Halaman
27 March 2014
26 March 2014
Pameran TATIUC di Batu Rakit berjaya.
TERTARIK...Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman tertarik melihat bahan pameran di sebuah gerai ketika melawat pameran anjuran Kolej Universiti TATI (TATIUC) yang diadakan di Wakaf Catur, Maras, Batu Rakit.
Pameran selama tiga hari bermula 24hb dan berakhir hari ini itu memberi banyak info mengenai peluang belajar dan kejayaan yang terdapat di Kolej Universiti milik kerajaan negeri itu.
"Saya harap orang ramai terutamanya pelajar yang mengunjungi pameran ini mendapat banyak manfaat daripada pelbagai aktiviti dan pemeran yang diadakan.Selain itu, pameran ini juga dapat memupuk hubungan silaturrahim antara penduduk dan warga TATIUC," katanya.
Bazlan yang juga Pengerusi TATIUC itu, berkata beliau mengucapkan terima kasih kepada TATIUC kerana menjayakan program itu dan mengharapkan program seumpama itu dapat diadakan di tempat-tempat lain pula selepas ini.
"Program ini berjaya menarik seramai kira-kira 100 penduduk penduduk dan pelajar hadir untuk melihat pameran dan mendengar info dari di lima gerai yang disediakan. Terima kasih kepada TATIUC kerana mengadakan program ini di Batu Rakit." katanya.-Aminudin Ismail.
Pameran selama tiga hari bermula 24hb dan berakhir hari ini itu memberi banyak info mengenai peluang belajar dan kejayaan yang terdapat di Kolej Universiti milik kerajaan negeri itu.
Menyampaikan cenderahati kepada pengunjung. |
Bazlan yang juga Pengerusi TATIUC itu, berkata beliau mengucapkan terima kasih kepada TATIUC kerana menjayakan program itu dan mengharapkan program seumpama itu dapat diadakan di tempat-tempat lain pula selepas ini.
"Program ini berjaya menarik seramai kira-kira 100 penduduk penduduk dan pelajar hadir untuk melihat pameran dan mendengar info dari di lima gerai yang disediakan. Terima kasih kepada TATIUC kerana mengadakan program ini di Batu Rakit." katanya.-Aminudin Ismail.
Kilang Ais Kiub di Pulau Perhentian Bertambah Maju
Oleh: Suriati Ali
Kilang Ais Kuib milik Koperasi Bersatu Jaya (KPJ), di Pulau Perhentian, Besut kini bertambah maju apabila mampu meraih pendapatan bulanan sehingga RM40,000 berbanding hanya RM15,000 sebulan sebelum ini.
Pertambahan pendapatan itu didorong hasil permintaan menggalakkan daripada pelanggan, terutama pengusaha restoran, pemilik chalet, resort, kedai runcit dan warung kopi di pulau itu dan Pulau Redang.
Perkembangan positif itu mendorong Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) meluluskan geran bantuan kira-kira RM200,000 kepada koperasi itu awal tahun lalu, bagi membina kilang baru dan membeli mesin.
Sebelum ini, kilang lama milik koperasi itu hanya mampu menghasikan ais kiub sehingga 3,000 kilo sebulan atau anggaran pendapatan kira-kira RM15,000.
Pengarah, SKM Terengganu, Mahmud Kadar berkata, pihaknya bangga dengan kemajuan koperasi itu di mana ahlinya tidak berputus asa memajukan perniagaan walaupun menyedari pelanggan yang ada agak terhad.
“Pihak kami berharap ahli koperasi termasuk penduduk di pulau itu mengambil peluang dengan peniagaaan itu dengan mengusahakan beberapa cabang bidang perniagaan lain.
“Mereka boleh mengusaha perniagaan makanan sejuk beku, menjual cenderahati, pakaian, dan membuka pasar mini sebagai langkah menarik minat pelancong mengunjungi kawasan kampung di pulau itu.
“Peluang seumpama ini sewajarnya direbut penduduk sebelum ada pihak luar berminat untuk meluaskan pasaran perniagaan masing-masing di pulau ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Teganukita selepas mengadakan lawatan kerja ke kilang itu, semalam. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepengunaan Negeri, Roslee Daud.
Sementara itu, Pengerusi KBJ, Seman Muda, berkata pihaknya berasa cukup bertuah kerana kerajaan melalui SKM tidak pernah jemu membantu KPJ, sama ada berbentuk pinjaman, bantuan modal dan sokongan moral.
“Tanpa bantuan itu, , tidak mungkin kilang ais kiub dapat dibina baru. Hasil bantuan sama, pendapatan seramai 285 ahli bertambah selain mampu menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
“Perancangan KBJ cukup banyak, termasuk menceburi bidang makanan sejuk beku dan membuka perniagaan kedai runcit semata-mata mahu meningkat jumlah pendapat ahli selain meningkat jumpah pelancong di perkampungan pulau,” katanya .

25 March 2014
Sekitar Sambutan Hari Polis IPD Setiu: Anggota komited dengan tugas- KPD.
Ab Rahman ketika membaca perutusan KPN. |
SERAMAI kira-kira 220 anggota Polis dan jemputan hadir di Majlis Sambutan Hari Polis ke 207 Peringkat Daerah Setiu yang diadakan di Dataran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu, Bandar Permaisuri, hari ini.
Sambutan dimulai dengan Tabik Hormat dan Pemeriksaan Kawalan Kehormatan anggota oleh Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Ab Rahman Raja Mohamed.
Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permaisuri, Dato’ Sabri Mohd Nor dan beberapa jemputan khas lain sertai pegawai kanan Polis IPD Setiu.
Ab. Rahman berkata, bersempena hari Polis itu, beliau mahu setiap anggota lebih komited dengan tugas masing-masing.
Perbarisan Kawalan Kehormatan. |
“Setiap anggota perlu lebih bertanggungjawab seperti apa yang disarankan oleh Tan Sri Ketua Polis Negara.
"Ini menunjukan bahawa PDRM sudah bergerak ke hadapan beerti kita kena lebih maju, lebih berpengetahuan.
“Kita juga perlu lebih belajar demi untuk kemajuan PDRM. Anggota juga perlu lebih komited dan berintergriti dalam menjalankan tugas harian mereka dan kepada mereka yang akan bersara, saya ucapkan selamat maju jaya dan selamat menjalani kehidupan baru dan sentiasalah berhubung dengan Polis,” katanya yang turut membaca teks amanat Ketua Polis Negara sempena hari Polis itu.
Pada majlis itu juga turut diadakan acara pemakaian pangkat kepada anggota yang dinaikan pangkat Koperal dan penyampaian sijil penghargaaan kepada wakil beberapa jabatan kerajaan, Bomba, JPAM, JKKK dan lain-lain.
Majlis diakhiri dengan gimik pelancaran hari Polis dengan pelepasan 'smoke granete" (bom asap) berwarna di satu sudut berhampiran pagar IPD Setiu.
Dato' Sabri (kanan) turut hadir. |
Antara jemputan yang hadir. |
Beberapa pegawai sedang berikrar. |
Pegawai IPD Setiu sedang menyanyikan lagu tema Polis. |
Ab Rahman memeriksa perbarisan. |
Anggota sedang menadah doa. |
Persembahan puisi yang memberangsangkan. |
Anggota segak berbaris. |
Ab Rahman mengucapkan tahniah kepada seorang anggota. |
Anggota SB, Trafik dan kakitangan IPD Setiu. |
Ketua JPAM Setiu menerima sijil penghargaan. |
Wakil Pejabat Pelajaran Setiu turut menerima sijil. |
Dua juruacara majlis menjalankan tugas. |
Kakitangan pejabat IPD Setiu. |
Beberapa anggota hadir memeriahkan majlis. |
Sebahagian anggota mendengar teks ucapan KPN. |
Ikrar taat setia pada tugas. |
Ab Rahman menyampaikan sijik penghargaan kepada kakitangan. |
Bersalaman dengan seorang anggota Balai. |
Gimik pelepasan 'smoke granite'. |
Subscribe to:
Posts (Atom)