Halaman

26 March 2014

Kilang Ais Kiub di Pulau Perhentian Bertambah Maju

Oleh: Suriati Ali

Kilang Ais Kuib milik Koperasi Bersatu Jaya (KPJ), di Pulau Perhentian, Besut kini bertambah maju apabila mampu meraih pendapatan bulanan sehingga RM40,000 berbanding hanya RM15,000 sebulan sebelum ini.

 Pertambahan pendapatan itu didorong hasil permintaan menggalakkan daripada pelanggan, terutama pengusaha restoran, pemilik chalet, resort, kedai runcit dan warung kopi di pulau itu dan Pulau Redang.

 

 Perkembangan positif itu mendorong Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) meluluskan geran bantuan kira-kira RM200,000 kepada koperasi itu awal tahun lalu, bagi membina kilang baru dan membeli mesin.


 Sebelum ini, kilang lama milik koperasi itu hanya mampu menghasikan ais kiub sehingga 3,000 kilo sebulan atau anggaran pendapatan kira-kira RM15,000.


Pengarah, SKM Terengganu, Mahmud Kadar berkata, pihaknya bangga dengan kemajuan koperasi itu di mana ahlinya tidak berputus asa memajukan perniagaan walaupun menyedari pelanggan yang ada agak terhad.

“Pihak kami berharap ahli koperasi termasuk penduduk di pulau itu mengambil peluang dengan peniagaaan itu dengan mengusahakan beberapa cabang bidang perniagaan lain.

“Mereka boleh mengusaha perniagaan makanan sejuk beku, menjual cenderahati, pakaian, dan membuka pasar mini sebagai langkah menarik minat pelancong mengunjungi kawasan kampung di pulau itu.

 “Peluang seumpama ini sewajarnya direbut penduduk sebelum ada pihak luar berminat untuk meluaskan pasaran perniagaan masing-masing di pulau ini,” katanya.

 Beliau berkata demikian kepada Teganukita selepas mengadakan lawatan kerja ke kilang itu, semalam. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepengunaan Negeri, Roslee Daud.

Sementara itu, Pengerusi KBJ, Seman Muda, berkata pihaknya berasa cukup bertuah kerana kerajaan melalui SKM tidak pernah jemu membantu KPJ, sama ada berbentuk pinjaman, bantuan modal dan sokongan moral.

“Tanpa bantuan itu, , tidak mungkin kilang ais kiub dapat dibina baru. Hasil bantuan sama, pendapatan seramai 285 ahli bertambah selain mampu menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

“Perancangan KBJ cukup banyak, termasuk menceburi bidang makanan sejuk beku dan membuka perniagaan kedai runcit semata-mata mahu meningkat jumlah pendapat ahli selain meningkat jumpah pelancong di perkampungan pulau,” katanya .

 

25 March 2014

Sekitar Sambutan Hari Polis IPD Setiu: Anggota komited dengan tugas- KPD.

Ab Rahman ketika membaca perutusan KPN.
Oleh: Aminudin Ismail. 

SERAMAI kira-kira 220 anggota Polis dan jemputan hadir di Majlis Sambutan Hari Polis ke 207 Peringkat Daerah Setiu yang diadakan di Dataran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu, Bandar Permaisuri, hari ini.

Sambutan dimulai dengan Tabik Hormat dan Pemeriksaan Kawalan Kehormatan anggota oleh Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Ab Rahman Raja Mohamed.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permaisuri, Dato’ Sabri Mohd Nor dan beberapa jemputan khas lain sertai pegawai kanan Polis IPD Setiu.

Ab. Rahman berkata, bersempena hari Polis itu, beliau mahu setiap anggota lebih komited dengan tugas masing-masing.
Perbarisan Kawalan Kehormatan.

“Setiap anggota perlu lebih bertanggungjawab seperti apa yang disarankan oleh Tan Sri Ketua Polis Negara.

"Ini menunjukan bahawa PDRM sudah bergerak ke hadapan beerti kita kena lebih maju, lebih berpengetahuan.

“Kita juga perlu lebih belajar demi untuk kemajuan PDRM. Anggota juga perlu lebih komited dan berintergriti dalam menjalankan tugas harian mereka dan kepada mereka yang akan bersara, saya ucapkan selamat maju jaya dan selamat menjalani kehidupan baru dan sentiasalah berhubung dengan Polis,” katanya yang turut membaca teks amanat Ketua Polis Negara sempena hari Polis itu.

Pada majlis itu juga turut diadakan acara pemakaian pangkat kepada anggota yang dinaikan pangkat Koperal dan penyampaian sijil penghargaaan kepada wakil beberapa jabatan kerajaan, Bomba, JPAM, JKKK dan lain-lain.

Majlis diakhiri dengan gimik pelancaran hari Polis dengan pelepasan 'smoke granete" (bom asap) berwarna di satu sudut berhampiran pagar IPD Setiu.
Dato' Sabri (kanan) turut hadir.

Antara jemputan yang hadir.

Beberapa pegawai sedang berikrar.

Pegawai IPD Setiu sedang menyanyikan lagu tema Polis.
Ab Rahman memeriksa perbarisan.

Anggota sedang menadah doa.

Persembahan puisi yang memberangsangkan.
Anggota segak berbaris.

Ab Rahman mengucapkan tahniah kepada seorang anggota.

Anggota SB, Trafik dan kakitangan IPD Setiu.

Ketua JPAM Setiu menerima sijil penghargaan.

Wakil Pejabat Pelajaran Setiu turut menerima sijil.

Dua juruacara majlis menjalankan tugas.

Kakitangan pejabat IPD Setiu.

Beberapa anggota hadir memeriahkan majlis.

Sebahagian anggota mendengar teks ucapan KPN.

Ikrar taat setia pada tugas.

Ab Rahman menyampaikan sijik penghargaan kepada kakitangan.

Bersalaman dengan seorang anggota Balai.

Gimik pelepasan 'smoke granite'.

 

MAJLIS PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT DUN TELUK PASU DIHADIRI MENTERI BESAR TERENGGANU, DATO SERI HAJI AHMAD SAID

Gambar-gambar oleh ZULKIPLI PUTRA

Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said disambut pemimpin dan masyarakat di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Dun Teluk Pasu, di Kampung Petai Bubus.
 





23 March 2014

Sokongan pengundi BN bertambah- Dato' Man Bakar.

Oleh: Aminudin Ismail. 

KEMEROSOTAN majoriti sebanyak 1,445 undi oleh PKR dalam Pilihanraya Kecil Dun Kajang yang diumunkan sebentar tadi menunjukan sokongan pengundi dun itu terhadap Barisan Nasional semakin meningkat.

Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Dato' Abdul Rahman Bakar, berkata walaupun kalah tetapi BN dapat mengurangkan majoriti calon PKR.

"Ini adalah kemenangan kepada BN kerana dapat mengurangkan majoriti PKR di kawasan yang menjadi kubu kuat mereka.

"Kekurangan peratusan keluar mengundi daripada 88 peratus kepada 72 peratus adalah antara penyebab BN kalah dan sekiranya jumlah yang keluar mengundi hari ini semakin ramai, saya rasa undi BN akan semakin bertambah," katanya.

Menurutnya lagi, antara lain penyumbang kekakalan BN ialah, banyaknya provokasi yang dilakukan pihak bertanggung jawab yang membuat kenyataan-kenyataan yang boleh membuatkan ada yang tidak keluar mengundi.

"Selain itu, terdapat beberapa kelemahan dalam jentera kempen BN PRK Kajang ini yang perlu diperbaiki dan diperelokan pada pilihan raya akan datang, antaranya ialah komitmen jentera parti yang seolah-olah dibayangi dengan kekalahan." katanya.

Dalam pada itu, Abdul Rahman mengucapkan terima kasih kepada seluruh jentera UMNO Terengganu yang datang berkempen di PRK Kajang juga menyumbang kepada kemenangan majoriti Kajang terutamanya Bandar Kajang yang menjadi PDM angkat di mana jumlah yang mengundi BN meningkat di PDM itu.

Dalam PRK Kajang yang diumunkan tadi, BN tewas kepada PKR dengan majoriti 1,445 undi di mana pada PRU Umun lalu, PKR memperolehi 6,824 undi manakala pada PRK ini PKR hanya mendapat 5,379 undi.

 

JPNT anjur pengisahan kenegaraan

Oleh: Suriati Ali 

 Jabatan Penerangan Negeri Terengganu (JPNT) mempelawa orang ramai menyertai pertandingan Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia 2014 peringkat Negeri Terengganu yang akan diadakan pada awal Jun depan.

 Pemangku Pengarah JPNT, Mustaffa Abd. Kadir, berkata mereka yang ingin menyertai pertandingan perlu menubuhkan kumpulan yang dianggotai dua atau tiga individu berumur antara 18 dan 45 tahun dan warganegara Malaysia.

 Acara tahunan JPNT itu menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM8,000 dengan juara bakal menerima RM3,000, kedua (RM2,000) dan tiga saguhati RM1,000 bagi setiap kumpulan.

Katanya, pertandingan itu berkonsepkan penceritaan dan sketsa secara berkumpulan mengenai kenegaraan seperti sejarah negara, pahlawan yang menentang penjajahan dan perjuangan tokoh negara terdahulu.

‘Pertandingan bertujuan menggalakkan masyarakat menyampaikan pendapat dan pandangan mereka mengenai peristiwa bersejarah Negara,” katanya dalam satu kenyataan

 “Usaha pendidikan berterusan seumpama itu boleh dimanfaatkan bagi proses pembinaan negara dan jati diri bangsa selain berharap dapat memupuk semangat integrasi nasional antara kaum, budaya dan agama melalui sejarah dan perjuangan tokoh terdahulu,”katanya.

Tarikh tutup permohonan pada 11 Mei 2014 depan dan segala pertnyaan mengenai pertandingan boleh melayari laman web jabatan,  http://www.penerangan.gov.my/terengganu atau hubungi Siti Mariam Mahdar di talian 09-6267831 dan Mohd Idris Deraman 09-6267826.

Mereka yang berminat juga boleh mendapatkan borang penyertaan di Pejabat Penerangan Daerah di seluruh negeri ini.

 

Kerajaan negeri sedia bantu sukan UCB- Rozi Mamat.

Rozi ketika melakukan gimmik perasmian SUKBEST.
Oleh: Aminudin Ismail.

KERAJAAN negeri memberi jaminan akan cuba membantu membangunkan sukan di Kolej Universiti Bestari (UCB) demi untuk kemajuan sukan di kolej universiti itu, kata Exco Belia,Sukan dan Sumber Manusia negeri,  Rozi Mamat.

“Kita kerajaan negeri Terengganu akan cuba sedaya upaya untuk memajukan sukan di kolej universiti ini. Sebagaimana yang saya diberitahu beberapa perkara oleh prof. (Naib Canselor).

Rozi (tengah) bersama naib canselor (dua dari kanan).
“Saya akan melihat hal ini satu persatu untuk diketengahkan di peringkat negeri bahawa keperluan dan kemudahan pembangunan infratruktur harus dibantu.

“Ianya adalah untuk melihat pelajar di UCB ini dapat membantu pembangunan sukan di negeri Terengganu ini,” katanya ketika merasmikan Kejohanan Sukan Bestari (Sukbest) UCB 2014 di Kolej Universiti itu, khamis lalu.

Katanya, program kesukanan itu menjadi satu budaya yang sangat penting dalam kehidupan manusia sekarang.

“Bersukan ini, bukan sahaja kita mahu beriadah tetapi juga sekarang ini sudah menjadi kerjaya kepada sebilangan anak-anak muda di negeri ini.

"Oleh itu saya berharap melalui sukan Sukbest ini kita dapat melahirkan athlet yang berwibawa untuk negeri Terengganu dan negara,” katanya.

Kejohanan sukan yang berakhir semalam itu menyaksikan Kontinjen B, Golden Eagle menang keseluruhan dalam sukan itu. Ianya disertai seramai 1,407 peserta yang terdiri dariapada empat kontinjen pelajar dan satu kontinjen staff membabitkan lapan acara sukan.

Olahragawan terbaik sukan itu ialah Mohamad Muktazam Ali Umar manakala olahragawati pula ialah Norus Adlina Nordin.

Turut hadir, Naib Cancelor UCB, Prof. Dr. Mustapha Ismail dan Timbalan Naib Cancelor (HEP), Prof. Madya Ahmad Suhaily Mohd Salleh.
Semangat...memberi semangat kepada peserta


Salam..bertemu peserta mengambil bahagian.

Sokongan..antara pasukan bertanding.

Tanding..antara peserta yang ambil bahagian.

Ikhlas..cenderahati untuk Rozi.

Tangkas..demontrasi silat turut diadakan.
Lepas...Rozi melepas satu acara.
Bergaya..seorang tekong menunjukan aksi dalam acara takraw.

 

Pasangan terharu terima insentif perkahwinan

Oleh: Suriati Ali

“Tiada perkataan mampu diluahkan melainkan syukur kepada Ilahi dan terima kasih kepada kerajaan Terengganu kerana saya dan pasangan, Saodah Mat Amin, 64, turut terpilih menerima insentif perkahwinan.

 “Wang yang diterima kami sebanyak RM4,000 ini akan digunakan sebaik mungkin untuk kegunaan masa depan, selain menambahkan duit simpanan dalam Bank Tabung Haji,” penerima, Jusoh Ismail, 70.

 Jusoh berasal dari Gemuroh dan bekerja sendiri antara 93 pasangan yang hadir menerima insentif itu pada Majlis Perasmian Karnival Pembangunan Keluarga & Masyarakat 2014, di Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganu, malam kelmarin.

Majlis itu dirasmikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah. Hadir sama, Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, Mohd Shafaruddin Mustaffa.

 Pada majlis sama, Dato’ Mazlan turut menyampaikan pinjman modal jaya diri ibu tunggal, Insuran takaful berkumpulan ibu/bapa tunggal, bantuan persatuan ibu/ bapa tunggal dan bantuan pengurusan kelab warga emas.

 Jusoh turut memberitahu, dia bertemu jodoh dengan isteri, hasil risikan kawan-kawan dan atas persetujuan anak-anak.

“Saya yang kematian isteri dua tahun lalu, bersetuju untuk disatukan dengan Saodah, kerana tertarik dengan budi pekerti, selain mengetahui keikhlasannya menjaga makan minum saya,” katanya.

 Manakala Saodah yang kematian suami pada 2012 pula berkata, makcik terharu kerana ada pihak yang sudi memberikan kami RM4,000 atas perkahwinan kali kedua ini.

“Wang ini cukup berharga buat kami untuk membeli kelengkapan dapur, kerana sepanjang setahun usia perkahwinan, hanya bergantung kepada suami yang berkerja kampung dan sedikit sumbangan daripada anak-anak,” katanya.
Sementara itu, Dato’ Mazlan dalam ucapannya memberitahu kerajaan negeri melalui YPK memperuntukkan RM600,000 melibatkan 300 ibu atau bapa tunggal setahun, sebagai insentif perkahwinan.

 “Setiap ibu dan bapa tunggal akan menerima insentif perkahwinan sebanyak RM2,000 seorang dan jika ibu tunggal bertemu jodoh dengan bapa tunggal mereka akan menerima RM4,000,” katanya.

 

22 March 2014

Kepimpinan Ahmad Said Cemerlang- Ustaz Datuk Mustapha.

Mustapha sedang ditemubual Roslan (kiri)
Oleh: Roslan Abdul Rahman (Pengarang Teganukita) dan Aminudin Ismail. 
Gambar: Aminudin Ismail.

MENYOKONG dan mempertahankan pemimpinan yang ada sekarang termasuk di Terengganu adalah menjadi satu kewajipan dan tidak boleh sama sekali melakukan usaha-usaha menjatuhkannya kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam, kata Ustaz Datuk Mustapha Taib,  Penceramah Islam terkemuka.

Menurut beliau, dari segi Islam mempertahankan kepimpinan yang telah terbukti mengurus tadbir dengan baik darisegi kebajikan, agama dan kehidupan rakyat termasuklah keselamatan adalah menjadi suatu kewajipan selagi pemimpin itu tidak menyuruh kita melakukan perkara mungkar dan syirik serta menentang ajaran Islam.

Bercakap kepada TEGANUKITA, beliau menyifatkan Terengganu adalah sebuah negeri yang banyak memainkan peranan dalam meningkat syiar Islam termasuk bidang pendidikan, perumahan dan kebajikan yang kini diteruskan oleh Menteri Besar, Dato Seri Haji Ahmad Said perlu disokong dan dipertahan.

Beliau menyifatkan Menteri Besar Terengganu sekarang adalah seorang yang tegas, berani berjiwa rakyat serta sentiasa mengambil berat tentang soal-soal agama dalam konsep yang luas mencakupi seluruh kehidupann rakyat sebagai mana yang dituntut oleh agama Islam.

Mustapha...wajib taat pemerintah..
Katanya, usaha meneruskan pembinaan Imtiaz sebuah sekolah yang berteraskan ilmu masakini dan digabungkan dengan agama serta hafazan Al-Quran yang diperkenal menteri besar sebelum ini adalah menunjukan beliau seorang yang jujur dan berjiwa besar.

Sehubungan itu beliau meminta ahli UMNO dan pendokong BN Terengganu semua pihak menyokong kepimpinan Dato' Seri Haji Ahmad Said,

Katanya, apa yang penting ialah pendokong UMNO mempertahankan kerajaan BN yang sedia ada dan menghalang pihak pembangkang khususnya PAS daripada menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.

 "Terengganu sudah merasakan betapa susahnya betapa periknya ketika pemerintahan  PAS sebelum ini dan rakyat khususnya orang UMNO perlu insaf dan  mempertahankan kerajaan BN sedia ada," katanya yang pernah menjadi ahli Dewan Ulama' PAS suatu ketika dahulu.

Beliau yang juga bekas panel pemikir JASA, berkata umat Islam perlu mengelak diri daripada terjebak dengan Fitnah yang dilakukan pihak tertentu kepada kerajaan sebaliknya menentang perbuatan seumpama itu yang bercangkah dengan ajaran Islam.

"Nabi Muhammad s.a.w telah berpesan pada dunia akhir zaman, pelbagai kekeliruan dan fitnah akan berlaku tetapi umat Islam diseru supaya memilih jalan yang baik dan diredhai oleh Allah dan bukanya jalan fitnah memfitnah," katanya yang juga bekas Pengarah Dakwah Yadim.

Ustaz Mustapha meminta rakyat negeri Terengganu terus mengekalkan pentadbiran kerajaan BN di bawah pemimpinan Dato' Seri Ahmad Said kerana ia terbukti berjaya mentadbir negeri ini dengan baik dan beliau juga berharap supaya rakyat Terengganu jangan menyerahkan kembali negeri ini kepada orang yang pernah gagal mentadbirnya.