Halaman

24 February 2014

Orang muda Pulau Redang terima kasih kapada BN.

Oleh: Aminudin Ismail.
Seorang remaja cop jari sebelum terima dana.

KEPERIHATINAN kerajaan negeri Terengganu terhadap kebajikan orang muda di negeri ini dengan menghulurkan wang Dana Remaja ternyata menerima sokongan baik dari golongan terbabit apabila penerima bantuan itu berterima kasih kepada kerajaan negeri atas sumbangan dana itu.

Kelmarin, bertempat di Dewan SK Pulau Redang, semua remaja yang berusia 21 ke atas dan belum berkahwian di di Pulau Peranginan itu menerima bantuan wang dana remaja di satu majlis yang dirasmikan oleh Adun Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman.

Teganukita yang hadir ke majlis itu sempat menemubual beberapa penerima bantuan dan masing-masing melahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada pihak kerajaan atas kecaknaannya kepada golongan muda.

Farid..bersyukur dapat RM200.
Seorang penerima, Farid Zol, 24 berkata, dia sudah dua kali menerima wang dana remaja dan amat bersyukur kerana wang RM200 itu akan digunakannya untuk membeli beberapa keperluan harian dan yang selebihnya akan memberi kepada ibunya.

"Terima kasihlah kepada kerajaan atas pemberian ini kerana wang RM200 ini dan saya mengharapkan golongan muda di Pulau Redang ini terus memberi sokongan terhadap usaha kerajaan itu," katanya. Seorang lagi penerima,

Rusniza Mohd Said, 29, seorang pekerja hotel menganggap pemberian sumbangan wang dana ini adalah menunjukan kerajaan sangat perihatin terhadap golongan muda.

"Bagi saya, RM200 ini amat bermakna kerana boleh gunakan untuk memberi beberapa keperluan harian termasuklah memberi kepada ibu saya. Saya mengharapkan wang dana ini dapat diteruskan bagi meringan bebanan golongan muda berbelanja," katanya.

Sementara itu, Bazlan Abdul Rahman berkata, beliau mahu golongan muda di Pulau Redang ini bekerja kuat bagi terus memajukan pulau itu dan terus memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional supaya pulau itu dapat terus dimajukan terutama dalam industri pelancongan.

"Kalau pulau ini maju, golongan remaja akan mendapat manfaatnya kerana mereka ramai orang muda di kampung ini akan mendapat pekerjaan dalam indusri pelancongan dan teruskan bersama-sama BN (Barisan Nasional) untuk memakmurkan Pulau Redang ini," katanya.
Rusniza...bagi mak duit.
Mohd Aswad...kali ke 2 terima dana.

Farhana Sulaiman (25)...berterima kasih pada kerajaan.