Halaman

29 March 2014

YB A.Latiff rasmi Malam Anugerah Kualiti UCB.

Penerima anugerah bergambar bersama A.Latif (tengah) dan Tengku Mahmud (empat dari kanan).
Oleh: Aminudin Ismail.

KIRA-KIRA 150 kakitangan dan jemputan Universiti Kolej Bestari (UCB) hadir memeriahkan Malam Anugerah Kualiti 2013 yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Terengganu, malam tadi.

Majlis yang turut dihadiri Exco Transformasi Kerajaan, Penyampaian dan Pengurusan Prestasi dan Teknologi Maklumat Negeri A. Latiff Awang itu dimulai dengan bacaan doa oleh Prof. Madya Dr. Sudirman Abdul Fatah, Pensyarah Kanan, Kolej Universiti Bestari, Setiu, Terengganu.

Dalam ucapanya, A.Latiff mengucapkan terima kasih kepada UCB kerana menjemput Menteri Besar Terengganu yang mewakilkan kepada beliau bagi merasmikan majlis itu.

A.Latif menyampaikan piala kepada penerima sambil diperhati Tengku Mahmud dan Mustapha (kiri).
Menurutnya, kerajaan negeri Terengganu sememangnya menitikberatkan soal kecememerlangan pendidikan dan katanya, kecemerlangan pendidikan di negeri ini sudah terbukti.

"Kecemerlangan pendidikan di Terengganu tidak boleh disangkal lagi berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan awam, UPSR, PMR, SPM dan STPM setiap tahun.

Di samping IPTA yang sedia ada dan IPTS yang lain termasuklah TATIUC yang ada di Terengganu ini, UCB juga menyediakan peluang pengajian tinggi," katanya.

A.Latiff berkata, UCB juga menyediakan biasiswa kepada anak-anak yatim dan pelajar miskin bagi membolehken mereka menyambung belajar ke kolej universiti itu.

"Usaha mulia ini sangat membanggakan pihak kerajaan negeri," katanya sambil mengucapkan syabas dan tahniah kepada UCB kerana mampu menjadi sebuah pusat pengajian tinggi yang terkenal di negeri Terengganu.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri sedia membantu UCB dalam pelbagai segi supaya kolej universiti itu mampu bersaing dan menjadi antara sebuah universiti yang ternama di negara ini satu hari ini.

Pada majlis itu juga, A.Latif menyampaikan sijil dan hadiah kepada sebelas penerima Anugerah Kualiti 2013 UCB. Turut hadir ialah Pengerusi Eksekutif UCB, Dato’ Tengku Mahmud Mansor dan naib cancelornya, Prof Dr. Mustapha Ismail.
Suasana dewan tempat majlis diadakan.

Antara jemputan luar yang hadir.

Tetamu menunggu permulaan majlis.

Jemputan mendengar ucapan peramian.

Isteri Tengku Mahmud (dua dari kanan) hadir.

Antara yang hadir memeriahkan majlis.

Cabutan bertuah turut diadakan.

Gimik pelancaran oleh A.Latif

Tengku Mahmud menyampaikan cenderahati kepada A.Latiff.
Staff UCB bergambar kenangan bersama A.Latiff.

 

No comments: