Kerajaan negeri bersedia menambahkan peruntukan sedia ada, sekiranya Kilang Ais Kiub milik Koperasi Bersatu Jaya (KPJ) di Pulau Perhentian, Besut terus berkembang dan memperoleh pendapatan seperti disasarkan.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepengunaan Negeri, Roslee Daud, berkata, KPJ banyak menerima bantuan dan sokongan daripada pelbagai pihak, terutama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang mengagihkan geran bantuan RM200,000.
Katanya, kerajaan negeri yang sebelum ini mengagihkan RM10,000 untuk perstrukturan semula bersedia menambah jumlah itu, sekiranya perniagaan ais kiub yang diusahakan itu bertambah maju.
“Apa yang diusahakan KPJ cukup menarik dan pasti boleh memperoleh pendapatan lumayan, kerana di pulau ini tiada persaingan dan jauh dari daratan.
“Pelanggan yang kebanyakan terdiri pengusaha restoran, pemilik chalet, resort, kedai runcit dan warung kopi di pulau ini dan Pulau Redang pasti mendapatkannya kerana untuk memperoleh produk sama di daratan memerlukan kos dan masa,” katanya.
Beliau demikian kepada Teganukita selepas mengadakan lawatan kerja ke kilang itu, baru-baru ini. Turut serta dalam lawatan itu, Pengarah, SKM Terengganu Mahmud Kadar dan Pengarah Mara Terengganu, Abdullah Mohamad.
Sementara itu, Mahmud berkata KPJ Pulau Perhentian antara koperasi yang berjaya di Terengganu. Dengan sokongan kerajaan negeri dan SKM, KPJ berpotensi untuk disenaraikan sebagai koperasi berkluster besar pada masa depan.
“Perkembangan itu selaras dengan Dasar Koperasi Negara 2011-2020 yang ingin menjadikan sektor koperasi negara antara penyumbang utama KDNK Malaysia pada 2020,” katanya.