Zubaidi memberi bubur lambuk kepada dua pengunjung bazar ramadan. |
SERAMAI kira-kira 100 penuntut Kolej Universiti Bestari (UCB) dan Institut Kemahiran Bestari bergotong-royong memasak enam kawah bubur lambuk untuk dibahagikan kepada orang ramai di Bazar Ramadan, Sungai Tarom, Bandar Permaisuri, hari ini
Pengarah Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UCB, Mohd Zubaidi Abdul Samad berkata, penuntut terbabit mula memasak bubur itu bermula pagi tadi dan berakhir kira-kira jam 1 tengahari.
Seorang peniaga menerima bubur lambuk. |
"Sambutan orang ramai amat mengalakan dan bekas-bekas bubur lambut ini habis dalam masa kira-kira sejam dengan cara mengagihkan kepada pengunjung bazar Ramadan itu dan ada yang datang mendapatkan di gerai yang kami buka di tapak bazar itu," katanya.
Menurutnya, program ini diharapkan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim warga UCB dengan masyarakat setempat serta dapat mengimarahkan bulan Ramadan yang mulia ini dengan memberi makan kepada mereka yang berbuka puasa.
Seorang pengunjung menerima untuk keluarga. |