Halaman

15 June 2018

4,000 Rakyat Sertai Sultan Mizan Solat Sunat Aidilfitri

Sultan Mizan bersalaman dengan jemaah yang turut hadir menunaikan solat sunat Aidilfitri.
Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. 
Hampir 4,000 rakyat negeri ini mengambil kesempatan menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu, pagi ini.


Sultan Mizan tiba jam 8.10 pagi dengan berpakaian baju Melayu ungu turut ditemani Sultanah Terengganu, Sultanah Nurzahirah serta anakanda, Tengku Muhammad Mua'az.


Mengiringi baginda, Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Abd Rahman dan isteri, Tuan Faizah Tuan Ab. Rahman serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya dan isteri, To' Puan Kamsiah Dollah.


Solat sunat Aidilfitri hari ini diimamkan Mufti Terengganu, Dato' Dr Zulkifly Muda.




No comments: