Halaman

13 June 2018

Kerajaan Negeri Hargai Pengorbanan Kakitangan HSNZ

Menghargai pengorbanan kakitangan hospital yang bekerja tanpa mengira waktu demi kesejahteraan pesakit, kerajaan negeri mengagihkan 500 pek makanan dan minuman kepada kakitangan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Alias Razak berkata, pek juadah berbuka puasa itu turut diagihkan kepada penjaga pesakit.

Tengku Muhammad Agih Sumbangan Raya Kepada 300 Golongan Asnaf Di Setiu, Besut

Yang Dipertuan Muda Terengganu mengurniakan sumbangan Aidilfitri kepada pelajar.
Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.
Seramai 300 golongan asnaf terdiri anak yatim, mualaf, orang miskin dari Besut dan Setiu menerima sumbangan sebagai persediaan menyambut Aidilfitri.

Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Zainal Abidin berkenan menyampaikan sumbangan berupa wang tunai RM200 berserta persalinan hari raya.

Baginda turut mencemar duli menyampaikan kurniaan serta meraikan penerima dalam Majlis Pengurniaan Eidul Fitri dan Majlis Berbuka Puasa di Masjid Sungai Tong, Setiu, petang semalam.

Agih 2,000 Batang Lemang Kepada Pengguna LPT2


Sebanyak 2,000 batang lemang diedarkan kepada pengguna Lebuhraya Pantai Timur Kedua (LPT2) dalam masa dua hari di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Perasing, Kemaman, semalam.

Timbalan Exco Pelancongan II Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Abd Razak Ibrahim berkata, lemang tersebut diagihkan secara percuma kepada perantau yang balik berhari raya sempena sambutan Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi.

Terengganu Cadang Laksana Madinah Ramadan Di Setiap Daerah


Para tetamu bersedia untuk menikmati juadah berbuka puasa yang disediakan dalam program Madinah Ramadan, malam tadi. Kredit foto Ammar PokLan'k
Kerajaan negeri berhasrat untuk meneruskan program Madinah Ramadan ke setiap daerah mulai tahun depan supaya manfaatnya dapat dinikmati secara langsung oleh penduduk seluruh Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, program yang julung kali dilaksanakan di Terengganu sebaik sahaja pentadbiran kerajaan negeri bertukar bulan lalu, akan ditambah baik bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengunjung.

4,966 Saman Op Selamat Dalam Tempoh Empat Hari


Sebanyak 4966 saman dikeluarkan kepada pengguna jalan raya di negeri ini oleh Polis Kontinjen Terengganu dalam tempoh empat hari sejak Ops Selamat 13/2018 dilancarkan.

Ketua Polis negeri, Dato’ Aidi Ismail berkata, saman yang dikeluarkan sejak kempen selama dua minggu bermula 8 Jun lalu itu membabitkan pelbagai kesalahan lalulintas.

Beliau berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding Op Selamat bagi tempoh sama tahun lepas iaitu 3227 saman.

"Kesalahan paling banyak dilakukan ialah memandu melebihi had laju, tidak patuhi lampu isyarat, mengguna alat komunikasi semasa memandu, memotong ‘Q’ dan garisan berkembar serta memandu di lorong kecemasan.

12 June 2018

Demonstrasi Cegah Kebakaran Pendedahan Kepada Pengunjung Bazar Kemaman


Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kemaman mengambil peluang memberi pendedahan mengenai aspek keselamatan rumah dan kenderaan kepada orang ramai terutama pada musim perayaan.

Ketua Zon 2 Terengganu, PGKB II Azmi Ab. Rahim berkata, bomba memilih mengadakan demonstrasi di bazar Ramadan kerana menjadi tumpuan pengunjung membeli juadah berbuka di samping memberi pendedahan langkah mengawal kebakaran dapur kepada orang ramai.

"Pada hari ini kita mengadakan kempen kesedaran dan demonstrasi kepada orang awam daripada aspek kebakaran di rumah terutama di dapur kerana pada musim perayaan sering kali kebakaran berlaku di ruang dapur yang dikendalikan surirumah.

Terengganu Belanja RM1.5 Juta Untuk 2,404 Pelajar Ke IPT

Antara pelajar yang menerima bantuan persediaan kemasukan ke IPT.
Foto Tengku Syamim Tengku Ismail

Kerajaan negeri memperuntukan RM1.5 juta untuk diagihkan kepada 2,404 pelajar sebagai persediaan menyambung pelajaran ke peringkat matrikulasi, asasi dan diploma di Institut Pengajian Tinggi (IPT) sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Berdasarkan jumlah itu, sejumlah RM808,950 diagihkan kepada 1,249 pelajar di Parlimen Marang, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, dan Kuala Nerus.

11 June 2018

Abdul Khalid Dilantik Jadi Penasihat Ekonomi Terengganu

Dr Samsuri bermesra dengan guru khidmat masyarakat. Foto Harish Fadzillah Abu Kasim.

Kerajaan negeri menawarkan jawatan penasihat ekonomi Terengganu kepada mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertujuan membantu Terengganu mencapai keadaan ekonomi yang lebih baik.

Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Abdul Khalid bersetuju dengan tawaran itu dan menyatakan persetujuan untuk memberi pandangan dan nasihat yang relevan dalam memantapkan ekonomi negeri ini dalam pertemuan yang diadakan sebelum ini.

MB Hadiri Majlis Khatam Al-Quran Dan Berbuka Puasa Istana Syarqiyyah


Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menghadiri majlis khatam al-Quran dan berbuka puasa di Istana Syarqiyyah, Cendering Kuala Terengganu, semalam. 


Majlis anjuran Istana Syarqiyyah itu turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen Negeri Terengganu serta kepimpinan tertinggi kerajaan negeri. 


Terdahulu, turut diadakan tazkirah, bacaan doa di balai Islam sebelum majlis berbuka puasa.


RM418,500 Disalur Kepada 670 Mahasiswa Kemaman, Dungun


Seramai 670 bakal mahasiswa di Parlimen Kemaman dan Dungun menerima bantuan persediaan Yayasan Terengganu (YT) berjumlah RM418,500 bagi melanjutkan pengajian di Peringkat Asasi dan Diploma sesi kemasukan 2018-2019.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu, Hanafiah Mat berkata, bagi Parlimen Kemaman sebanyak RM217,250 diagihkan kepada 335 bakal mahasiswa melibatkan 199 pelajar bagi program diploma dan 136 orang bagi matrikulasi.