Halaman

03 June 2014

JKR serah UniSZA Kampus Tembila, Besut kepada pentadbir universiti.

Serah...Wan Abdul Rahman (kanan) dan Yahya sedang menandatangi dokumen penyerahan bangunan Unisza Kampus Tembila, di kampus itu, semalam.
Oleh: Mohammad Ishak.

UNIVERSITI Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Tembila, Besut, memasuki fasa baru apabila pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) mula menyerahkan kompleks berkenaan kepada pentadbiran Unisza semalam. 

Naib Canselor UniSZA, Professor Dr Yahya Ibrahim berkata apabila kelengkapan sepenuhnya siap semua pelajar jurusan diploma tidak akan lagi ditempatkan di Kampus Gong Badak , sebaliknya mereka akan dipindah ke Kampus Tembila di Besut yang mempunyai kemudahan asrama untuk 3,000 pelajar.

“Rancangan yang sedang dijalankan ini menunjukkan bahawa UniSZA sedang berkembang maju seiring dengan universiti-universiti lain di negara ini”, katanya ketika berucap di majlis Penyerahan Projek Bangunan UniSZA Kampus Tembila peringkat 3 di sini semalam.

Penyerahan itu telah dibuat antara Jabatan Kerja Raya Malaysia yang diwakili oleh Pengurus Pembinaan Kampus UniSZA Ir.Wan Abdul Rahman Wan Hassan manakala UniSZA diwakili oleh Yahya Ibrahim sendiri. Turut hadir menyaksikan penyerahan itu ialah Arkitek Kanan JKR Cawangan Pendidikan dan Pengajian Tinggi Hanafi Hamdan.

Yahya berkata, UniSZA Kampus Tembila akan dijadikan sebagai kampus pusat kajian (research base) untuk beberapa jurusan termasuk bidang pertanian, informatik dan perkomputeran serta kejuruteraan.

“Satu lagi bidang yang akan turut dibangunkan melalui pusat kajian di Kampus Tembila itu ialah bidang Biomedic”, katanya.

Beliau berkata, sebagai usaha perkembangan, UniSZA dijangka akan mempunyai seramai 15,000 pelajar yang belajar di kampus induk Gong Badak dan Kampus Tembila menjelang tahun 2020 membabitkan pelajar dalam peringkat diploma,ijazah.

Sarjana dan kedoktoran nanti dari dalam dan luar negara. Katanya, beberapa lagi bidang baharu sedang dikenalpasti untuk dimulakan di UniSZA tidak lama lagi yang termasuk bidang telekomunikasi, robotik , rekabentuk yang turut memperkenalkan bidang perfileman dan reka fesyen mengikut kehendak pasaran semasa.

Sementara itu penyerahan UniSZA kampus Tembila peringkat ketiga itu membabitkan perbelanjaan RM225.13 juta yang mana pembinannya bermula sejak Ogos 2009.

Penyerahan itu membabitkan 21 blok bangunan Fakulti Pertanian, 9 blok bangunan fakulti Informatik yang mengandungi bilik-bilik kuliah, dewan syarahan , surau dan bilik-bilik pensyarah serta 126 buah bilik makmal,

Selain itu Fakulti Perkomputeraan pula mengandungi lima blok bngunan tiga tingkat termasuk satu kafeteria, dewan syarahan , makmal dan pejabat. Bangunan yang diserahkan itu juga selain mengandungi kemudahan enam buah lif, ia juga dilengkapi CCTV.

 

02 June 2014

Dato' Sabri rai pengantin baru.

RAI…Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Langkap, Dato’ Sabri Mohd Nor (dua dari kanan) sempat meluangkan masa kira-kira setengah jam hadir untuk meraikan pengantin baru Ahmad Amshyar dengan pasangannya pada majlis sambut menantu seorang penduduk di Felda Chalok Barat, Setiu, semalam.

Sekalipun sibuk dengan beberapa tugasan lain namun sebagai wakil rakyat yang mempunyai hubungan erat dengan penduduk di kawasannya menyebabkan beliau tetap meluangkan masa untuk hadir memenuhi setiap jemputan yang diterimanya.

Sabri sempat mengucapkan tahniah kepada bapa pasangan pengantin kerana menerima menantu dan beliau juga mengharapkan pasangan itu melayari bahtera hidup dengan aman dan damai sehingga ke akhir hayat. 

Turut hadir pada majlis itu ialah Pembantu Khas Ahli Parlimen Setiu, Abdullah Mohd Amin, Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Abdul Rahman Raja Mohamed dan Timbalan Pengarah UKOM, Ruslan Abdul Rahman.- Aminudin Ismail.

 

Menteri Besar, Dato' Ahmad Razif Abd Rahman merasmikan Perasmian Jambori Pengakap Antarabangsa Terengganu 2014 di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Kuala Terengganu, hari ini.

Gambar-gambar oleh Zulkipli Putra

Menteri Besar, Dato' Ahmad Razif Abd Rahman menerima Sijil, Pingat dan Bintang Persatuan Pengakap Malaysia.

Bermesra dengan peserta dari dalam dan luar negara yang menyertai Jambori Pengakap Antarabangsa di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin.





29 May 2014

SUKMA XVII PERLIS 2014: Tahniah pasukan silat Terengganu kerana berjaya membawa pulang 3-emas, 7-perak dan 4-gangsa...

Pasukan silat Sukma Terengganu.



Produk Felda memasuki 20 hypermarket di Abu Dhabi

Oleh: Esah Abdullah 

Felda merancang untuk membuka tiga lagi oulet Satu Wilayah Satu Industri (Sawari) dalam dan luar negara sehingga akhir tahun ini setelah berjaya membawa masuk produknya di 20 hypermarket di Abu Dhabi.

Pengarah Besar Felda, Datuk Faizoull Ahmad berkata tiga lagi oulet ialah di Kota Kinabalu, Sabah dan Tenggaroh, Johor yang masing-masing dijangka dibuka pada Ogos dan September depan.

Katanya, manakala sebuah lagi Sawari akan dibuka di hotel Felda di Landon yang kini di peringkat rundingan akhir dan dijangka dapat dibuka tidak lama lagi.

"Pada masa ini Felda telah membuka tiga oulet Sawari yang mula beropersi sejak 2008 di Wisma Felda di Kuala Lumpur dan diikuti di Menara Felda pada awal 2014 dan ketiga di Pejabat Felda Wilayah Terengganu, Tepoh di sini,

 "Sawari Felda Wilayah Terengganu ini merupakan yang terbesar dan dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk Sawari kafe, perkhidmatan mesin ATM,perkhidmatan E-pay dan kemudahan WiFi,’’ katanya selepas merasmikan Qulet Sawari Felda Terengganu di Pejabat Felda Wilayah Terenggan, Tepoh Kuala Terengganu.

 Menurut beliau, oulet Sawari dibuka bertujuan memberi peluang kepada usahawan dari kalangan warga peneroka Felda untuk memasarkan produk keluaran mereka.

Katanya, sehingga ini seramai 135 usahawan Felda daripada 11 wilayah Felda memasarkan kira-kira 1,800 produk makanan basah, kering, minuman dan kraftangan untuk di pasarkan di Sawari.

Mengenai pencapaian jualan oulet beliau berkata, tahun lalu sebanyak RM1.161 juta jualan dicatat dan jumlah itu dijangka meningkatkan kepada RM1.5 juta pada tahun ini.

 "Dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini Sawari mencatakan jualan lebih RM300 ribu,’’ katanya.

 Beliau berkata, Felda juga sedang membina sebuah kilang pembuatan makanan berharga RM25 juta di Pahang dan dengan adanya kilang tersebut, usahawan Felda mampu meningkatkan penawaran produk untuk pasaran tempatan dan seterusnya ke luar negara.

 

Tinjauan: Pertukaran 50 pegawai kerajaan wajar.

Oleh: Aminudin Ismail. 

PERTUKARAN 50 pegawai kerajaan negeri yang diumumkan oleh Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri, Dato’ Mazlan Ngah, baru-baru ini tentunya tentunya menjadi perhatian ramai kerana ia membabitkan jumlah pertukaran yang paling ramai dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Menurut SUK, pertukaran secara besar-besaran itu adalah perkara biasa dan terpaksa dilakukan berikutan persaraan dua pegawai kanan kerajaan yang secara tidak langsung berlaku kenaikan pangkat dalam beberapa jawatan yang disandang serta pertukaran lain adalah bagi mengemaskini dan memantapkan lagi pentadbiran kerajaan negeri.

Dr. Mustapha...wajar.
TEGANUKITA sempat membuat tinjauan bagi mendapat komen orang ramai mengenai pertukaran yang berlaku itu dan rata-rata yang ditemui menganggap tindakan itu adalah tepat dan wajar.

Seorang tokoh akademik, Prof. Dr Mustapha Ismail, Naib Canselor University College Bestari, Setiu menyifatkan pertukaran itu wajar dan memang patut dilaksanakan bagi meningkatkan kecekapan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

“Dalam hal ini yang penting ialah kebolehan pegawai itu dalam mentadbir walaupun senioriti itu juga penting. Jadi pertukaran ini saya melihat sesuatu yang bagus dan tepat dalam usaha untuk memacukan Terenggganu menjadi sebuah negeri maju,” katanya.

Seorang kakitangan awam, Zainuddin Dollah, dari Setiu berkata rombakan yang dilakukan itu memang sesuai bagi melicinkan pentadbiran kerajaan negeri dan bersesuaian dengan kehendak semasa.

“Ia akan memberi pengalaman baru kepada pegawai yang menjawat jawatan baru manakala yang bertukar ke jawatan sama pula akan membuat perubahan bagi memantapkan organisasi di bawah tadibranya.

Zainuddin...rombakan positif.
“Rombakan yang dibuat tentunya kearah positif dan bertepatan kerana melihat dari senarai yang disiarkan kebanyakan lebih kepada kenaikan pangkat dan pertukaran yang lebih selesa.” katanya sambil mengharapkan rakyat terus memberi sokongan kepada kepimpinan kerajaan negeri sekarang.

Seorang pengiat belia, Mohd Yassin Embong dari Kuala Terengganu pula menyifatkan pertukaran yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri itu adalah kemas dan teratur serta perlu diterima oleh semua pihak kerana ia dilakukan bagi melincinkan pentadbiran kerajaan negeri.

“Kenyatan Dato’ SUK bahawa pertukaran itu berlaku adalah kerana persaraan dua pegawai kanan kerajaan negeri dan pertukaran adalah perkara biasa dalam jentera pentadbiran mana-mana organisasi perlu diterima semua pihak.

“Melihat dari senarai pertukaran, mereka yang memegang jawatan baru dan jawatan sama tetapi bertukar ke tempat lain adalah sesuai dan mereka yang terbabit dilihat mampu menjalankan tugas dengan baik bagi memantapkan pentadbiran kerajaan negeri,” katanya.

Yassin...sesuai.
Seorang penuntut pengajian tinggi, Nur Azlin Amiruddin, dari Bukit Payong, Marang berkata pertukaran yang berlaku itu dilihat mengikut kaedah yang betul dan semua pihak perlu menerimanya dengan baik tanpa membuat sebarang spekulasi yang negatif.

“Nampaknya ia adil dan saksama dan sememangnya dinantikan semua pihak kerana pertukaran itu membabitkan senioriti dan kemampuan dalam jawatan baru yang mereka pegang manakala pertukaran bagi jawatan yang sama pula dilihat sebagai mahu mengubah cara pentadbiran supaya lebih baik dan berkesan,” katanya.

Seorang surirumah, Sarinah Mat Zin, dari Kuala Berang berkata dia mengharapkan semua pihak menerima pertukaran jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri itu dengan baik dan mereka yang terbabit pertukaran akan terus menjalankan tugas dengan cemerlang.

“Pertukaran itu memang tepat kerana tiada yang terpinggir malah ada yang dinaikan pangkat dan ini tentunya akan memberi semangat kepada yang terbabit untuk menjalankan tugas dengan lebih baik dan cemerlang supaya pentadbiran negeri akan terus kemas dan teratur,” katanya.

 

Bazlan rasmi penutup pertandingan wau Setiu

KENANGAN...Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman (baju hitam, bertopi)) bergambar kenangan bersama peserta selepas Majlis Perasmian Penutup Pertandingan Wau Daerah Setiu yang berlangsung di Sungai Tarom, baru-baru ini.

Pertandingan Wau Peringkat Daerah Setiu anjuran Pejabat Daerah Setiu di Kompleks Sukan Sungai Tarom, Permaisuri itu disertai oleh peminat wau dari seluruh daerah Setiu dengan mempertanding beberapa kategori antaranya ialah wau cantik dan wau naik.

"Tahniah dan terima kasih Pejabat Daerah Setiu kerana menganjurkan pertandingan ini dengan jayanya. Tahniah juga diucapkan kepada para peserta khususnya kepada para pemenang," kata Bazlan.

Turut hadir ialah Adun Langkap, Dato' Sabri Mohd Nor dan Ketua Penolong Pegawai Daerah Setiu, Lizan Che Mat..- Aminudin Ismail.
Bazlan menyampai hadiah kepada pemenang.

Sempat tandatangan kenangan di atas wau peserta.

Mendekati rakyat sebelum majlis bermula.

Dato' Sabri (kanan) turut hadir.

Bazlan sempat menaikan wau bersama peserta.

 

28 May 2014

SUKMA XVII PERLIS 2014: Terengganu terus menuai emas

HENJUTAN EMAS...Atlet Terengganu kian bersemangat mengumpul emas terbanyak - tambahan emas kali ini menerusi Nur Aisyah menerusi berbasikal ujian masa wanita...





Dana Remaja akan disampaikan di IPT/ Penghargaan buat dua pegawai kanan kerajaan dari MB

Oleh: Ruslan Abdul Rahman dan Aminudin Ismail. 

PEMBERIAN Dana Remaja 2014 akan ditambahbaik di mana penuntut IPT yang menerimanya tidak perlu pulang ke kampung untuk mengambil wang itu tetapi sebaliknya mereka akan menerima di kampus.

Bercakap kepada Unit Komunikasi Negeri (UKOM), selepas selesai mesyuarat Exco, hari ini, Menteri Besar, Dato' Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, dengan cara itu, ia tidak akan menyusahkan lagi penuntut terbabit untuk pulang ke kampung menerima wang dana itu.

"Saya mengharapkan dengan penambahbaikan ini ia akan memberi kemudahan dan keselesaan kepada penuntut IPT yang menerima wang dana itu kerana mereka tidak perlu lagi meninggalkan pengajian untuk menerima wang itu.

"Dengan cara itu, juga ia adalah satu penghormatan kerajaan negeri kepada penuntut IPT terbabit yang menuntut di seluruh Malaysia," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada dua pegawai tertinggi negeri iaitu Pegawai Kewangan Dato' Haji Mat Razali Kassim dan Pengarah Tanah dan Galian (PTG), Dato' Tuan Mamat Tuan Ngah yang akan bersara.

"Saya ucap terima kasih dan berbanyak penghargaan ke atas dua pegawai kanan terbabit iaitu Dato' Mat Razali Kassim dan Dato' Tuan Mamat Tuan Ngah atas sumbangan mereka berdua ke atas negeri Terengganu dan semoga mereka akan mendapat kesejahteraan dalam persaraan," katanya.

 

KRT Bandar Jertih sokong perlantikan Menteri Besar.


Sokong...seorang ahli KRT memasang kain rentang di Bandar Jertih menyokong perlantikan Ahmad Razif sebagai Menteri Besar Terengganu.
Oleh: Mohammad Ishak.

Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bandar Jertih, Besut menyambut baik dan menyokong penuh perlantikan YAB Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman sebagai Menteri Besar Terengganu ke 14 bagi meneruskan kepemimpinan kerajaan negeri.

Perlantikan Ahmad disifatkan amat sesuai dan menepati kehendak Badan Bukan Kerajaan (NGO) kerana beliau sebelum ini banyak memimpin badan sukarela.

Setiausahanya, Abdul Aziz Hassan berkata, mesyuarat peengurusan bulanan badan itu malam semalam sebulat suara menyokong penuh perlantikan Ahmad sebagai Ketua Kerajaan Negeri dan berharap negeri ini akan bertambah maju di bawah pentadbiran beliau.

Katanya, sebagai NGO yang mewakili penduduk pelbagai kaum di daerah Besut,beliau berharap Ahmad akan turut memberi tumpuan kepada aspirasi NGO yang banyak membantu kerajaan dalam pembangunan sosial.

Menurutnya, KRT Jertih bangga dengan perlantikan bekas seorang pemimpin masyarakat ke jawatan tertinggi itu sambil mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri,YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak yang melantik beliau.

Abd Aziz berkata, sebagai menzahirkan rasa syukur dan bangga dengan perlantikan itu pihak KRT tebabit turut memasang kain rentang yang mengalu-alukan perlantina Ahmad di perkarangan Pusat Rukun Tetangga Bandar Jertih

“Kami juga membuat keputusan untuk mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Menteri Besar untuk berkenal lebih rapat apabila ada masa sesuai dan kelapangan,” katanya. Seorang Ahli Jawatankuasa KRT Bandar Jertih seedang memasang kain rentang di Pusat Rukun Tetangga Bandar Jertih.