Halaman

01 March 2014

PBS bentuk baru tidak membebankan guru- Idris Jusoh.

Idris menjawab soalan pemberita di UMT, hari ini.
Oleh: Aminudin Ismail.

KEMENTERIAN pendidikan akan mempastikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bentuk baru yang akan diumunkan akhir bulan ini akan kurang bebanan guru dan akan mampastikan guru diberi lebih ruang untuk mengajar, kata Timbalan Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Idris Jusoh.

“PBS bentuk baru, kurang beban guru dan diberi lebih masa untuk mengajar, itulah ‘tag line’ kita, ‘more time to teach’, itu yang dikehendaki guru. Kita sentiasa mendengar segala komen dari guru dan masyarakat dan itulah perkara penting,” katanya.

Idris berkata, majoriti rakyat tidak mahu satu sistem yang berorientasikan kepada peperiksaan, dan menurutnya,orang ramai mahu satu sistem yang lebih menyeluruh yang melihat perkembangan jasmani, perkembangan emosi, perkembangan sosial dan rohani pelajar-pelajar.

Sebahagian wartawan hadir.
"Sebab itulah kita mula dengan PBS. Jika kita banyakkan peperiksaan, pelajar akan dibebankan dengan peperiksaan sentiasa, jadi beralih kepada system peperiksaan, sebab itu kita buat PBS.

“Mungkin pelaksanaan PBS ini ada masalah-masalah, masalah capaian komputer, masalah ‘broadband’, jalur lebar, masalah eviden yang terlalu banyak yang membebankan guru.

“Sebab itulah, kita sedang melihat bagaimana kita boleh mengurangkan eviden-eviden ini, beban-beban kerja data yang perlu dimasukkan, saya melihat banyak data yang tidak perlu dimasukan tetapi dimasukkan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penutup program ‘Let ‘s Talk, Let’s Go To Global’ di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), hari ini.