Halaman

17 March 2014

UMNO Terengganu kesan pengundi Dun Kajang.




Kumpulan pencari sedang berbincang sesuatu.
Oleh: Amirullah Othman.
Gambar: Aminudin Ismail.

JENTERA UMNO Terengganu yang terdiri daripada Wanita UMNO, Puteri UMNO dan Pemuda UMNO ditugaskan mencari pengundi yang gagal di kesan di DUN Kajang.

Ini berikutan pada PRU yang lepas pengundi ini tidak keluar mengundi, mungkin kerana terdapat beberapa faktor yang menyebabkannya berlaku demikian.

Langkah pencarian yang dijalankan oleh jentera UMNO Terengganu yang mencari dari rumah ke rumah dan berjumpa dengan saudara mara pengundi sedikit sebanyak dapat menambahkan kepercayaan pengundi kepada Barisan Nasional daripada kerja kuat dan kesungguhan perayu undi ini.

 Bertanyakan sesuatu kepada penghuni rumah.
“Sebelum ni tak pernah mana-mana orang pun datang ke rumah mak cik untuk bertanya khabar dan membuat penerangan tentang pilihanraya”, kata seorang pengundi di DUN Kajang yang berjaya dikesan sekumpulan jentera parti itu ketika melaku usaha 'pencarian' di sebuah taman perumahan di Bandar Kajang, hari ini.

Langkah yang di ambil dan gerakan-gerakan bersepadu ini, diharap mampu memberi keyakinan kepada pengundi untuk memilih Barisan nasional dalam PRK Kajang pada 23hb ini (Ahad).

Kumpulan tiba dengan sebuah van disebuah taman.