Halaman

27 February 2014

RM8 juta untuk penduduk Parlimen Setiu.

Sebahagian penerima BR1M mendengar ucapan YB Zul.
Oleh: Aminudin Ismail. 

SEBANYAK 8.11 juta diperuntukan kerajaan Malaysia untuk diberi kepada seramai 14,462 penduduk di Parlimen Setiu melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada tahun ini.

Ahli Parlimen Setiu, Che Zulkifly Jusoh berkata, daripada jumlah itu, seramai 1,000 warga emas menerimanya secara tunai pada satu majlis yang diadakan di Dewan Serbaguna MDS di Sungai Tarom, Bandar Permasuri, Setiu, hari ini.

Katanya, seramai 250 penduduk yang terdiri daripada warga emas dari setiap Dun menerima wang berjumlah RM650 setiap seorang itu dan menurutnya, selepas ini pemberian secara tunai akan diberi di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) masing-masing.

"Kita menjangkakan pemberian BR1M ini akan selesai dalam masa sebulan dan sebelum ini sudah ada yang menerimanya melalui akaun bank dan ini adalah kali pertama diadakan pemberian secara tunai," katanya. 

Seorang penerima sempat bergambar bersama YB Zul
Dalam ucapanya, Zulkifly mengingatkan penduduk di daerah Setiu terus memberi sokongan kepada kerajaan BN supaya pemberian BR1M itu dapat diteruskan.

"Jika kita terus menyokong BN, Insya Allah pada tahun-tahun akan datang jumlah BR1M ini akan ditambah lagi. Hanya BN sahaja yang mampu memberi bantuan seumpama ini kepada rakyat," katanya.

Hadir pada majlis itu ialah ADUN Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman dan Adun Jabi, Mohd Iskandar Jaafar serta jemputan lain antaranya ialah Penolong Pegawai Daerah Setiu dan beberapa Penghulu mukim di Parlimen Setiu ini.
Che Mamat (80) menunjukan wang yang diterima.
Ketua Puteri UMNO Setiu, Norfuzilawati membantu seorang penerima.


Penerima sedang menyemak vaucer.

Petugas bersedia untuk mengagihkan wang.

Iskandar memberitahu sesuatu kepada seorang penerima.

Seorang warga emas sedang mengecop jari.

Empat kakitangan BSN sedia menjalankan tugas.

Penerima menunggu giliran terima wang.

Jabatan Penerangan bawa bahan maklumat untuk orang ramai.

Penerima sabar menunggu.

Ngah Ali (80)...kali kedua terima BR1M.

Chik Ali (64)...terima kasih kerajaan BN.

Zulkifly bersama seorang penerima warga emas.

Antara jemputan yang hadir.

ADO Setiu, Azmidi (kiri) bersama Zulkifly.
Iskandar asyik membaca Teganukita.