Rosli (kanan) bersama Dato' Seri Shabery Chik di Bilik Gerakan BN di Bandar Kajang, semalam. |
PEGAWAI Khas Menteri Besar Parlimen Dungun, Dato' Wira Rosli Mat Hassan yakin BN mempunyai peluang untuk memenangi Pilihanraya Kecil DUN Kajang yang akan diadakan pada Ahad ini berikutan prestasi yang ditunjukan kompenen BN.
"Saya nampak di PRK Kajang ini ketika hari penamaan calon semangat pengundi daripada BN terutamanya MCA dan MIC dan UMNO, saya nampak samangat kesatuan itu tinggi, semangat hendak bekerja pun tinggi.
"Saya diberitahu bahawa mereka semua sudah bergerak dengan cergas cuma darisegi realiti politik pilihanraya ialah apabila PRU yang lalu majoriti menang adalah besar, tapi kali ini, saya beranggapan peluang adalah 50/50.
Beberapa ahli UMNO sedang berbincang di Bilik Gerakan. |
Katanya, beliau mengenali calon BN, Chew Mei Fun, adalah seorang yang mempunyai intergriti yang tinggi, seorang yang jujur dan bekerja kepada rakyat.
"Dia memang suka (berkhidmat untuk rakyat) kerana ia pernah menjadi Timbalan Menteri. Seorang pemimpin yang dilihat sebagai berkemampuan dan apabila ia memang nanti, saya yakin kerajaan pusat mungkin membuat satu saluran peruntukan untuk rakyat Kajang," katanya.
Wanita UMNO Terengganu yang bantu kempen. |