Halaman

06 October 2020

Membuat Bot









05 October 2020

Katil Hospital, Kerusi Roda Ringan Beban Rakyat DUN Cukai



KEMAMAN, 6 Oktober - Rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) berterusan mendapat manfaat daripada kerajaan negeri dengan bantuan katil hospital dan kerusi roda bagi mereka yang memerlukan.

Bantuan tersebut bertujuan untuk memudahkan urusan bagi mereka yang sakit terlantar di rumah, sukar bergerak serta membantu melancarkan atau melakukan aktiviti harian.

Dengan harga pasaran bagi sebuah katil hospital mencecah RM1,600 atas manakala sebuah kerusi roda pula sekitar harga RM250 ke atas, ianya sudah tentu sukar diperolehi bagi mereka yang kurang berkemampuan. 

Rakyat DUN Cukai yang memerlukan bantuan itu boleh memohon di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Cukai melalui Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) masing-masing. 

Pembantu Penyelia Hal Ehwal Masyarakat, Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Cukai, Abdul Hafiz Ghazali berkata, sehingga bulan September bagi tahun ini, pihaknya telah menyerahkan sebanyak 17 buah katil hospital dan 32 buah kerusi roda kepada mereka yang memerlukannya. 

"Atas arahan Yang Berhormat (YB) Hanafiah Mat, kami sentiasa mengutamakan permasalahan yang dialami oleh mereka yang memerlukan bantuan seperti ini. 

Kebiasaaannya, dalam setiap bulan sudah tentu ada kes mereka yang memerlukan bantuan ini. Menerima maklumat daripada MPKK, dan mendapat kelulusan daripada YB Hanafiah, kita akan segera menghantar bantuan ini kepada mereka yang memerlukannya," ujarnya.

Kata Hafiz lagi, jika berkelapangan, Hanafiah sendiri akan turun padang bertemu dan menghantar kepada mereka yang menerima bantuan ini. 

"Seperti kita tahu, YB Hanafiah Mat juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, sudah tentu ianya mempunyai jadual aktiviti harian yang padat. 

Jika tidak berkesempatan bersama, beliau tetap akan mengarahkan kami untuk menghantar segera  kepada mereka (penerima) ini," katanya lagi. 



Mewarna Batik Terengganu



 

02 March 2020

Teks penuh ucapan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Tan Sri Muhyiddin Yassin memulakan tugas sebagai Perdana Menteri kelapan di Perdana Putra hari ini. Muhyiddin, 72, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara semalam. - Foto BERNAMA


Teks penuh ucapan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Wahai saudaraku rakyat Malaysia yang dihormati,

Hampir seminggu negara kita menghadapi kemelut politik yang membimbangkan. Kemelut ini berlaku apabila mantan Perdana Menteri meletakkan jawatan.

Ini menyebabkan jawatan Perdana Menteri kosong dan perlu diisi.

Menurut Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Pertuan Agong boleh melantik seorang Perdana Menteri baharu yang mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.

Selaras dengan peruntukan ini, Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah berkenan melantik saya sebagai Perdana Menteri.

Ini adalah kebijaksanaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku sebagai Ketua Negara yang menjalankan fungsi baginda selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

13 October 2019

Terima Kasih Bomba


KEMAMAN, 13 Oktober - Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga & Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat menyerahkan sumbangan hamper kepada 74 orang anggota bomba yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Kemaman serta Balai Bomba dan Penyelamat Chukai.

Sumbangan itu bertujuan untuk menghargai jasa-jasa mereka yang telah memberi perkhidmatan cemerlang dalam menyelamatkan nyawa dan harta benda demi kesejahteraan rakyat terutamanya di daerah Kemaman.

18 September 2019

Karnival Pekan Budaya Cukai Sejahtera Bakal Gegar Kemaman




KEMAMAN, 18 September - Karnival Pekan Budaya Cukai Sejahtera dijangka akan menggegarkan warga Kemaman apabila ianya bakal berlangsung dalam suasana yang cukup meriah pada 19 hingga 21 September ini, bertempat di Padang Astaka, Kemaman.

Pelbagai acara dan aktiviti menarik akan diadakan sepanjang berlangsungnya program itu, antaranya YBC Fun Ride, Kejohanan 'Penalty Street Soccer' Piala YBC, YBC Senamrobik, tarik tali dan Pertandingan 'Beyblade Burst'. Turut diadakan jamuan rakyat, sumbangan fakir miskin, Soopa Doopa percuma serta pelbagai hadiah cabutan bertuah yang menanti para peserta dan pengunjung yang hadir.