlawanan Liga Super antara Terengganu vs Johor JDT malam ini (Sabtu-15 Mac 2014) bagai goreng pisang panas apabila penyokong daripada kedua-dua pasukan tidak mahu melepaskan peluang mendapatkannya di kaunter penjualan tiket bagi menyaksikan perlawanan itu jam 8.45 malam ini di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. - Gambar oleh Zulkipli Putra.






 

Harap sokongan pengundi Cina.

KENANGAN...beberapa Pemuda UMNO Wilayah dan Sungai Jerlok, Kajang bergambar kenangan sebelum mengadakan majlis Sembang Santai dengan Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan yang juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia di Kajang, hari ini.

Selepas sembang santai itu, kumpulan yang terdiri daripada kira-kira 30 orang itu akan mengadakan lawatan dari rumah ke rumah di beberapa taman perumahan sekitar Bandar Kajang bersama Dato' Seri Mustaffa Muhamed, Menteri Perdagangan Antara Bangsa dan Industri.

"Kita akan cuba merampas kembali Dun Kajang ini. Sekarang ini 50-50, jadi kita akan memperhebatkan gerakan pemuda UMNO ke rumah-rumah supaya pengundi keluar mengundi dan undi BN.

"Setelah dua penggal BN tidak memerintah, kawasan Sungai Jerlok ini tiada pembangunan dan mengalami beberapa masalah antaranya longkang tidak dicuci, jalan tidak diturap semula, memang ada masalah," kata Azrul Hisham Zabri, Naib Ketua Pemuda UMNO Sungai Jerlok.

Beliau berkata, beliau mengharapkan pengunci Cina akan mengundi Barisan Nasional supaya BN akan menang dalam PRK itu manakala pengundi Melayu tidak mempunyai masalah kerana ramai yang menyokong BN.- Aminudin.