Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata langkah awal itu dilakukan oleh Pengarah YIT, Kamarul Al-Amin Ismail untuk memastikan pembelajaran awal Bahasa Inggeris di tadika dapat dijalankan supaya bahasa dapat dijadikan sebagai mata pelajaran yang dianggap mudah bagi anak-anak Terengganu.
"Sebagai persediaan awal untuk murid-murid menghadapi pembelajaran Bahasa Inggeris di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah hingga ke universiti, pihak tadika YIT kini sedang dalam rangka menyiapkan satu modul pembelajaran Bahasa Inggeris untuk peringkat prasekolah kerana kita mahu membimbing mereka dari peringkat awal.
Sebuah jawatankuasa dibentuk bagi menyediakan modul pembelajaran Bahasa Inggeris peringkat prasekolah dalam pengajaran matematik, dalam bentuk permainan, nyanyian dan sebagainya supaya dapat menarik minat pelajar," katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.
Menurutnya sebagai permulaan, kesemua 18 tadika YIT di seluruh negeri akan dijadikan perintis untuk mula menggunakan modul dan sistem pembelajaran yang akan diperkenalkan kelak.
Menurutnya sebagai permulaan, kesemua 18 tadika YIT di seluruh negeri akan dijadikan perintis untuk mula menggunakan modul dan sistem pembelajaran yang akan diperkenalkan kelak.