Halaman

15 October 2013

Mohd Jidin Harap Pemilihan Sabtu ini Lancar.

Oleh: Aminudin Ismail.

Mohd Jidin...penuh harmoni.
SETIU: Penyandang Ketua UMNO Bahagian Setiu, Dato’ Mohd Jidin Shafee mahu perjalanan mesyuarat UMNO Bahagian itu yang akan diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana, di sini Sabtu ini, berjalan lancar dan penuh harmoni.

Menurutnya, tiada pertandingan atau perlawanan pada mesyuarat itu tetapi sebaliknya ia adalah pemilihan untuk memilih Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian (tiada pemilihan), Naib Ketua Bahagian dan Ahli Jawatankuasa Bahagian yang menjadi rutin setiap mesyuarat pemilihan UMNO.

“Mesyuarat sayap baru-baru ini, Alhamdulillah berjalan baik dan lancar dan tiada kecelaruan. Pada 19haribulan ini kita harap lebih teraturlah , lebih bersifat terbuka dan bersifat keluarga sebabnya ini bukanlah satu perlawanan tetapi ia hanya satu pemilihan.

“Kita terbuka kepada konsep yang kita lakukan dan kita terima semua itu secara terbuka dan menang atau kalah kita tidak ambil kira sangat. Saya mengharapkan disaat-saat akhir ini, semua calon yang terlibat berkempen dengan lebih sihat kerana ini adalah pemilihan dalaman UMNO sahaja.

“Kita harap tidak akan berlaku perkara yang tidak diingini lebih daripada kehendak parti, tapi saya yakin pemilihan nanti akan berjalan dengan teratur, baik dan lancar,” katanya ketika ditemubual Teganukita, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Jidin berkata, UMNO Setiu akan membuat beberapa perancangan selepas pemilihan UMNO nanti antaranya ialah membaikpulih soal pemilihan, menyusun balik kelemahan dalam keahlian dan akan menambahkan keahlian bagi memantapkan lagi keahlian UMNO Setiu.

“Kepada sayap dan semua petugas supaya masuk ke setiap cawangan untuk mendaftar semua ahli yang layak dan setuju untuk masuk UMNO,” katanya.


Korban Perdana Parlimen Setiu, Dun Permaisuri Meriah.

Teks dan gambar: Aminudin Ismail. 

Mohd Jidin dan Zulkify (tengah) sedang melapah kulit lembu.
LEBIH 100 penduduk dari beberapa kampung berhampiran hadir bergotong royong menjayakan Program Korban Perdana anjuran Parlimen Setiu, dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Dun Permaisuri di hadapan Masjid Kampung Banggol, Setiu, hari ini.

Program yang turut di hadiri Ahli Parlimen Setiu, Che Mohd Zulkifly Jusoh dan Adun Permaisuri Datuk Mohd Jidin Shafee itu bertujuan untuk memenuhi sunnah Rasulullah dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk.

Mohd Jidin berkata, sebanyak sembilan ekor lembu dikorbankan pada program itu melalui peruntukan parlimen dan Dun itu. Program yang menjadi acara tahunan itu dihadiri hampir semua wakil dari JKKK seluruh cawangan Dun Permaisuri, Pemuda, Puteri dan penduduk kampung sekitar

“Mereka semua dapat merasakan satu perasaan kesamaan bahawa bukan sahaja mereka yang menunaikan haji di Mekah yang merayakanya tetapi kita juga turut sama merayakan hari raya korban ini,” katanya

Berikut ialah gambar-gambar sekitar program Korban Perdana Parlimen Setiu itu:
Kuat...Mohd Jidin memegang lembu yang disembelih.

Jatuh..beberapa penduduk sedang menjatuhkan lembu.
Asyik..sebahagian penduduk asyik memerhati lembu.
Gotong-royong...bersama menyiang daging lembu
Kerjasama...penduduk bersama melapah lembu.
Mohd Jidin (kiri) bercakap sesuatu kepada Zulkifly (dua dari kanan).
Perhati...Zulkifli (tengah) memegang lembu ketika sembelihan.

 

Idris berjanji akan terus bantu UMNO Besut


YB Dato'Seri Idris Jussoh bersama pemimpin Wanita UMNO Besut

Oleh: Mohammad Ishak

Ketua Umno Bahagian Besut, Dato' Seri Idris Jusoh berjanji akan terus membantu kepemimpinan baru parti di bahagian itu walaupun tidak lagi menjadi ketua selepas pemilihan parti peringkat bahagian itu pada 19 Oktober ini.

Katanya, soal diri beliau akan berada dalam jawatan nombor tiga sebagai naib ketua bahagian, tidak menjadi masalah untuk beliau bekerjasama dengan pimpinan baru bahagian berkenaan.

Menurutnya, walaupun tidak memegang ketua bahagian beliau masih lagi menjadi Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu dan insyaalah mengekalkan jawatan Ahli Majlis Tertinggi Umno.

Idris yang juga Menteri Pendidikan II berkata, keputusan tidak mengekalkan jawatan ketua bahagian kerana ingin memberi peluang kepada pelapis muda menerajui Umno Besut selaras dengan hasrat pemimpin parti untuk meremajakan Umno.

“Saya sedar ramai ahli parti di bahagian itu kecewa dengan keputusan dibuat tetapi, perlu diingat pemimpin tidak seharusnya mengekalkan jawatan untuk tempoh terlalu lama dan ada masa patut berundur,” katanya

Berikutan keputusan beliau tidak mengekalkan jawatan itu,Ahli Exco Kerajaan Negeri, Nawi Mohamad, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, menang tanpa bertanding selepas Idris tidak bertanding.

Idris berkata, Umno Besut ingin membuktikan kepada bahagian lain sejarah tidak pernah berlaku pertandingan merebut jawatan Ketua Bahagian berkenaan dan beliau juga berbuat demikian sama seperti pemimpin lain sebelum ini.

“Peralihan pimpinan Umno Besut secara terssusun sejak zaman Allahyarham Datuk Zakaria Abdul Rahman, Tan Sri Dr Yusof Noor, Datuk Wan Zakaria Abd Rahman dan sekarang giliran saya berbuat demikian,” katanya.

Menurutnya, tugas sekarang sebagai Menteri Pendidikan II memerlukan perhatian serius terhadap tugas yang diamanahkan untuk pembangunan pendidikan negara yang semakin mencabar.

“Oleh kerana saya tidak lagi memegang jawatan ketua bahagian dan peluang itu akan digunakan sepenuhnya untuk memikul tanggungjawab sebagai menteri,” katanya.

Sekitar Majlis Qurban di Kuala Terengganu

Peserta yang mengambil bahagian qurban mewakilkan kepada juru sembelih untuk menyembelih qurban mereka






Hari Raya Aidiladha disambut meriah di Terengganu

Aidil Adha atau Hari Raya Korban disambut dengan penuh meriah oleh rakyat di seluruh negeri ini.



Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said diiringi Yang Dipertua DUN, Haji Zubir Embong dan pembesar negeri menunaikan solat sunat Aidil Adha d i Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, pada sebelah pagi.



Selesai khutbah hari raya, rakyat Terengganu mengambil kesempatan bersalaman dengan Menteri Besar dan pembesar negeri.

 Selepas itu, majlis korban diadakan di segenap ceruk di seluruh negeri bagi memperingati ketaqwaan Nabi Ibrahim mengorbankan anaknya, Nabi Ismail.





JADUAL KORBAN PERDANA PARLIMEN SETIU

Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri. 

Tempat : Masjid Kampung Banggol.
Tarikh   : 15hb Oktober 2013. (hari ini)
Jam       : 2.30 petang.


DUN Langkap. 

Tempat: Perkarangan Pejabat Dun Langkap, Sungai Tong.
Tarikh  : 16hb Oktober 2013.
Jam      : 8.30 pagi.

DUN Batu Rakit. 

Tempat: Perkarangan Rumah Adun Batu Rakit dan Dewan Batu Rakit.
Tarikh :  17hb Oktober 1013.
Jam     :  8.30 pagi dan  9.30 pagi.

 DUN Jabi 

Tempat : Padang Bola Kampung Apal.
Tarikh   : 18hb Oktober 2013.
Masa   : 8.30 pagi.

Ahli Parlimen Setiu,Che Mohd Zulkifly Jusoh akan hadir di majlis itu bersama Adun kawasan masing-masing.

 

To' Puan Zaitun dilantik exco Wanita Umno

Buat pertama kalinya Terengganu mempunyai wakil dalam exco Wanita Umno pusat apabila calon tunggal dari negeri itu To' Puan Zaitun Mat Amin terpilih dalam senarai 20 barisan kepimpinan yang baru bagi penggal 2013-2016.

Ketua Pergerakan Wanita Umno Marang itu memperoleh 95 undi dari seluruh negara pada pemilihan Umno Sabtu lepas.

"Alhamdulillah kerana kemenangan saya sebagai seorang daripada exco Wanita Malaysia ini membuktikan penghargaan dan kepercayaan yang diberi oleh perwakilan wanita di seluruh negara.

"Sebagai Pengerusi Gerak Prihatin dan Penyayang Pergerakan Wanita Umno Malaysia, ternyata gerak kerja kami melalui aktiviti kebajikan yang dijalankan diiktiraf mereka," kata Zaiton yang juga Bendahari Pergerakan Wanita Umno Kuala Terengganu.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Setiu, Mohd Iskandar Jaafar merupakan wakil tunggal Terengganu yang dipilih dalam barisan 20 exco Pemuda di peringkat pusat.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi memperoleh sokongan daripada 87 bahagian dari seluruh negara.

Mohd Iskandar yang menang tanpa bertanding untuk jawatan Ketua Pemuda Setiu turut mengucapkan terima kasih kepada semua perwakilan yang memilihnya untuk jawatan exco Pemuda pusat bagi penggal 2013-2016.

 "Oleh kerana saya adalah antara calon exco Pemuda yang berasal dari luar bandar, maka saya menganggap pemilihan saya kali ini adalah sebagai membawa suara pemuda akar umbi ke tahap yang lebih tinggi dan saya akan menjadi penghubung untuk pemuda akar umbi dengan kepimpinan pusat," katanya.

 Iskandar yang baharu sahaja dilantik Pengerusi Belia 4B Terengganu baru-baru ini, berkata suara pemuda mesti di dengar dan di fahami pemimpin tertinggi kerana golongan itu adalah penentu masa hadapan negara.

 

JAWATANKUASA PERGERAKAN PUTERI UMNO SETIU

Pengerusi Tetap: Nurul Farahan Ramli.

Timbalan Pengerusi Tetap: Che Ruzilawati Che Ghani.

Ketua Puteri: Norfuzilawati Yusoof.

Naib Ketua Puteri: Haslinda Mohd Nor.

Ahli Jawatankuasa.

1. Samiah Yaacob.

2. Nurul Izati Yusof.

3 Nurul Hafizah Mohamad.

4. Zalifasuria Mustaffa.

5 .Wan Rosatila Wan Embong.

6. Siti Norezati yahya.

7. Azieyanti Abdullah.

8. Siti Khadijah Ghazali.

 9. Noni Mohamad.

10.Nik Aida Nik Soh.

11.Norzilawati Muda.

12.Wan Norashidah Wan A.Razak.

13.Zariah Abdul Latif.

14.Kartini Ghazali.

15.Norsyamimi Ab.Halim.

     

Norfuzilawati mahu mantapkan Puteri UMNO Setiu.

Teks dan gambar Aminudin Ismail. 

SETIU: Ketua Pergerakan Putri UMNO Bahagian Setiu, Norfuzilawati Yusoof, akan memulakan tugas barunya dengan turun padang bertemu dengan jawatankuasa cawangan untuk mamastikan beberapa cawangan Puteri yang kurang aktif akan diberi perhatian supaya kembali aktif. 

Katanya, mana-mana cawangan yang kurang aktif perlu diberi perhatian segera supaya jentera Puteri UMNO Setiu akan lebih mantap bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang.

“Saya mengenalpasti ada beberapa cawangan Puteri di Parlimen Setiu ini tidak aktif, adalah menjadi tugas pertama saya untuk mempastikan cawangan-cawangan ini akan bergerak aktif semula dengan menyusun beberapa program supaya Puteri UMNO Setiu ini akan bergerak aktif,” katanya.

Menurutnya, dia juga akan mengunakan pendekatan baru dalam melaksanakan tugasnya itu selain mengunakan pendekatan lama yang masih boleh digunapakai.

Sehubungan itu,Fuzilawati, pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu, mengharapkan Naib Ketua Puteri dan Ahli Jawatankuasa serta semua ahli Puteri Setiu supaya megembeling tenaga berusaha bersamanya untuk meramaikan ahli Pergerakan Puteri UMNO Setiu.

“Untuk menjayakan usaha saya ini memerlukan komitmen semua pihak samada mereka di dalam jawatankuasa ataupun tidak. Marilah kita sama-sama berganding bahu, bekerjasama dalam usaha untuk menambah ramaikan lagi ahli puteri supaya ia menjadi sayap terpenting dalam menentukan kejayaan UMNO dan Barisan Nasional untuk memajukan rakyat,” katanya.

Beliau yang mula aktif dalam UMNO ketika masih belajar di UMT itu, adalah seorang bekas Fasilitator Program Bakti Remaja bermula dari tahun 2010 hingga 2012.

Anak Sulong dari lima beradik yang berasal dari Kampung Tok Dor itu juga pernah menjawat jawatan Ketua Puteri Cawangan kampungnya dan Ahli Jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian Setiu sebelum mengambil keputusan untuk bertanding dan menang jawatan Ketua Puteri pada pemilihan baru-baru ini dengan mendapat 176 undi.


14 October 2013

JAWATANKUASA PERGERAKAN WANITA UMNO BAHAGIAN SETIU.

Pengerusi Tetap: Puan Hasnah Husin.

Timbalan Pengerusi Tetap: Rozita Ismail.

Ketua Wanita: Wan Nasiah Wan Majid.

Naib Ketua Wanita: Wan Hanisah Wan Ismail.


Ahli Jawatankuasa.

1. Rokiah Husin

2.Zaliha Harun.

3. Nazipah Embong.

4. Fatimah Rejab.

5. Wan Rubiah Daud.

6. Hasnah Embong.

7. Saumi Kalsom.

8. Wan Fatimah Wan Abdul Rahman.

9. Mastura Abd Aziz.

10. Mar Aini Ibrahim.

11. Pairah Paidi.

12. Zainun Omar.

13. Raja Norzita Raja Embong.

14. Norosmewati Alias.

15. Wan Fatimah Abdul Majid

.