Halaman

27 February 2014

TATIUC HEBAT DALAM PENCIPTAAN DAN INOVASI


Oleh: Ruslan Abdul Rahman
Gambar sumbangan: Zainal Abidin Selamat-Dekan Fakulti Kejuruteraan Pembuatan Tatiuc 


  Peranan yang dimainkan oleh Kolej Universiti TATI dalam perciptaan dan inovasi sehingga memenangi tempat ketiga katogeri International Invention & Innovation di Ekspo Teknologi Malaysia 2014 baru-baru ini amatlah penting dan bermakna dalam meneruskan kegiatan penciptaan dan inovasi seumpama itu.
 Penciptaan Sistem Pertanian Hidroponik dalam konteks penjimatan tenaga iaitu dengan hanya menggunakan graviti bagi proses pertukaran laruatan baja dari tangki ke pot penanaman yang dikenali sebagai “Agro Smart Valve” adalah yang membawa kepada kejayaan itu.
 Memanglah teknologi hidroponik merupakan teknolgi terkini dan menurut Wikipedia.com, Hidroponik adalah suatu Teknologi atau Teknik menanam tanaman tanpa tanah melainkan menggunakan air yg bernutrisi dan bergizi.
 Namun sejauhmanakah perkembangannya ia amat bergantung kepada proses inovasi yang berterusan dan apabila TATI memperkenalkan penggunaan graviti seumpama itu, ia merupakan suatu proses pembaharuan dan penjimatan tenaga.


Segala ciptaan dan inovasi yang dihasilkan perlulah dilihat juga daripada segi keupayaannya untuk dipasarkan bukan sahaja dalam negara tetapi hingga ke peringkat global. Para saintis dan ahli teknologi kita hendaklah menumpu kepada `techno-entrepreneurship' serta memikir akan konsep-konsep keperluan pengguna teknologi serta strategi-strategi pemasaran yang berkesan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Inc., Dato’ Wan Ahamad Wan Muda ketika mengulas tentang kejayaan Tatiuc itu.
  Beliau yang merupakan orang yang banyak memberi ilham dan motivasi bagi penciptaan dan inovasi di Tatiuc berkata, di negara-negara maju, syarikat-syarikat swasta bukan sahaja turut terlibat menyediakan institusi latihan teknikal, malah badan-badan bukan kerajaan juga menggalakkan aktiviti-aktiviti yang dapat menanamkan minat dan sikap yang inventif dan inovatif di kalangan generasi muda.
  Menurutnya di Jepun misalnya ada mempunyai `Japan Institute of Invention and Innovation' yang memainkan peranan menggalakkan kreativiti yang menjurus kepada ciptaan saintifik dan teknologi  Kecekapan dalam bidang-bidang teknologi ini dan kemampuan mewujudkan teknologi baru adalah sangat penting jika kita ingin mencapai kemajuan ekonomi yang lebih tinggi dan mengekalkan daya saingan ekonomi dalam pasaran dunia, katanya lagi.

 Sementara itu Dekan Fakulti Kejuruteraan Pembuatan Tatiuc, Encik Zainal Abidin Selamat ketika dihubungi amat gembira dengan kejayaan Taituc itu dan menyatakan pihaknya akan terus memikirkan pelbagai ciptaan baru lagi. Katanya, inovasi sudah tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan masa kini.
  “Ia sudah tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan dan ekonomi, malah kini sudah wujud apa yang sebut sebagai gagasan ekonomi inovasi,” katanya.
  Ciptaan seterusnya katanya, akan ditambahbaik dari segi design dan menggunakan barangan kitar semula, murah serta boleh ditanam dalam berbagai jenis cuaca.