Halaman

25 May 2014

Kelab Motosikal Besut (BBC) ziarah kanak-kanak malang

Perihatin...beberapa ahli BBC ketika menziarahi Mohd Sharul di Gong Gucil.
Oleh: Mohamad Ishak.

KELAB Motosikal Besut (BBC) meneruskan aktiviti hujung minggunya dengan menziarahi golongan kurang bernasib seperti anak yatim, pesakit kronik dan golongan warga usia emas sambil menyampaikan sumbangan.

Semalam, BBC yang diketuai oleh Presidennya Nik Shamsuddin Sulaiman dengan diiringi beberapa orang ahli menziarahi adik Mohd Sharul Mufid Mohd Azwady, 7 tahun di Kampung Gong Gucil, Besut yang menderita akibat kemalangan jalan raya hujung tahun lalu.

Mohd Sharul Mufid yang lumpuh setelah terbabit dalam kemalangan jalan raya berhampiran rumahnya terpaksa dirawat selama hampir lima bulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kelantan.

Kini dia yang mengalami patah kaki kanan hanya mampu terbaring di kerusi dengan diberikan makanan menerusi tiub kerana mengalami masalah ekoran kecederaan di bahagian kepala dan paru-paru akibat kemalangan tersebut.

Nik Shamsuddin berkata, program ziarah sambil menyampaikan sumbangan itu menjadi acara mingguan BBC sejak ditubuhkan enam tahun lalu berpuluh ribu telah disampaikan kepada golongan sasar terdiri daripada anak-anak yatim, pesakit kronik dan warga usai emas.

“Walaupun hanya mempunyai ahli seramai 30 orang namun dengan inisiatif dan komitmen semua ahli kita mampu memberikan sumbangan termasuk sumbangan kepada masjid di perkampungaan minoriti Islam di Thailand, Myanmar.

Katanya, sumbangan yang disampaikan bukan hanya terbatas di daerah Besut malah melampaui negara-negara Asean dengan menziarahi minoriti Islam dan menderma kepada tabung pembinaan masjid.

“Menerusi sumbangan ini BBC berharap dapat membantu menceriakan kehiduapan anak-anak yatim, pesakit kronik serta meringankan beban keluarga mereka serta sebagai sokongan kepada membina masjid untuk saudara seagama.

“Kita harap lebih banyak kelab dan badan bukan kerajaan (NGO) dapat memberikan perhatian seterusnya menyumbang kepada golongan yang tidak bernasib baik sekali gus merealisasikan konsep masyarakat penyayang, “katanya.

Sementara itu Nik Shamsuddin berkata, kira-kira 1,000 dari tiga buah negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan, Pahang dan Terengganu bakal mengambil bahagian dalam Bike 2014 berrtempat di Kampung Raja pada 31 Mei ini.

Tambahnya, menerusi himpunan terbesar kalangan pemilik motosikal berkuasa tinggi itu akan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Keluarga, Masyarakat dan Wanita negeri, Muhammad Pehimi Yusof.

 

Cuepacs cadang kerajaan perkenal Elaun Bandar

Oleh; Esah Abdullah

 Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan kerajaan memperkenalkan elaun baharu khas untuk penjawat awam yang tinggal di bandar bagi menghadapi kenaikan kos sara hidup.

Presidennya, Encik Azih Muda berkata, Elaun Bandar itu yang dicadangkan antara RM400-RM500 sebulan pasti dapat mengurangkan beban kewangan dihadapi penjawat awam, terutama yang tinggal di bandar metropolitan seperti Kuala Lumpur, Johor Baharu dan Ipoh.

“Sudah sampai masanya untuk kerajaan memperkenalkan elaun ini kerana kita khuatir jika kita tidak bantu mereka, tumpuan terhadap kerja akan terganggu apabila penjawat awam ini memilih untuk melakukan pekerjaan sampingan dalam mendapat pendapatan tambahan.

 “Kita mahu penjawat awam khususnya kumpulan pelaksana di bandar-bandar besar ini tidak terlalu terbeban dengan kos sara hidup yang melampau apabila mereka dapat menikmati elaun itu kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama-sama penjawat awam negeri Terengganu yang dirasmikan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu hari ini.

Encik Azih berkata Elaun Bandar dicadangkan itu adalah berbeza dengan Elaun Sara Hidup (COLA) kerana ia hanya dikhususkan kepada kira-kira 65 peratus penjawat awam yang tinggal di bandar.

“COLA ini pula, kita harap kerajaan akan buat penyeragaman (kadar COLA) kepada penjawat awam di seluruh negara, bukan seperti yang diamalkan sekarang.

“Ini kerana tiada perbezaan harga yang terlalu banyak di antara lokasi tertentu di seluruh negara, jadi wajarlah jika semua penjawat awam dapat menikmatinya pada kadar yang sama,” katanya.

Perlantikan Pengerusi BP UMNO Negeri: MB serah kepada pucuk pimpinan.

Oleh: Aminudin Ismail.

MB...bergerak satu pasukan.
MENTERI Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman akan menerima apa jua keputusan yang akan dibuat mengenai perlantikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang baru.

“Kita serahkan keputusan itu di tangan Perdana Menteri, di pihak saya Insya Allah tidak menjadi masalah, kita akan menerima apa sahaja keputusan yang dibuat pucuk pimpinan.

" Dan yang utama sekarang ialah kita bergerak dalam satu pasukan (untuk memperkukuhkan lagi UMNO negeri Terengganu)," katanya di Bandar Permaisuri, Setiu, semalam.

Sementara itu, Ahmad Razif berkata, beliau mahu semua Ketua Bahagian UMNO negeri supaya memainkan peranan dalam memberi penerangan kepada rakyat mengenai beberapa isu yang dimainkan pembangkang ketika ini.

“Jadi hasrat saya, kita mintalah ketua-ketua bahagian memainkan peranan untuk menerangkan kepada rakyat tentang apa keadaan yang berlaku dan menyelesaikan isu-isu yang sedang rancak diperkatakan sekarang seperti isu GST, Cukai Pintu dan sebagainya.

“Jadi saya nampak rakyat sebenarnya perlukan penjelasan dan Ketua Bahagian ini perlu memberi penerangan yang sejelas-jelasnya kepada rakyat supaya rakyat faham keadaan yang sebenar,” katanya.

 

Perlantikan Pegawai Pembangunan Dun akan dibincang- Menteri Besar.

Oleh: Aminudin Ismail.

MENTERI Besar, Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, kerajaan tetap akan membantu beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang mengalami kekalahan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 lalu dengan perlantikan beberapa Pegawai Perantara yang diumumkan baru-baru ini.

Katanya, ketika ini perlantikan beberapa Pegawai Pembangunan di peringkat Parlimen sudah memadai tetapi sekiranya perlu diwujudkan di peringkat DUN, beliau akan berbincang terlebih dahulu dengan pemimpin tertinggi BN Terengganu sebelum membuat sebarang keputusan.

“Belum, kita belum membuat keputusan lagi (samada mahu meletakan atau tidak pegawai perantara peringkat DUN), jadi setakat ini, setakat yang ada itu sahaja lah yang kita lantik.

“Kita akan berbincang balik dan kita akan melihat keperluan (perlantikan itu) dan akan membuat keputusan secara berpasukan, nanti ini kita akan bincang balik dengan Exco dan pemimpin tertinggi BN Terengganu,” kata Menteri Besar di Setiu, semalam.

Katanya, beliau akan melihat dari semua sudut keperluan itu supaya kerajaan dapat membantu rakyat di kawasan-kawasan yang kalah dalam PRU lalu.

“Kita akan tengok daripada masa ke semasa atas keperluan, kita hari ini, kita memang nak bantu di kawasan-kawasan yang tidak ada wakil rakyat (BN) terutamanya Kuala Terengganu, jadi kita perlulah seseorang menjadi perantara antara kerajaan dan rakyat.

“Jadi kerana itulah kita wujudkan. Di kawasan Dungun, kita dapati ada seorang sahaja wakil rakyat (BN)di kawasan Dungun dan kita melihat kepada keperluan, kita tambah seorang lagi dan akan dibantu pegawai khas yang sedia ada.

“Di Kuala Nerus, ada tiga Dun yang tiada wakil rakyat kerajaan maka kita wujudkan seorang (Datuk Basir) dan Marang kita belum ada apa-apa perancangan kerana (buat masa ini) kita rasa sudah memadai dengan adanya seorang exco iaitu A.Latiff Awang bersama pegawai-pegawai Khas MB.

 

PBT dan Perbandaran perlu Transformasi- Menteri Besar.

Oleh: Aminudin Ismail. 

Ahmad Razif...contohi dasar  kerajaan pusat.
MENTERI Besar, Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman mahu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Perbandaran bergerak berasaskan transformasi supaya segala permasalah dapat diatasi bagi mempastikan badan yang menjadi nadi utama kerajaan negeri itu ditadbir dengan baik dan berkesan dalam usaha untuk terus memaju dan memakmurkan negeri ini.

Katanya, dengan pertambahan penduduk yang semakin meningkat sekarang ini maka beliau mahu PBT dan Perbandaran bergerak berasaskan kepada transformasi.

“Transformasi yang pertama yang kita akan gerakan ialah menyelesaikan isu-isu dan keperluan-keperluan PBT dan perbandaran yang kita rasa boleh membantu untuk kita mempercepatkan proses tranformasi PBT.

“Jadi saya dah minta supaya YDP (Yang Di Pertua) PBT dan Perbandaran supaya mengenal pasti adakah masalah kekurangan staff, kekurangan perkakasan dan peralatan serta pengangkutan dan sebagainya, jadi kita akan melihatlah atas kekurangan ini.

Tahniah...wakil MBKT menerima piala kemenangan dari Ahmad Razif sambil diperhati Mazlan dan Samiun (kanan).

"Dan kita akan perbaiki dari semasa ke semasa tetapi bergantung kepada implikasi kewangan. Insyallah, pada peringkat-peringkat segala permasaalahan ini akan dapat di selesaikan,” katanya pada sidang akhbar selepas Perasmian Penutup Sukan Pihak Berkuasa Tempatan Terengganu 2014 di Sungai Tarom, Bandar Permaisuri, Setiu, malam tadi.

Menurutnya, beliau akan mencontohi dasar kerajaan pusat di bawah pimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang begitu menitik beratkan soal transformasi.

“Memang sudah menjadi dasar kerajaan pusat dibawah pimpinan Dato' Seri Najib yang menekan soal tranformasi maka negeri Terengganupun kita akan bergerak ke arah itu, jadi kita akan melihat transformasi kita kearah kebaikan.

Tiba...orang ramai menyambut ketibaan Menteri Besar.

Sehubungan itu, katanya, semua kakitangan PBT dan Perbandaran itu perlu bekerja dengan penuh tanggungjawab dan amanah supaya segala permasalahan rakyat dapat diselesaikan.

“Yang pertama kita kenalah mesti menjalankan tugas dengan penuh amanah dan berintergriti sebab kita bekerja untuk membantu rakyat dan masyarakat.

“Jadi kerana itu saya berharap benar supaya semua pekerja dan kakitangan PBT dan Perbandaran kita akan bekerja dengan penuh amanah dan penuh tanggungjawab,” katanya.

Menurutnya, beliau berharap supaya PBT dan Perbandaran dapat selesaikan segala permasaalahan rakyat dengan baik dan berkesan supaya rakyat akan rasa berpuashati.

“Maka secara automatik keseluruhannya akan meningkat. Ini termasuklah dari segi ekonomi, pembangunan dan sebagainya di negeri kita ini," katanya.

Sementara itu, pada majlis itu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) diumumkan sebagai Johan Keseluruhan Kejohanan sukan yang mempertandingkan 11 jenis acara sukan itu.

Turut hadir pada majlis itu ialah Exco Pelancongan dan Kebudayaan, Dato' Mohd Jidin Shafee, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Mazlan Ngah dan YDP Majlis Daerah Setiu, Samiun Salleh.

 





24 May 2014

Perhilitan keluarkan seekor gajah liar di Hutan Hulu Setiu, hari ini

PINDAH...beberapa anggota Perhilitan sedang giat melakukan kerja-kerja untuk memindahkan seekor gajah liar berusia 12 tahun yang berjaya ditangkap di hutan berhampiran Kampung Che Long, Hulu Setiu, Ahad lalu.

Kerja-kerja pemindahan yang dibantu dengan mengunakan dua ekor gajah denak daripada Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah Pahang itu bermula kira-kira jam 10 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari.

Difahamkan gajah itu akan dibawa ke dibawa ke sebuah sungai berdekatan terlebih dahulu untuk tujuan rawatan sebelum tindakan selanjutnya iaitu kemungkinan akan dibawa ke Kenyir Elephant Village (KEV) untuk dipelihara dan dilatih di pusat santuari gajah milik kerajaan Negeri Terengganu itu.

Sebelum ini beberapa akhbar melaporkan beberapa pekebun kelapa sawit dan getah di beberapa kampung di Hulu Setiu mengalami kerugian yang banyak akibat ancaman gajah liar itu sejak beberapa tahun lalu.

Exco Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Dato' Mohd Jidin Shafee berkata, kerajaan negeri bersetuju untuk menanggung kos mengalihkan gajah-gajah liar itu ke KEV yang dianggarkan berjumlah kira-kira RM50,000 seekor.- Aminudin Ismail.

 

100 sertai Pertandingan Memancing Apal Hilir.

GEMBIRA...Juara Pertandingan Memancing Kampung Apal Hilir, Hakim Mohd Daud, dari Kampung Gerai, (lima dari kiri) bergambar kenangan bersama Adun Jabi, Mohd Iskandar Jaafar (depan) serta beberapa peserta memancing lain selepas majlis penyampaian hadiah pertandingan itu yang diadakan di sebuah tasik di Kampung Apal Hilir, Besut, hari ini.

Jurucakap penganjur, Kamaruzaman Hamat berkata, kira-kira 100 peserta dari beberapa kampung di DUN Jabi menyertai pertandingan itu.

Iskandar menanyakan sesuatu kepada Hakim
"Pemenang pertama ialah Hakim Mohd Daud yang berjaya mendaratkan ikan patong seberat 240 gram manakala kedua ialah Suhaimi Daud dan ketiga ialah Azhar Japri.

"Pertandingan ini adalah yang pertama kali diadakan dan ianya akan dijadikan acara tahunan dan diharap penyertaan peserta akan bertambah pada tahun hadapan," katanya.

Sementara itu, Iskandar berkata, beliau akan berusaha untuk menjadikan kawasan memancing itu sebagai taman reakrasi dengan mempertingkatkan prasarana iaitu dengan membina beberapa kemudahan antaranya ialah wakaf rehat, trek joging dan beberapa kemudahan lain.

Sehubungan itu, untuk menjayakan hasratnya itu, beliau mahu penduduk Kampung Apal Hilir terus memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional supaya segala apa yang dirancang itu akan dapat dapat dilaksanakan.

Turut hadir pada program anjuran KRT Kampung Apal Hilir itu ialah Pegawai Jabatan Perpaduan Negara Daerah Besut. Nor Almizan Mahmod-Aminudin Ismail.
Seorang pemenang menerima hadiah kipas angin.
Urusetia bergambar kenangan bersama Iskandar.

Almizan sampai hadiah cabutan bertuah.

Antara peserta pertandingan.

Peserta cilik turut menang hadiah.

     

23 May 2014

100 terima oven di Dungun.

TERIMA...seorang penerima bantuan Program Agropreneur Putri UMNO Dungun menerima sebuah oven yang disampaikan oleh Pengurus Besar Pertubuhan Peladang (LPP) Jerangau, Syawalina Yusof (kanan) dalam satu majlis yang diadakan di Jerangau, baru-baru ini.

Ketua Putri UMNO Dungun, Arlina Datuk Rosli (tengah) berkata, Seramai 100 usahawan kecil dari seluruh daerah Dungun Dun menerima sumbangan daripada Kementerian Pertanian melalui LPP itu bagi membolehkan mereka menambah pendapatan keluarga.

Antara penerima bantuan.
"Saya berharap agar barangan yang disumbangkan ini dapat membantu menambah pendapatan keluarga masing-masing dan gunakanlah pemberian ini dengan sebaik yang mungkin.

"Tahniah kepada mereka yang terpilih dan saya akan sentiasa untuk membantu mereka yang memerlukan bagi membasmi kemiskinan di kalangan penduduk. Terima kasih juga kepada Pertubuhan Peladang yang tidak jemu-jemu membantu para petani di Batu Rakit," katanya.- Oleh: Aminudin Ismail.
\

DUN Jabi rai Hari Guru di masjid.

Ramai...antara guru yang hadir di Majlis Kesyukuran.
Oleh: Aminudin Ismail.

KIRA-KIRA 300 guru dan 100 penduduk dari Daerah Besut hadir di Majlis Kesyukuran Dan Doa Selamat bersempena Sambutan Hari Guru 2014 yang diadakan di Masjid Kampung Jabi, Besut, malam tadi.

Majlis yang dimulai dengan menunaikan solat maghrib berjemaah itu adalah anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Besut dengan kerjasama Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi.

Iskandar mengaminkan doa bersama Zakaria dan Ab Halim
Selesai menunaikan solat berjemaah hadirin mula membaca surah Yaasin beramai-ramai sebelum bertahlil dan mengaminkan doa selamat oleh imam masjid. Selepas itu jemaah menunaikan solat Isyak berjemaah sebelum melakukan  solat hajat beriman.

ADUN Jabi, Mohd Iskandar Jaafar dalam ucapanya mahu hubungan guru dan masyarakat terus dipereratkan supaya usaha membangunkan pendidikan di Dun Jabi itu berjalan lancar.

"Saya amat berterima kasih dan melahirkan rasa bersyukur bagi mewakili seluruh penduduk kerana PPD Besut memilih DUN Jabi untuk mengadakan sambutan Majlis Kesyukuran Hari Guru Daerah Besut pada tahun ini. 

Guru wanita turut hadir.
"Hubungan guru dan masyarakat ini adalah berpanjangan dan ianya tidak akan putus sampai bila-bila. Nabi Muhammad s.a.w ada memberitahu kita bahawa "Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat".

"Daripada jasa guru-guru inilah antara punca kita mencapai kejayaan pada hari ini dan oleh itu marilah kita sama-sama pada setiap masa menghargai jasa guru-guru," katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Zakaria Husin, Pengarah Pejaran Negeri Terengganu, Ab Halim Hassan, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Besut dan Azmi Nazir, Timbalan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Setiu.

Hadir sama Ketua Penerangan UMNO Setiu, Fahami Zakaria dan beberapa Pengerusi JKKK Dun Jabi.


Iskandar berucap selesai majlis.
Hadirin mendengar ucapan Iskandar.

Fahami (Tengah) dan Azmi (sebelah) turut hadir.


Beberapa hadirin khusuk membaca yasin

Iskandar menyampai cenderahati kepada Ketua PPD Besut

 

22 May 2014

CUKAI PINTU- BANYAK PIHAK GEMBIRA DENGAN PENJELASAN YAB DATO' HJ AHMAD RAZIF


Banyak pihak dari pelbagai badan bukan kerajaan menyambut baik keputusan kerajaan negeri Terengganu untuk mengkaji semula cadangan menaikkan kadar cukai pintu di daerah Kuala Terengganu.
Orang ramai mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar yang baharu Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman kerana bertindak segera dengan membincangkan isu itu ketika mempengerusikan mesyuarat Exco pertamanya semalam.

"Kami sangat mengalu-alukan kenyataan Menteri Besar untuk mengkaji balik kenaikan ini dan ingin menyatakan pendirian bahawa kami tidak dapat menerima sebarang kenaikan ketika ini," kata kenyataan yang mewakili badan badan bukan kerajaan itu, termasuk pembangkang.
  40 badan bukan kerajaan di seluruh Terengganu dan ditubuhkan bagi memberi penerangan kepada rakyat mengenai cadangan kenaikan cukai tersebut.

 Semalam, Dato’ Ahmad Razif mengumumkan kerajaan negeri akan mengkaji kadar cukai pintu berasaskan keperluan dan kebajikan kepada rakyat setelah kadar itu tidak berubah sejak 1981