Halaman

13 June 2018

Tengku Muhammad Agih Sumbangan Raya Kepada 300 Golongan Asnaf Di Setiu, Besut

Yang Dipertuan Muda Terengganu mengurniakan sumbangan Aidilfitri kepada pelajar.
Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.
Seramai 300 golongan asnaf terdiri anak yatim, mualaf, orang miskin dari Besut dan Setiu menerima sumbangan sebagai persediaan menyambut Aidilfitri.

Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Zainal Abidin berkenan menyampaikan sumbangan berupa wang tunai RM200 berserta persalinan hari raya.

Baginda turut mencemar duli menyampaikan kurniaan serta meraikan penerima dalam Majlis Pengurniaan Eidul Fitri dan Majlis Berbuka Puasa di Masjid Sungai Tong, Setiu, petang semalam.


Antara penerima sumbangan Aidilfitri.

Majlis dimulakan dengan alunan bacaan al-Quran daripada johan qariah Terengganu 2018 yang turut meraih tempat ketiga dalam tilawah al-Quran peringkat kebangsaan baru-baru ini, Nor Hidayah Abd. Rahman.

Seterusnya, majlis diikuti pengurniaan sumbangan Aidilfitri kepada penerima sebelum diakhiri dengan majlis berbuka puasa.

Tengku Muhammad turut menunaikan solat Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid tersebut.

Turut hadir, Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Pegawai Daerah Setiu, Rosdi Awang.



No comments: