Halaman

15 October 2013

Mohd Jidin Harap Pemilihan Sabtu ini Lancar.

Oleh: Aminudin Ismail.

Mohd Jidin...penuh harmoni.
SETIU: Penyandang Ketua UMNO Bahagian Setiu, Dato’ Mohd Jidin Shafee mahu perjalanan mesyuarat UMNO Bahagian itu yang akan diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana, di sini Sabtu ini, berjalan lancar dan penuh harmoni.

Menurutnya, tiada pertandingan atau perlawanan pada mesyuarat itu tetapi sebaliknya ia adalah pemilihan untuk memilih Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian (tiada pemilihan), Naib Ketua Bahagian dan Ahli Jawatankuasa Bahagian yang menjadi rutin setiap mesyuarat pemilihan UMNO.

“Mesyuarat sayap baru-baru ini, Alhamdulillah berjalan baik dan lancar dan tiada kecelaruan. Pada 19haribulan ini kita harap lebih teraturlah , lebih bersifat terbuka dan bersifat keluarga sebabnya ini bukanlah satu perlawanan tetapi ia hanya satu pemilihan.

“Kita terbuka kepada konsep yang kita lakukan dan kita terima semua itu secara terbuka dan menang atau kalah kita tidak ambil kira sangat. Saya mengharapkan disaat-saat akhir ini, semua calon yang terlibat berkempen dengan lebih sihat kerana ini adalah pemilihan dalaman UMNO sahaja.

“Kita harap tidak akan berlaku perkara yang tidak diingini lebih daripada kehendak parti, tapi saya yakin pemilihan nanti akan berjalan dengan teratur, baik dan lancar,” katanya ketika ditemubual Teganukita, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Jidin berkata, UMNO Setiu akan membuat beberapa perancangan selepas pemilihan UMNO nanti antaranya ialah membaikpulih soal pemilihan, menyusun balik kelemahan dalam keahlian dan akan menambahkan keahlian bagi memantapkan lagi keahlian UMNO Setiu.

“Kepada sayap dan semua petugas supaya masuk ke setiap cawangan untuk mendaftar semua ahli yang layak dan setuju untuk masuk UMNO,” katanya.


No comments: