Halaman
13 October 2020
12 October 2020
11 October 2020
10 October 2020
09 October 2020
05 October 2020
Katil Hospital, Kerusi Roda Ringan Beban Rakyat DUN Cukai
KEMAMAN, 6 Oktober - Rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) berterusan mendapat manfaat daripada kerajaan negeri dengan bantuan katil hospital dan kerusi roda bagi mereka yang memerlukan.
Bantuan tersebut bertujuan untuk memudahkan urusan bagi mereka
yang sakit terlantar di rumah, sukar bergerak serta membantu melancarkan atau
melakukan aktiviti harian.
Dengan harga pasaran bagi sebuah katil hospital mencecah RM1,600
atas manakala sebuah kerusi roda pula sekitar harga RM250 ke atas, ianya sudah
tentu sukar diperolehi bagi mereka yang kurang berkemampuan.
Rakyat DUN Cukai yang memerlukan bantuan itu boleh memohon di
Pusat Khidmat Masyarakat DUN Cukai melalui Majlis Pengurusan Komuniti Kampung
(MPKK) masing-masing.
Pembantu Penyelia Hal Ehwal Masyarakat, Institut Modal Insan
Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Cukai, Abdul Hafiz Ghazali berkata, sehingga
bulan September bagi tahun ini, pihaknya telah menyerahkan sebanyak 17 buah
katil hospital dan 32 buah kerusi roda kepada mereka yang memerlukannya.
"Atas arahan Yang Berhormat (YB) Hanafiah Mat, kami
sentiasa mengutamakan permasalahan yang dialami oleh mereka yang memerlukan
bantuan seperti ini.
Kebiasaaannya, dalam setiap bulan sudah tentu ada kes mereka yang memerlukan bantuan ini. Menerima maklumat daripada MPKK, dan mendapat kelulusan daripada YB Hanafiah, kita akan segera menghantar bantuan ini kepada mereka yang memerlukannya," ujarnya.
Kata Hafiz lagi, jika berkelapangan, Hanafiah sendiri akan turun
padang bertemu dan menghantar kepada mereka yang menerima bantuan ini.
"Seperti kita tahu, YB Hanafiah Mat juga merupakan
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan
Perpaduan Nasional negeri, sudah tentu ianya mempunyai jadual aktiviti harian
yang padat.
Jika tidak berkesempatan bersama, beliau tetap akan mengarahkan
kami untuk menghantar segera kepada mereka (penerima) ini," katanya
lagi.