Halaman

27 February 2014

JANGAN PANIK: AIR CUKUP DI TERENGGANU


Pada masa ini sumber air mentah di seluruh Negeri Terengganu, terutama di sungai Terengganu, Dungun, Pinang Kemaman dan di Besut mencukupi berbanding dengan apa yang dialami oleh sesetengah negeri lain, kata Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu Sdn.Bhd, SATU, Haji Husain Embong.
  Walaupun cuaca panas sedang melanda, tetapi tidak menjejaskan dan menganggu bekalan,katanya mengulas situasi cuaca panas sekarang. Menurutnya sumber bekalan air Terengganu dikeluarkan dari 12 belas loji rawatan air seluruh negeri dengan keluaran air terawat 18, 058, 331.23 meter padu air sebulan ataupun 582.53 MLD (million liter per day).
 Keperluan penggunaannya di negeri ini ialah 12,785,164.20 meter padu sebulan, bermakna apa yang dikeluarkan melebihi dari mencukupi keperluan sebenar termasuk untuk kilang dan industri di Kemaman yang merupakan 15 peratus dari akaun pengguna di daerah itu.
 Walau bagaimanapun kata beliau, pihak satu menasihatkan pengguna sentiasa berjimat-cermat dan tidak membazir supaya mengambil pengajaran dari apa yang berlaku di negeri lain.
  “Marilah kita berdoa kepada Allah SWT supaya keadaan paras air di sungai-sungai Terengganu akan terus kekal pada tahap biasa,” katanya. Oleh: Ruslan AR