Halaman

17 October 2013

700 sertai Karnival Sukan Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Terengganu

Oleh: Mastura Jamaluddin

Seramai 700 peserta terdiri dari kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah seluruh negeri berentap di Karnival Sukan Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah selama tiga hari anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Terengganu, kelmarin.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang juga ADUN Kuala Berang, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang, berkata program kali ke-5 itu bertujuan mengeratkan silaturahim di kalangan penjawat awam dan dianggap sebagai aktiviti riadah untuk menghilangkan tekanan semasa bekerja.

 “Ia juga bertujuan menjalinkan usahasama yang baik dalam bidang pengurusan dan bertukar pendapat dan maklumat dalam urusan tanah dan pembangunan di seluruh negeri,” katanya .

Beliau berkata, karnival yang dijalankan ini bukan sahaja bertujuan bersukan malah melambangkan kecemerlangan dalam sistem pentadbiran yang diterapkan dalam institusi kerajaan.

 "Karnival ini bukan sahaja melahirkan atlit yang berbakat, tetapi mewujudkan suasana erat di kalangan kakitangan awam di seluruh negeri dan mencapai matlamat dengan usaha gigih demi kebaikan negeri.

“Dengan program tahunan inii dapat melonjakkan usaha dan semangat di kalangan kakitangan awam supaya berkerja lebih gigih untuk meningkatkan prestasi dan kecekapan dalam bidang pengurusan sesebuah daerah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan carnival berkenaan di Padang g Astaka Kuala Berang.

Hadir sama di majlis itu ,Ketua Pentadbir Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu, Haji Wan Nawawi Wan Ismail, Ketua Pentadbir Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman, Haji Mohd Kamil Othman; Ketua Pentadbir Pejabat Daerah dan Tanah Marang, Encik Zulkifli Ali dan Pegawai Daerah Dungun, Haji Mohd Akhil Mat.