Oleh: Ruslan Abdul Rahman dan Mohd Yahya
Pada tahun ini, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) melupuskan abu al-Quran seberat 1,500
kilogram manakala 300 kilogram lagi abu adalah daripada Percetakan Yayasan
Islam Terengganu, menjadikan berat keseluruhan abu yang dilupuskan dilaut 1 800
kilogram keseluruhannya.
Perlupusan abu Al Quran itu berlangsung pagi ini di Laut
China Selatan diketuai oleh Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato’ Haji
Mohd Rozali Salleh.
Hadir sama Nakhoda Kapal Saiph Jabatan Laut Wilayah Timur,
Terengganu, Kapten Noor Ley bin Hashim.
Perlupusan dibuat secara demikian bertujuan memberikan
kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya menjaga kesucian kitab al-Quran.
Ia juga memberikan pendedahan kepada masyarakat mengenai
proses perlupusan al-Quran lama dan rosak .
Pesuruhjaya Agama Terengganu, Dato’ Haji Mohd Rozali Salleh
berkata, Al Quran yang tidak boleh digunakan bolehlah dihantar terus ke Pejabat
Agama Daerah berdekatan atau datang sendiri ke Maidam. (Hanya al Quran dan
Yassin sahaja diterima).