Katanya, mana-mana cawangan yang kurang aktif perlu diberi perhatian segera supaya jentera Puteri UMNO Setiu akan lebih mantap bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang.
“Saya mengenalpasti ada beberapa cawangan Puteri di Parlimen Setiu ini tidak aktif, adalah menjadi tugas pertama saya untuk mempastikan cawangan-cawangan ini akan bergerak aktif semula dengan menyusun beberapa program supaya Puteri UMNO Setiu ini akan bergerak aktif,” katanya.
Sehubungan itu,Fuzilawati, pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu, mengharapkan Naib Ketua Puteri dan Ahli Jawatankuasa serta semua ahli Puteri Setiu supaya megembeling tenaga berusaha bersamanya untuk meramaikan ahli Pergerakan Puteri UMNO Setiu.
“Untuk menjayakan usaha saya ini memerlukan komitmen semua pihak samada mereka di dalam jawatankuasa ataupun tidak. Marilah kita sama-sama berganding bahu, bekerjasama dalam usaha untuk menambah ramaikan lagi ahli puteri supaya ia menjadi sayap terpenting dalam menentukan kejayaan UMNO dan Barisan Nasional untuk memajukan rakyat,” katanya.
Beliau yang mula aktif dalam UMNO ketika masih belajar di UMT itu, adalah seorang bekas Fasilitator Program Bakti Remaja bermula dari tahun 2010 hingga 2012.
Anak Sulong dari lima beradik yang berasal dari Kampung Tok Dor itu juga pernah menjawat jawatan Ketua Puteri Cawangan kampungnya dan Ahli Jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian Setiu sebelum mengambil keputusan untuk bertanding dan menang jawatan Ketua Puteri pada pemilihan baru-baru ini dengan mendapat 176 undi.