Halaman

21 March 2014

Amirul pecah rekod SBP peroleh 11A+

Oleh: Suriati Ali

 Anak kelahiran Kampung Air Sejuk, Setiu, Mohamad Amirul Shah Alias, muncul pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) negeri dengan pencapaian 11 A+, sekaligus memecah rekod Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Batu Rakit yang memperoleh A+ atau Cemerlang Tertinggi dalam semua mata pelajaran diambil dalam peperiksaan berkenaan.

 Mengakui tidak mempunyai rahsia tertentu, sebaliknya menurut Mohamad Amirul Shah, belajar secara berkumpulan dan sering memulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran sebelum memulakan pembelajaran antara amalan yang dilakukannya.

 “Saya selalu meletakkan pendirian, di mana untuk seeorang itu berjaya adalah dengan berusaha bersungguh-sungguh dan saya juga seperti mana pelajar-pelajar yang lain sering belajar secara berkumpulan.

 “Ini kerana, melalui cara belajar sebegini orang kurang cerdik akan berkongsi ilmu dengan dengan orang yang cerdik, di samping menjadikan kejayaan pelajar terdahulu sebagai perangsang untuk kita berjaya,” kata anak bongsu daripada lapan beradik ini.

Katanya lagi, dia juga tidak meletakkan sebarang tempoh jam tertentu untuk belajar sendiri, sebaliknya sentiasa fokus ketika guru mengajar di dalam kelas.

 “Malah, saya juga berpendapat rehat yang mencukupi juga penting bagi seseorang pelajar terutamanya dalam tempoh menghampiri peperiksaan,” katanya yang memperoleh keputusan 4A+ 5A dan 2A- dalam peperiksaan percubaan sebelum ini.

 Menurut anak kepada pasangan Alias Che Soh, 65, dan Mek Eshah Che Muda, 58, ini lagi, kejayaan yang diraihnya itu mungkin tidak akan diperoleh tanpa adanya sokongan dan dokongan daripada ibu bapa, guru-guru, rakan-rakan dan keluarga.

 “Kejayaan ini juga hasil daripada semua pihak dan saya ingin berterima kasih kepada semua terutamanya kedua ibu bapa, guru-guru dan rakan yang banyak membantu hingga saya mencapai kejayaan seperti mana hari ini (semalam),” katanya.

 Ketika ditanya mengenai perancangannya selepas ini, Mohamad Amirul Shah mengakui bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal.

 Sementara itu, ibunya, Mek Eshah mengakui Mohamad Amirul Shah seorang anak yang sentiasa mendengar kata dan gigih berusaha.

 “Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan rezeki yang diberikan ini (kejayaan Mohamad Amirul Shah) dan ternyata segala usaha dan penat lelahnya belajar selama ini terbalas dengan memperoleh keputusan yang cemerlang.

 “Sebagai ibu saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak saya, di samping ingin melihat dia berjaya di dunia dan di akhirat,” kata surirumah  itu

 

20 March 2014

Dato' Man Bakar berkempen di Kajang.

Abdul Rahman bersama pengundi India.
Oleh: Aminudin Ismail. 

SELEPAS dua hari berkunjung ke Kajang untuk membantu kempen BN dalam pilihanraya kecil Dun ini, Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO negeri Terengganu, Datuk Abdul Rahman Bakar kembali semula ke Kajang hari ini berkempen dengan berkunjung dari rumah ke rumah di satu taman perumahan di Bandar Kajang, hari ini.

Abdul Rahman yang juga senator Dewan Negara itu, mengunakan pengalamanya sebagai wakil rakyat selama beberapa penggal untuk berkempen dengan meminta penduduk Kajang yang ditemuinya supaya memilih calon Barisan Nasional pada PRK Kajang 23hb ini.

Memberitahu sesuatu kepada seorang pengundi.
Beberapa pengundi yang ditemui di rumah mereka memberi keyakinan bahawa akan memberi sokongan kepada calon BN selepas merasakan bahawa calon BN mampu menyelesaikan beberapa masalah yang mereka alami antaranya ialah soal kesesakan lalulintas dan beberapa masalah PBT yang lain.

Antara rumah yang dikunjungi beliau ialah rumah seorang isteri di mana suaminya mengalami penyakit ‘stroke’ , rumah seorang pensyarah di UKM yang berasal dari Terengganu dan beberapa rumah pengundi India dan China.

“Kita , UMNO dari Terengganu sudah melakukan sebaik mungkin di Kajang ini dan saya mengharapkan BN akan kembali mentadbir Kajang. Beberapa pengundi yang ditemui memberitahu saya akan menyokong calon BN, “ katanya Abdul Rahman.
Seorang pengundi cina tertarik dengan penerangan Abdul Rahman,

Beri keyakinan kepada seorang pemuda.

Bergambar kenangan.
Abdul Rahman bersama Wanita UMNO Kapar.

 

SPM 2013: Pelajar Autisme, Cemerlang SPM

Oleh: Suriati Ali

“Saya tidak mempunyai petua tertentu tetapi sentiasa mengulang kaji pelajaran bersama adiknya setiap petang bagi membincangkan perkara yang tidak faham. "Pada masa sama berasa beruntung kerana ditempatkan bersama adik, Nurul Diana Zainudin 18, dalam kelas sejak Tahun Enam.

“Setiap petang kami akan melakukan kerja sekolah bersama dan adakalanya bergaduh secara positif membincangkan sesuatu perkara,” kata seorang pelajar autisme Muhammad Danial Zainudin, 19, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malek.

Danial yang memperoleh 4A+,4A,2A- dan 1B+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 merupakan pelajar cemerlang bagi Calon Berkeperluan Khas (CBK) di Terengganu.

 Manakala, Nurul Diana, 18, turut cemerlang dengan memperoleh 11A dalam semua mata pelajaran yang diambil iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia Biologi, Pendidikan Syariah, Pendidikan al-Quran dan Sunnah dan Bahasa Arab Tinggi.

Sementara itu, Nurul Diana, berkata dia amat bangga dengan abangnya kerana membuktikan bahawa kekurangan diri tidak menjadi penghalang kepada kejayaannya.

 "Selepas ini saya merancang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di United Kingdom dan bercita-cita untuk menjadi pakar telinga, hidung dan tekak (ENT).

 "Saya harap kejayaan abang akan menjadi inspirasi kepada pelajar sepertinya untuk mencipta kejayaan sama,"katanya ketika ditemui bersama ibu bapanya, Rozina Mohd Mat Ikram dan Zainudin Mohamad di SMKA selepas mengambil keputusan peperiksaan.

Zainudin adalah wartawan sambilan New Straits Times (NST) Kuala Terengganu manakala Rozina, suri rumah sepenuh masa. Rozina berkata, dia amat bersyukur dan bangga kerana kedua-dua anaknya terutama Mohd Danial berjaya mendapat keputusan cemerlang seperti yang pernah diperoleh dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebelum ini.

 ‘Bagaimanapun, Mohd Danial tidak dapat melanjutkan pelajaran ke tempat jauh kerana keadaan kesihatan yang memerlukannya sentiasa dekat dengan keluarga.

 "Diana tidak mempunyai masalah untuk melanjutkan pelajaran ke mana saja tetapi bagi Danial agak susah kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan,”katanya.

 

UMT terima geran RM1juta untuk hasil mutiara air tawar

Oleh: Suriati Ali 

 Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menerima geran kira-kira RM1 juta daripada kerajaan negeri bagi meneruskan projek menternak kepah yang boleh menghasilkan mutiara air tawar, di tasik di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

 Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Komoo, berkata pihak universiti telah menjalankan kajian kesesuaian untuk menternak kepah di tasik tersebut yang mempunyai potensi untuk menghasilkan mutiara kepah yang berkualiti.

 "Bagi penternakan kepah mutiara ini, UMT akan menggunakan kaedah akuakultur dengan memasukkan implan ke dalam benih-benih kepah dan dibiarkan hidup di dalam sangkar untuk menjamin kualiti yang dihasilkan nanti,” katanya . Beliau berkata demikian pada sidang media selepas berucap pada Majlis pelancaran Pelan Strategik UMT 2013-2017 di Dewan Sultan Mizan, UMT, malam tadi.

Majlis pelancaran itu dirasmikan, Menteri Besar, Dato’ seri Haji Ahmad Said. Hadir sama Ahli Lembaga Pengarah UMT yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Alam sekitar, Teknologi Hijau & Air Negeri, Ahmad Razif Abd Rahman; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib dan Pengarah Pusat Tranformasi , Perancangan Strategik dan Risiko, Prof Madya Dr Fauziah Abu Hasan.

Prof Dr Ibrahim berkata, penternakan kepah mutiara ini memakan masa hampir empat hingga lima tahun untuk matang dan UMT akan menggabungkan proses sains dan teknologi bagi mempercepatkan usia matang iaitu kurang dari tiga tahun.

"Melalui industri penternakan ini ia juga mampu menjana ekonomi serta dapat melahirkan usahawan mutiara yang terdiri daripada penduduk tempatan. “Projek penternakan ini yang akan melibatkan penduduk kampung dan secara tidak langsung memberi pendedahan kepada penduduk tempatan seterusnya dapat menjana peluang pekerjaan,”.katanya.

 Projek itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Perikanan Terengganu dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) serta dibiayai oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu (UPEN) Terengganu.

 

Dato' Sabri rasmi surau SK Batu 29.





SAMBUT...beberapa murid dan guru SK Batu 29, Langkap, Setiu menyambut kedatangan Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Langkap, Dato' Sabri Mohd Nor untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG, sekolah itu baru-baru ini

Sebelum merasmikan mesyuarat itu Sabri sempat merasmikan sebuah surau sekolah yang bernilai kira-kira RM100,000 dan Adun itu juga menghulurkan RM10,000 kepada surau itu untuk menambahbaikan beberapa struktur bangunan itu.

Sabri tandatangi perasmian masjid.
"Saya mengharapkan surau ini bukan sahaja dimanfaatkan oleh warga sekolah ini sahaja tetapi ia boleh digunakan kepada musafir yang mengunakan jalanraya di hadapan sekolah ini untuk menunaikan solat," katanya.

Dalam pada itu, Guru Besar sekolah itu, berkata surau itu mula dibina pada pertengahan 2011 dan siap Februari lalu.

"Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka yang menyumbang untuk pembinaan surau ini terutamanya kepada Dato' Sabri yang menyumbang RM10,000 untuk menyiapkan masjid ini," katanya.- Aminudin Ismail.
Surau SK Batu 29 sedia terima jemaah.

Sabri menyampaikan anugerah kepada seorang guru.

Antara ibubapa dan guru yang hadir.

 

Persatuan perlu bantu tingkatkan pendapatan keluarga nelayan- A.Latiff.

Sebahagian ahli nelayan yang hadir.
Oleh: Amirullah Othman dan Aminudin Ismail. 

PERSATUAN Nelayan Daerah Marang di harap dapat membantu isteri nelayan di daerah ini membabitkan diri dengan industri kecil bagi menambahkan pendapatan keluarga, kata A.Latiff Awang, Exco kerajaan negeri Terengganu merangkap Adun Pengkalan Berangan.

A.Latiff berkata, beliau mahu Persatuan nelayan itu memainkan peranan bersama agensi berkaitan untuk menjayakan projek industri kecil itu.

Katanya, antara perusahan industri kecil yang boleh dilakukan oleh para isteri nelayan itu ialah perusahan membuat kerepek ubi, keropok, bengkel jahitan dan lain-lain.

"Isteri nelayan perlu menambah pendapatan bagi menampung perbelanjaan harian keluarga mereka. Banyak yang boleh dimanfaatkan antaranya ialah membuat kerepek ubi, keropok ataupun membuka bengkel jahitan. 

A.Latiff ( tengah) bersama jemputan khas.
"Dalam hal ini Persatuan nelayan perlu membantu mereka ini dengan mengadakan beberapa bengkel bagi melahirkan usahawan kecil di kalangan isteri nelayan di di daerah ini, sekaligus dapat memperbaiki taraf hidup mereka." katanya.

 Dalam pada itu, A.Latiff mengingatkan nelayan supaya memanfaatkan sebaik mungkin pemberian bantuan dan subsidi daripada kerajaan.

"Saya harap jangan ada yang jual diesel, jual enjin bot dan sekiranya bantuan ini diselewangkan maka mereka yang terlibat akan disenarai hitamkan," katanya pada Majlis Mesyuarat Agong Persatuan Nelayan Daerah Marang, bertempat di Pusat Sumber Pendidikan Negeri Terengganu, Marang, hari ini.

Turut hadir ialah, Pengarah LKIM Terengganu dan Pengerusi Persatuan Nelayan dan beberapa pegawai LKIM.



 

SPM 2013: Terengganu terus unggul

Oleh: Suriati Ali
Gambar oleh Zulkipli Putra 

 Terengganu terus mengungguli kecemerlangan dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 apabila merekodkan peningkatan dari segi Gred Purata Negeri (GPN) terbaik dalam tempoh sepuluh tahun lalu.

Sebahagian pelajar  Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SeSMA) meraikan pencapaian mereka selaku sekolah terbaik SPM Negeri Terengganu.
Pecapaian GPN pada 2013 telah meningkat kepada 4.90 berbanding 5.01 pada 2012 iaitu meningkat sebanyak 0.11 dan mengatasi Gred Purata Nasional 4.93.

 Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Encik Zakaria Hussin berkata keputusan itu adalah pencapaian terbaik bagi Terengganu sejak Sistem Pensijilan Terbuka SPM di perkenalkan lima tahun lalu.


“Pihak kami percaya bukan perkara mudah untuk mempertahankan kecemerlangan, tambahan pula kini mata pelajaran sejarah disyaratkan wajib lulus.

 “Walaupun pecapaian GPN telah meningkat, namun terdapat penurunan dari segi bilangan calon yang memperoleh A+ dalam semua mata pelajaran diambil di mana hanya 5 calon mendapat keseluruhan A+ berbanding 19 calon pada 2012,” katanya.

Belaiu berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sijil SPM kepada calon Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA), Kuala Terengganu, hari ini.

 SESMA yang berjaya mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) 1.12 disenaraikan antara sepuluh sekolah paling cemerlang di Terengganu, diikuti Sekolah Menengah (SM) Sains Kuala Terengganu (1.64) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Batu Rakit, Kuala Terengganu pula memperoleh 1.87.

Manakala Sekolah Menengah Agama (SMA) Atas Sultan Zainal Abidin pula mendapat GPS 1.92, SM Imtiaz Besut (2.02); SM Sains Dungun (2.03); SM Imtiaz Kuala Terengganu (2.04); SM Imtiaz Dungun (2.16); SM Imtiaz Kuala Berang (2.23) dan SMKA Sheikh Abdul Malik berjaya memperoleh 2.25.

 Encik Zakaria turut memberitahu prestasi calon yangmendapat semua A (A+,A dan A-) menunjukkan sedikit penurunan di mana seramai 464 pelajar mendapat semua A berbanding 513 pelajar pada SPM 2012.

“Bilangan calon yang berjaya mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian atau C bagi semua matapelajaran yang diduduki pula menunjukkan peningkatan dari segi peratusan iaitu 16.49 peratus (3,381 orang) berbanding 16.21 peratus (3,386 orang) berbanding 2012,” katanya.


 

SEKITAR MB MELAWAT PULAU REDANG
















SMKTI terbaik STPM Setiu.

Oleh: Aminudin Ismail. 

SEKOLAH Menengah Kebangsaan Tengku Ibrahim (SMKTI) muncul sebagai sekolah terbaik dalam keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di Daerah Setiu yang diumumkan semalam.

Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Setiu, Kipayatuallah Dato' Mohd Said, berkata SMTI juga menduduki tempat ke empat terbaik peringkat negeri.

"Keputusan STPM 2013, Sekolah Menengah Tengku Ibrahim adalah sekolah terbaik di Setiu dengan keputusan 100 peratus dan keempat seluruh Terengganu," katanya. 

Kipayatuallah berkata, beliau mengucapkan tahniah kepada pelajar yang mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan itu dan mengharapakan daerah Setiu terus mencacatkan keputusan baik pada masa depan.

Pelajar terbaik SMTI dan daerah ialah Nadia Harissa Hussane Mat Hussin dengan 3.92 PNGK.

 

PBS 'is completely Offline'- Idris Jusoh.

Seorang guru mengabadikan gambarnya bersama Idris sambil diperhati rakan-rakan.
Oleh: Aminudin Ismail. 

MENTERI Pendidikan II, Dato' Seri Idris Jusoh mengharapkan pihak-pihak tertentu tidak lagi menjadikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)sebagai satu isu selepas penambaikanya diumunkan Timbalan Perdana Menteri, kelmarin.

"Alhamdulillah, kita sudahpun melancarkan program sistem penambahbaikan PBS ini. Ia mendapat sambutan yang baik, semalam saya nampak persatuan-persatuan dah OK, guru-guru dan OK.

"Saya tidak mahu lagi ia dijadikan isu oleh pembangkang kerana kita sudah jelas. Bagi kementerian apa yang rasa kurang baik kita akan tambah baik.

Guru-guru bergambar kenangan bersama Idris.
"Kita mahu dengan sistem ini, kualiti pendidikan di negara ini akan dapat ditingkatkan," katanya pada sidang akhbar ketika hadir pada Majlis Mesra beliau dengan guru-guru Dearah Hulu Langat, Di Kuarters Guru Kajang Utama di Kajang, kelmarin.

Idris berkata, penambaikan PBS itu ialah mesra guru fokuskan pengajaran dan guru-guru tidak lagi dibebankan melalui pelaksanaan PBS itu.

"Cikgu mengajar sahaja, tiada lagi file-file pelajar, sekarang tidak perlu lagi, cikgu sudah tahu pelajar dia, jadi tidak perlu lagi file pelajar. Ia 'is comletely offline', jadi tidak timbul masalah untuk PBS itu, walaupun ada lagi yang perlu 'key in', keseluruhan PBS tiada lagi online kerana PBS 'is completely offline,'" katanya.
Antara guru Hulu Langat yang hadir

SUP Idris, Dato' Halim (tengah) turut hadir.

Antara tetamu jemputan.

Jemputan khas yang hadir.

Idris pada sidang media.