Halaman

22 March 2014

Kepimpinan Ahmad Said Cemerlang- Ustaz Datuk Mustapha.

Mustapha sedang ditemubual Roslan (kiri)
Oleh: Roslan Abdul Rahman (Pengarang Teganukita) dan Aminudin Ismail. 
Gambar: Aminudin Ismail.

MENYOKONG dan mempertahankan pemimpinan yang ada sekarang termasuk di Terengganu adalah menjadi satu kewajipan dan tidak boleh sama sekali melakukan usaha-usaha menjatuhkannya kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam, kata Ustaz Datuk Mustapha Taib,  Penceramah Islam terkemuka.

Menurut beliau, dari segi Islam mempertahankan kepimpinan yang telah terbukti mengurus tadbir dengan baik darisegi kebajikan, agama dan kehidupan rakyat termasuklah keselamatan adalah menjadi suatu kewajipan selagi pemimpin itu tidak menyuruh kita melakukan perkara mungkar dan syirik serta menentang ajaran Islam.

Bercakap kepada TEGANUKITA, beliau menyifatkan Terengganu adalah sebuah negeri yang banyak memainkan peranan dalam meningkat syiar Islam termasuk bidang pendidikan, perumahan dan kebajikan yang kini diteruskan oleh Menteri Besar, Dato Seri Haji Ahmad Said perlu disokong dan dipertahan.

Beliau menyifatkan Menteri Besar Terengganu sekarang adalah seorang yang tegas, berani berjiwa rakyat serta sentiasa mengambil berat tentang soal-soal agama dalam konsep yang luas mencakupi seluruh kehidupann rakyat sebagai mana yang dituntut oleh agama Islam.

Mustapha...wajib taat pemerintah..
Katanya, usaha meneruskan pembinaan Imtiaz sebuah sekolah yang berteraskan ilmu masakini dan digabungkan dengan agama serta hafazan Al-Quran yang diperkenal menteri besar sebelum ini adalah menunjukan beliau seorang yang jujur dan berjiwa besar.

Sehubungan itu beliau meminta ahli UMNO dan pendokong BN Terengganu semua pihak menyokong kepimpinan Dato' Seri Haji Ahmad Said,

Katanya, apa yang penting ialah pendokong UMNO mempertahankan kerajaan BN yang sedia ada dan menghalang pihak pembangkang khususnya PAS daripada menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.

 "Terengganu sudah merasakan betapa susahnya betapa periknya ketika pemerintahan  PAS sebelum ini dan rakyat khususnya orang UMNO perlu insaf dan  mempertahankan kerajaan BN sedia ada," katanya yang pernah menjadi ahli Dewan Ulama' PAS suatu ketika dahulu.

Beliau yang juga bekas panel pemikir JASA, berkata umat Islam perlu mengelak diri daripada terjebak dengan Fitnah yang dilakukan pihak tertentu kepada kerajaan sebaliknya menentang perbuatan seumpama itu yang bercangkah dengan ajaran Islam.

"Nabi Muhammad s.a.w telah berpesan pada dunia akhir zaman, pelbagai kekeliruan dan fitnah akan berlaku tetapi umat Islam diseru supaya memilih jalan yang baik dan diredhai oleh Allah dan bukanya jalan fitnah memfitnah," katanya yang juga bekas Pengarah Dakwah Yadim.

Ustaz Mustapha meminta rakyat negeri Terengganu terus mengekalkan pentadbiran kerajaan BN di bawah pemimpinan Dato' Seri Ahmad Said kerana ia terbukti berjaya mentadbir negeri ini dengan baik dan beliau juga berharap supaya rakyat Terengganu jangan menyerahkan kembali negeri ini kepada orang yang pernah gagal mentadbirnya.