Teks dan gambar: Aminudin Ismail.
|
Dato' Sabri (baju oren) melapah lembu, sambil diperhati Wan Nasiah (dua dari kanan). |
Ahli Dewan Undangan Langkap, Dato’ Sabri Mohd Nor bersama lebih 100 penduduk termasuk Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) kawasan itu hadir menjayakan Program Korban Perdana Parlimen Setiu dan Dun Langkap, yang diadakan di Pekan Sungai Tong, Setiu, hari ini.
Dato’ Sabri berkata, sebanyak 14 ekor lembu dikorbankan pada program yang bertujuan untuk menyempurnakan ibadah korban dan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara sesama penduduk itu.