Halaman

23 March 2014

Sokongan pengundi BN bertambah- Dato' Man Bakar.

Oleh: Aminudin Ismail. 

KEMEROSOTAN majoriti sebanyak 1,445 undi oleh PKR dalam Pilihanraya Kecil Dun Kajang yang diumunkan sebentar tadi menunjukan sokongan pengundi dun itu terhadap Barisan Nasional semakin meningkat.

Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Dato' Abdul Rahman Bakar, berkata walaupun kalah tetapi BN dapat mengurangkan majoriti calon PKR.

"Ini adalah kemenangan kepada BN kerana dapat mengurangkan majoriti PKR di kawasan yang menjadi kubu kuat mereka.

"Kekurangan peratusan keluar mengundi daripada 88 peratus kepada 72 peratus adalah antara penyebab BN kalah dan sekiranya jumlah yang keluar mengundi hari ini semakin ramai, saya rasa undi BN akan semakin bertambah," katanya.

Menurutnya lagi, antara lain penyumbang kekakalan BN ialah, banyaknya provokasi yang dilakukan pihak bertanggung jawab yang membuat kenyataan-kenyataan yang boleh membuatkan ada yang tidak keluar mengundi.

"Selain itu, terdapat beberapa kelemahan dalam jentera kempen BN PRK Kajang ini yang perlu diperbaiki dan diperelokan pada pilihan raya akan datang, antaranya ialah komitmen jentera parti yang seolah-olah dibayangi dengan kekalahan." katanya.

Dalam pada itu, Abdul Rahman mengucapkan terima kasih kepada seluruh jentera UMNO Terengganu yang datang berkempen di PRK Kajang juga menyumbang kepada kemenangan majoriti Kajang terutamanya Bandar Kajang yang menjadi PDM angkat di mana jumlah yang mengundi BN meningkat di PDM itu.

Dalam PRK Kajang yang diumunkan tadi, BN tewas kepada PKR dengan majoriti 1,445 undi di mana pada PRU Umun lalu, PKR memperolehi 6,824 undi manakala pada PRK ini PKR hanya mendapat 5,379 undi.