Halaman

02 March 2014

Belia minat jadi usahawan

Oleh: Suriati Ali

Hasrat Kementerian Pertanian dan Asas Tani melahirkan usahawan muda atau `agropreneur’ kini dilihat mendapat sambutan mengalakkan daripada golongan belia, termasuk siswazah.

Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, berkata kerajaan ada menyediakan pelbagai dana pinjaman untuk memulakan perniagaan yang diminati dan tunjuk ajar, khidmat nasihat dan bimbingan dari jabatan dan agensi yang berada di bawah kementerian.

“Selaras dengan hasrat itu, kementerian mencadangkang agar turut membangunkan generasi kedua di kalangan anak-anak bagi memastikan kelangsungan dan kesinambungan terhadap perusahaan kita.

“Kemudahan begitu banyak disediakan kerajaan dalam pelbgai bentuk melalui kementerian, kerajaan negeri dan jabatan, semata-matamahu masyarakat mampu berusaha dan seterusnya dapat mengeluarkan produk berkualiti,” katanya.

 Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Persatuan Industri Asas Tani Terengganu, di Pusat Dagangan Terengganu, Kuala Terengganu, semalam.

 Katanya, pihaknya berusaha membuka Agro Bazar di Singapura, sebagai langkah memasarkan produk pertanian tempatan Jun depan “Pembukaan Agro Bazar di Singapura merupakan projek perintis sebelum ia diperluaskan ke negara-negara lain.

 "Tapak yang sesuai untuk dijadikan Agro Bazar itu sudah dikenalpasti," katanya. Katanya, tiga konsep perniagaan menjadi fokus di bazar tersebut iaitu produk buah-buahan segar, makanan dan kafe.

 “Selain Singapura pihaknya juga bercadang mewujudkan Agro Bazar di beberapa negara lain seperti di Hong Kong dan China,” katanya.

.

Pengamal media mampu ubah minda rakyat

Oleh: Suriati Ali dan Noraini Jusoh 

 Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Mohd Sabri Alwi mengakui peranan media sememangnya penting dalam membantu mengembang minda rakyat dan memberikan imej yang baik kepada kerajaan memerintah.

 “Saya sedar wartawan mempunyai kepakaran untuk mengolah sesebuah berita sama ada dari sudut positif atau negatif.

 “Jika pengamal media menonjol sesuatu berita itu dari sudut positf, maka hasil berita menjadi positif dan begitulah sebaliknya,”katanya ketika berucap pada Majlis Mesra Media bersama UMNO bahagian Kuala Terengganu,di Primula Hotel, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Datuk Sabri turut memberitahu, dia sedia untuk berundur sekiranya gagal mempamerkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang baik dalam menghadapi Pilihan Raya Umum 14 akan datang.

 Beliau yang mesra dengan panggilan 'Mat Kerak' berkata, KPI yang ditetapkan itu merangkumi keperluan terhadap usaha untuk mengembalikan kekuatan jentera parti di bahagian tersebut.

 "Jawatan ini bukan untuk bermegah atau satu keistimewaan. Ini merupakan tanggungjawab berat dan saya sudah tetapkan KPI pada diri sendiri.

 "Sekiranya gagal meneruskan perjuangan parti di bahagian ini, saya akan bertanggungjawab di atas kesalahan itu dan bersedia untuk mengundur diri," katanya.

 



TERENGGANU KINI MEMBANTU INDUSTRI HAB HALAL DUNIA- DATO' WAN AHAMAD


Ketua Pengawai Eksekutif Terengganu Terengganu Incorporated Sdn. Bhd, Dato’ Haji Wan Ahamad Wan Muda yakin tentang masa depan perniagaan Chicken Cottage yang bertaraf dunia itu.
  Beliau menyatakan demikian ketika mengalu-alukan pengambilahan Chicken Cottage Limited (UK) oleh TI Global Food Holdings Limited, iaitu sebuah syarikat usahasama di antara Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. dan Global Food Brands. Inc. oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said, merangkap Pengerusi Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. baru-baru ini.

  APA YANG DATO’ LIHAT TENTANG PRODUK CHICKEN COTTAGE INI?
  Industri halal dilihat berkembang dengan pesat sejajar dengan peningkatan jumlah penduduk Islam di dunia. Perkembangannya bukan sahaja kerana memenuhi keperluan obligasi keagamaan, tetapi kerana ia kini diakui sebagai kuasa pasaran yang besar dan berpengaruh.
  Menyedari hakikat itu, Kerajaan Negeri Terengganu melalui Terengganu Inc. telah membuat pelaburan dalam industri halal ini melalui pengambilalihan Chicken Cottage Limited (UK), pemilik makanan segera halal yang terbesar di United Kingdom berjenama “Chicken Cottage”.
 Langkah ini juga dilihat selaras dengan Perancangan Strategik Lima Tahun Terengganu Inc. untuk meneroka peluang-peluang pelaburan di dalam industri hab halal . Pengambilalihan Chicken Cottage Limited (UK) ini juga merupakan salah satu agenda Terengganu Inc. dalam merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri Terengganu dalam menyahut usaha-usaha yang berterusan daripada Kerajaan Persekutuan dan Kerjasama Sektor Awam-Swasta yang kukuh untuk menggalakkan industri halal di Malaysia.

BOLEH DATO’ JELASKAN SEDIKIT TENTANG RESTORAN CHICKEN COTTAGE INI? Setakat ini, terdapat 151 rangkaian restoran Chicken Cottage di seluruh dunia dan majoritinya adalah di United Kingdom iaitu sebanyak 129 buah restoran.
  Dengan adanya franchisee yang sediada, kami menjangkakan rangkaian produk Chicken Cottage ini akan dikembangkan lagi di negara-negara lain iaitu India dan Australia dalam masa terdekat ini. Pihak kami juga merancang untuk memasarkan Malaysia dan Terengganu khasnya ke dalam produk bertaraf antarabangsa ini . Tidak mustahil sekiranya salah satu produk Chicken Cottage akan datang merupakan “Satay” yang sinonim sebagai makanan Malaysia dan Keropok Lekor yang terkenal di Terengganu pula dijadikan sebagai salah satu ‘Side Dish’ hidangan tersebut bagi memenuhi selera dan citarasa setempat.

 APA HARAPAN DATO’ TERHADAP GLOBAL FOOD BRANDS INC YANG AKAN MENGURUS PERNIAGAAN INI?
  Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Pengurusan Terengganu Inc. dan Global Food Brands Inc. yang telah bekerja keras dalam menjayakan proses pengambilalihan ini dari mula hingga ke hari ini.
  Saya berharap pengambilahan Chicken Cottage Limited (UK) oleh TI Global Food Holdings Limited, iaitu sebuah syarikat usahasama di antara Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. dan Global Food Brands. Inc. ini akan menjadi satu titik permulaan yang hebat bagi TI Global Food Holdings Limited dan Kerajaan Negeri Terengganu dalam merealisasikan matlamat Malaysia untuk menjadi negara pengeluar utama produk makanan halal untuk dunia. Oleh: Ruslan AR

 (petikan dari ucapan beliau majlis pengambilahan Chicken Cottage  pada 26 Feb 2014 di Kuala Lumpur)

 



TSG Cari Ruang Naik Podium

Terengganu Cycling Team (TSG) terus dirundung malang, selepas Mohd Harrif Salleh terlibat dalam kemalangan di peringkat kedua Le Tour de Langkawi (LTdL) 2014, semalam giliran Anuar Manan pula menerima nasib buruk apabila basikal miliknya patah dalam perlumbaan peringkat ketiga dari Kampar ke Dataran Merdeka.

 Anuar yang sekadar menduduki tempat ke-116 daripada 120 pelumba yang memulakan perlumbaan sejauh 166.5 kilometer (km), terpaksa berkayuh menggunakan basikal yang patah sejauh 5 km sebelum menggunakan basikal simpanan sehingga ke garisan penamat.

"Hari ini (semalam) saya tidak konsisten tercicir jauh di belakang sebab basikal mengalami masalah, 15 km menuju garisan penamat basikal saya patah, semasa menggantikannya pada 10 km terakhir saya tidak dapat mengejar pelumba yang berada di depan," katanya kepada pemberita selepas tamat perlumbaan, semalam. 

Jelas Anuar, moralnya sudah meningkat naik, semalam apabila melihat rakan sepasukan, Harrif boleh meneruskan perlumbaan, namun masalah terbaru yang menimpanya sedikit mengecewakan dalam usaha mencari ruang untuk menaiki podium.

 Sementara itu, Harrif yang mengalami kecederaan hampir seluruh bahagian kiri badannya berkata, dia sudah bersedia untuk melakukan pecutan di garisan penamat selepas melihat Anuar mengalami masalah, namun kecederaan yang dialami sedikit menjejaskan kayuhan.

 "Saya sudah bersedia dan abang saya (Mohd. Zamri Salleh) juga memainkan peranan menarik saya ke depan, tetapi saya tidak ada kekuatan di bahagian tangan dan kaki. Memang saya berasa sakit dan pedih sepanjang perlumbaan kerana cuaca yang panas.

 "Doktor juga terkejut saya dapat turun berkayuh semula hari ini (semalam), tetapi saya mahu habiskan perlumbaan LTdL untuk mencari kedudukan yang baik, nanti di Terengganu masih ada peluang lagi buat saya untuk menang perlumbaan," katanya yang menduduki tempat ke-13 semalam, manakala Zamri ke-68.

 

'Let's Talk and Let's To Global' (UMT) berjaya.

Idris menyampaikan hadiah kepada  Mohd Shafiq.
Oleh: Aminudin Ismail.

'LET's TALK and....LET's TO GLOBAL' itu ungkapan Menteri Pendidikan II, Dato' Seri Idris Jusoh dan pelajar yang kedengaran pada Majlis Penutup Program Perdana 'Let's Talk and Let's to global' anjuran UMT yang diadakan di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), semalam.

Idris yang merasmikan program itu bersungguh-sungguh mahu pelajar di negeri dan negara ini mahir dalam bahasa Inggeris supaya mereka lebih berjaya dan maju.
Fatin (kiri), pelajar terbaik wanita.
Dalam ucapan perasmiannya, Idris mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada UMT kerana berjaya menganjurkan satu program yang mampu mempertingkatkan pengunaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar yang menyertainya.

Katanya, selain pelajar, guru-guru yang terbabit dengan program itu juga secara tidak langsung akan menjadi terlatih. Idris berkata, pelajar yang terbabit dengan program itu hendaklah meneruskan pengunaan Bahasa Ingeris apabila pulang ke sekolah masing-masing nanti dan bukan hanya setakat menyertai program.

Dalam pada itu, pihak UMT juga mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan kerana memberi ruang dan kepercayaan untuk melaksanakan program itu.

Program yang diilhamkan oleh Prof, Madya Dr. Noraien Mansor itu adalah idea daripada Idris yang mahukan supaya program tranformasi ilmu antara Universiti dan sekolah dapat direalisasikan.

Beberapa acara diadakan sempena majlis penutup itu antaranya ialah penyampaian hadiah Pertandingan Drama Bahasa Inggeris dan persembahan semula drama serta pengumuman pelajar dan sekolah terbaik. 

Pemenang pertandingan drama dimenangi SMK Tengku Mizan manakala pelajar paling aktif ialah Mohd Shafiq Azmi dan Fatin Hanissa Muhammad Johary yang masing-masing menerima RM100.

Pada majlis itu juga diadakan acara pelancaran buku "Let's Talk an Let's To Global' yang ditulis oleh Prof. Madya Noraein.

Turut hadir ialah Naib Cancelor UMT, Prof. Dato' Dr. Ibrahim Komo dan SUK negeri, Mazlan Ngah, beberapa pegawai di JPN serta pensyarah dan guru-guru.
Sebahagian 260 murid yang hadir.

Antara tetamu jemputan yang hadir.

Idris menyampaikan hadiah kepada pemenang drama.

Antara pelajar perempuan yang hadir.

Tatamu asyik mendengar ucapan Idris.

Pemenang drama terbaik membuat persembahan semula.

 

Dungun juara Bolajaring MSST.

SOKONGAN padu dari penyokong serta mempunyai skil dan kawalan bola yang baik membawa kepada kemenangan pasukan Daerah Dungun menundukan Kuala Terengganu Selatan (KTS) dalam kejohanan Bolajaring Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Terengganu (MSST) yang diadakan di Gelanggang Futsal Mengabang Telipot, semalam.

Manakala bagi kategori bawah 15 tahun yang diadakan di padang SMK Komplek Mengabang Telipot menyaksikan, pasukan Daerah Setiu pulang bergaya menewaskan pasukan Daerah Dungun dalam satu perlawanan yang agak sengit selepas masing-masing menang selasa ke atas lawan masing-masing pada peringkat separuh akhir.

Bagi kategori bawah 12 tahun pula, sekalipun terpaksa bertarung sengit untuk menewaskan Daerah Setiu 25-24 namun kemenangan itu cukup bermakna kerana pasukan itu hanya dilatih oleh guru-guru biasa dan tidak terlatih dalam bolajaring.

Kejohanan yang disertai lapan pasukan itu diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat bagi mewakili negeri Terengganu pada Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia(MSSM) nanti

Majlis perasmian penutup dilakukan oleh Timbalan Ketua Pegawai Pendidikan Kuala Terengganu, Azhar Abu Bakar, turut hadir ialah Ketua Pegawai Pendidikan Setiu, Kipayatuallah Dato' Mohd Said..- Aminudin.















 

01 March 2014

PBS bentuk baru tidak membebankan guru- Idris Jusoh.

Idris menjawab soalan pemberita di UMT, hari ini.
Oleh: Aminudin Ismail.

KEMENTERIAN pendidikan akan mempastikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bentuk baru yang akan diumunkan akhir bulan ini akan kurang bebanan guru dan akan mampastikan guru diberi lebih ruang untuk mengajar, kata Timbalan Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Idris Jusoh.

“PBS bentuk baru, kurang beban guru dan diberi lebih masa untuk mengajar, itulah ‘tag line’ kita, ‘more time to teach’, itu yang dikehendaki guru. Kita sentiasa mendengar segala komen dari guru dan masyarakat dan itulah perkara penting,” katanya.

Idris berkata, majoriti rakyat tidak mahu satu sistem yang berorientasikan kepada peperiksaan, dan menurutnya,orang ramai mahu satu sistem yang lebih menyeluruh yang melihat perkembangan jasmani, perkembangan emosi, perkembangan sosial dan rohani pelajar-pelajar.

Sebahagian wartawan hadir.
"Sebab itulah kita mula dengan PBS. Jika kita banyakkan peperiksaan, pelajar akan dibebankan dengan peperiksaan sentiasa, jadi beralih kepada system peperiksaan, sebab itu kita buat PBS.

“Mungkin pelaksanaan PBS ini ada masalah-masalah, masalah capaian komputer, masalah ‘broadband’, jalur lebar, masalah eviden yang terlalu banyak yang membebankan guru.

“Sebab itulah, kita sedang melihat bagaimana kita boleh mengurangkan eviden-eviden ini, beban-beban kerja data yang perlu dimasukkan, saya melihat banyak data yang tidak perlu dimasukan tetapi dimasukkan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penutup program ‘Let ‘s Talk, Let’s Go To Global’ di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), hari ini.

 

Le Tour de Langkawi 2014 Stage 3 - Kampar - Kuala Lumpur






















Peniaga disaran sertai persatuan

Penjaja dan peniaga kecil di negara ini disaran menyertai persatuan bagi memudahkan penyaluran bantuan oleh kerajaan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah juga menyangkal dakwaan bahawa peniaga yang menyertai persatuan akan 'dikejar' Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

 "Ini semua tidak betul...takkanlah LHDN hendak kenakan bayaran itu ini sedangkan perniagaan anda belum di tahap menguntungkan. Saya harap tiada lagi tanggapan negatif seperti ini pada masa akan datang," katanya kepada pemberita, di sini Rabu.

 Katanya jika penjaja terbabit mengganggotai persatuan, kerajaan lebih mudah mendapat maklumat mengenai bantuan yang diperlukan selain suara mereka juga diwakili.

Mengenai Terengganu, beliau berkata setakat ini 44,320 penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Terengganu.

 Mengulas perkara lain, Ahmad Bashah berkata kementerian dalam usaha meneliti semula kadar Skim Pembiayaan Mikro Tanpa Faedah bagi memastikan skim itu benar-benar memberi manfaat seiring perkembangan semasa.

 "Kementerian meneliti penambahbaikan dari segi nilai pembiayaan agar pinjaman lebih besar dapat diberi berbanding (kadar minimum) RM3,000 ketika ini," katanya.

 Menurut Ahmad Bashah, kementerian menerima 1,220 permohonan daripada penjaja dan peniaga kecil di Terengganu untuk mendapatkan pembiayaan di bawah skim itu.

 Daripada jumlah itu kerajaan meluluskan 937 permohonan membabitkan pembiayaan berjumlah RM4.2 juta, katanya.



Tuntung semakin kurang.

Oleh: Aminudin Ismail.

LANGKAH-LANGKAH bagi mengatasi kepupusan tuntung di negeri ini perlu diambil perhatian oleh semua pihak termasuklah masyarakat berikutan pendaratan spesis terancam itu di Setiu semakin berkurangan sejak lima tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif/Pegarah Eksekutif WWF-Malaysia (Tabung Alam Malaysia), Dato’ Dr Dionysius Sharma, berkata sebanyak 69 sarang tuntung dieramkan pada tahun lepas berbanding 114 sarang pada 2009.

“Tuntung laut sedang menghadapi ancaman kepupusan yang sangat krikital dan hal ini perlu ditangani secara serius.

"Amalan pemakanan telur tuntung yang masih berleluasa, kemusnahan habitat akibat pembangunan yang tidak terancang dan terperangkap pada pukat nelayan menjadi ancaman kepada spesis itu.

“Tuntung laut adalah satu spesis yang unik di mana mereka mendiami muara sungai serta kawasan tanah bencah dan anak-anak sungai.

"Selain itu, mereka juga berpindah semasa musim mengawan dan tuntung laut betina pula akan bertelur di kawasan pantai yang turut dikunjungi penyu,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, pemuliharaan tuntung laut haruslah dilaksanakan secara bersepadu dengan kerjasama pelbagai agensi dan organisasi komuniti tempatan supaya haiwan itu akan terus terpulihara dan tidak akan pupus pada masa depan.