Halaman

07 July 2014

UCB masak enam kawah bubur lambuk untuk diagih kepada orang ramai.

Zubaidi memberi bubur lambuk kepada dua pengunjung bazar ramadan.
Oleh: Aminudin Ismail. 

SERAMAI kira-kira 100 penuntut Kolej Universiti Bestari (UCB) dan Institut Kemahiran Bestari bergotong-royong memasak enam kawah bubur lambuk untuk dibahagikan kepada orang ramai di Bazar Ramadan, Sungai Tarom, Bandar Permaisuri, hari ini

Pengarah Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UCB, Mohd Zubaidi Abdul Samad berkata, penuntut terbabit mula memasak bubur itu bermula pagi tadi dan berakhir kira-kira jam 1 tengahari.

Seorang peniaga menerima bubur lambuk.
"Bubur ini kemudian dibahagi kepada kira-kira 700 bekas untuk diagihkan di beberapa tempat termasuklah di Bazar Ramadan Sungai Tarom pada petang ini.

"Sambutan orang ramai amat mengalakan dan bekas-bekas bubur lambut ini habis dalam masa kira-kira sejam dengan cara mengagihkan kepada pengunjung bazar Ramadan itu dan ada yang datang mendapatkan di gerai yang kami buka di tapak bazar itu," katanya.

Menurutnya, program ini diharapkan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim warga UCB dengan masyarakat setempat serta dapat mengimarahkan bulan Ramadan yang mulia ini dengan memberi makan kepada mereka yang berbuka puasa.
Seorang pengunjung menerima untuk keluarga.


 

No comments: