Halaman

06 July 2014

MB DATO' AHMAD RAZIF DI MANA-MANA SAHAJA URUSKAN MASALAH RAKYAT



Suatu contoh teladan yang baik, Menteri Besar Dato' Hj Ahmad Razif Abd Rahman dan para pegawainya sanggup turun padang untuk menyelesaikan apa jua masalah rakyat.

Sekalipun bersila di dalam masjid, beliau sedia setiap masa untuk menyelesaikan apa jua urusan yang perlu disegerakan yang tidak sempat dijalankan di pejabat kerana sibuk dengan urusan lawatan, tinjauan dan menemui rakyat di mana sahaja.

Gambar ini dirakamkan di sebuah masjid dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Seberang Takir yang beliau wakili.

Setiausaha Sulit Kanan beliau, Haji Kamarul Amin Ismail dan para pegawai yang lain turut sama turun padang untuk menyelesaikan apa jua masalah rakyat.

Itulah sebenarnya kepimpinan yang dikehendakki rakyat, pemimpin turun padang melihat sendiri masalah rakyat untuk dicari jalan penyelesaian.

Inilah suatu transformasi yang sedang diusahakan oleh Menteri Besar yang gigih bekerja ini dan diharapkan ketua-ketua jabatan dan pemimpin yang lain mencontohinya juga.