Taman Rekreasi dan Mini Zoo (TRMZ) Bukit Takal, Kemaman kini memiliki 402 haiwan pelbagai spesies sebagai tarikan kepada orang ramai untuk berkunjung ke zoo terbesar di Pantai Timur itu.
Pengarah Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman Abdul Halim Mamat berkata, awal tahun ini, pihak pengurusan mini zoo ada menerima dua ekor burung Cenderawasih jantan yang dipinjam dari Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar, Sungkai, Perak; dua ekor kuda padi, buaya tembaga dan buaya jejulong.
“Kehadiran spesies haiwan ini dijangka dapat menarik minat orang ramai untuk mengunjungi zoo ini bersama-sama keluarga mereka,” katanya dalam ucapan pada Majlis Lawatan Bersama Media ke TRMZ, semalam.
Lawatan anjuran Unit Komunikasi (UKOM) Terengganu tersebut disertai kira-kira 50 pengamal media seluruh Terengganu antaranya Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Utusan Malaysia, Sin Chew Jit Poh dan Sinar Harian. Sebelum ini, zoo berkenaan yang turut menempatkan Taman Tema Air, turut memiliki dua ekor Harimau Malaya yang disumbangkan Zoo Melaka dan seekor tapir.
Zoo berkenaan yang menampilkan konsep unik dengan memulihara alam sekitar dan pelbagai jenis tanaman asal kawasan itu semaki ramai dikunjungi pelawat, khususnya pada setiap hujung minggu.
Selain itu katanya, haiwan lain yang terdapat di zoo berkenaan termasuk pelbagai spesies burung, kura-kura, beruang matahari, landak dan musang.
“Kita sentiasa membuat penyesuaian dan penambahbaikan serta cuba melengkapkan Taman Rekreasi secara berperingkat dan kalau tidak ada aral, bulan depan zoo berkenaan akan menerima beberapa ekor gajah,” katanya.