AKRAB…Timbalan Pengarah Unit Komunikasi Negeri (UKOM) negeri, Roslan Abdul Rahman (kanan) sedang berbincang sesuatu dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman ketika dalam perjalanan menaiki bot ke Pulau Redang, Jumaat lalu.
Seramai kira-kira 80 ahli rombongan menyertai lawatan Bazlan ke Pulau Peranginan antara tersohor di dunia itu, termasuklah JKKK Dun Batu Rakit, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Batu Rakit, beberapa kakitangan Pejabat Daerah Setiu, pegawai BTN dan wartawan media massa.
Pelbagai acara diadakan sempena lawatan selama tiga hari dua malam adun itu antaranya ialah pembahagian dana remaja, bantuan pakaian sekolah, seminar BTN untuk Pemuda dan Puteri UMNO Batu Rakit dan lawatan ke beberapa rumah penduduk.
|
Sekumpulan wartawan bersiap untuk bertolak. |
Walaupun terpaksa meredah lautan agak bergelora akibat angin Tenggara namun kesemua ahli rombongan tiba dengan selamatnya kira-kira jam 11 pagi selepas lebih sejam berada di lautan.
Dalam lawatan itu juga Bazlan sempat menyelesaikan beberapa masalah penduduk antaranya masalah koperasi dan bantuan untuk pesakit kronik serta melawat tapak projek rumah mampu milik yang sedang dalam pembinaan.
“Lawatan ini amat bermakna kepada penduduk Pulau Redang kerana beberapa masalah penduduk dapat diselesaikan serta boleh mengeratkan hubungan antara penduduk di daratan dan Pulau Redang ini.
“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang terbabit dengan lawatan ini termasuklah Pejabat Daerah Setiu, BTN dan sekumpulan wartawan yang sentiasa memberi sokongan kepada saya,” katanya
Sesungguh lawatan YB Bazlan dan rombongan ke Pulau Redang memberi seribu makna kepada penduduk setempat semoga kehadiran semula nanti sekurang-kurangnya dalam menyelesaikan sebahagian daripada permasalah penduduk.
Rombongan selamat tiba di jeti Merang pada kira-kira jam lima petang semalam dan keadaan ombak yang semakin baik berbanding hari sebelumnya seolah-olah merestui pemergian rombongan itu ke Pulau ketiga paling popular di dunia itu .-
Oleh: Aminudin Ismail.
|
Chalet malam pertama penginapan. |
|
Bazlan bersama beberapa wartawan di atas bot. |
|
Pemandu bot yang sentiasa tenang. |
|
Lautan 'berkucoh' sedikit membimbangkan. |
|
Pemandangan indah Redang. |
|
Pertandingan bola tampar turut diadakan. |
|
Anak muda Redang bermain bola pantai. |
|
Perjumpaan tertutup Rela dengan YB. |
|
Isteri YB turut hadir di setiap majlis. |
|
Pemuda dan Puteri beraktiviti. |
|
Bazlan menyelesaikan masalah penduduk. |
|
Pemandangan pintu masuk Redang. |
|
Penginapan malam kedua. |
|
Pekan Redang yang mendamaikan. |
|
Pendidik yang 'melupakan' kenikmati daratan demi untuk anak bangsa. |
|
Wajah-wajah kanak-kanak pulau. |
|
Bazlan sedang ditanya wartawan tentang rumah mampu milik. |
|
Selamat tinggal Redang yang semangnya indah dan mempesonakan. |