Halaman

27 March 2014

Teruskan bersolat hajat- MB


Ahmad (dua dari kiri) bersama Shamsul dan Khairy.
Oleh: Aminudin Ismail.

PENDUDUK di negeri ini diminta terus memohon doa kepada Allah dan bersolat hajat bagi meminta petunjuk Allah s.w.t supaya dipermudahkan operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said berkata, kerajaan negeri juga tidak bercadang mengarahkan pengibaran jalur gemilang separuh tiang di negeri ini berikutan keadaan sebenar penemuan pesawat itu masih belum jelas.

Antara tetamu jemputan yang hadir.
"Buat masa ini kita belum mengeluarkan arahan (untuk kibar bendera separuh tiang) kerana sehingga kini kita belum mengetahui keadaan sebenar (mengenai kehilangan MH370) malah Majlis Fatwa Kebangsaan juga belum memutuskan solat jenazah ghaib untuk mangsa yang terlibat.

"Bagaimanapun, kita sangat mengalu-alukan semua pihak meneruskan solat hajat di tempat masing-masing supaya misi pencarian pesawat milik MAS itu segera dijumpai segara," katanya pada sidang media selepas melancarkan Pusat Latihan Minyak dan Gas Bersepadu (IIOGTC) di INSTEP, Batu Rakit, hari ini.

Sebelum ini, Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan yang bermesyuarat pada 25 Mac lalu menetapkan bahawa solat jenazah ghaib terhadap anak kapal MH370 tidak perlu diadakan buat masa ini.

Turut hadir ialah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas.

Beberapa tetamu jemputan mendengar ucapan MB

Antara Staf Petronas yang hadir