Halaman

23 March 2014

Kerajaan negeri sedia bantu sukan UCB- Rozi Mamat.

Rozi ketika melakukan gimmik perasmian SUKBEST.
Oleh: Aminudin Ismail.

KERAJAAN negeri memberi jaminan akan cuba membantu membangunkan sukan di Kolej Universiti Bestari (UCB) demi untuk kemajuan sukan di kolej universiti itu, kata Exco Belia,Sukan dan Sumber Manusia negeri,  Rozi Mamat.

“Kita kerajaan negeri Terengganu akan cuba sedaya upaya untuk memajukan sukan di kolej universiti ini. Sebagaimana yang saya diberitahu beberapa perkara oleh prof. (Naib Canselor).

Rozi (tengah) bersama naib canselor (dua dari kanan).
“Saya akan melihat hal ini satu persatu untuk diketengahkan di peringkat negeri bahawa keperluan dan kemudahan pembangunan infratruktur harus dibantu.

“Ianya adalah untuk melihat pelajar di UCB ini dapat membantu pembangunan sukan di negeri Terengganu ini,” katanya ketika merasmikan Kejohanan Sukan Bestari (Sukbest) UCB 2014 di Kolej Universiti itu, khamis lalu.

Katanya, program kesukanan itu menjadi satu budaya yang sangat penting dalam kehidupan manusia sekarang.

“Bersukan ini, bukan sahaja kita mahu beriadah tetapi juga sekarang ini sudah menjadi kerjaya kepada sebilangan anak-anak muda di negeri ini.

"Oleh itu saya berharap melalui sukan Sukbest ini kita dapat melahirkan athlet yang berwibawa untuk negeri Terengganu dan negara,” katanya.

Kejohanan sukan yang berakhir semalam itu menyaksikan Kontinjen B, Golden Eagle menang keseluruhan dalam sukan itu. Ianya disertai seramai 1,407 peserta yang terdiri dariapada empat kontinjen pelajar dan satu kontinjen staff membabitkan lapan acara sukan.

Olahragawan terbaik sukan itu ialah Mohamad Muktazam Ali Umar manakala olahragawati pula ialah Norus Adlina Nordin.

Turut hadir, Naib Cancelor UCB, Prof. Dr. Mustapha Ismail dan Timbalan Naib Cancelor (HEP), Prof. Madya Ahmad Suhaily Mohd Salleh.
Semangat...memberi semangat kepada peserta


Salam..bertemu peserta mengambil bahagian.

Sokongan..antara pasukan bertanding.

Tanding..antara peserta yang ambil bahagian.

Ikhlas..cenderahati untuk Rozi.

Tangkas..demontrasi silat turut diadakan.
Lepas...Rozi melepas satu acara.
Bergaya..seorang tekong menunjukan aksi dalam acara takraw.

 

No comments: