Halaman

08 February 2010

Uzbekistan Jalin Kerjasama

Oleh : ESAH BINTI ABDULLAH

Kerajaan negeri berharap dapat menjalinkan kerjasama perdagangan dua hala dengan Uzbekistan dengan mengenalpasti beberapa bidang yang boleh diterokai pada masa akan datang.


Dato' Ahmad Said (kanan) menyambut ketibaan duta Uzbekistan, Shukur Sabitov di Pejabat Menteri Besar Terengganu. - Gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said berkata, Uzbekistan terkenal dengan pengeluaran tekstil dan industri pelancongan yang mungkin boleh dikongsikan dengan rakyat negeri ini.


Kedua-dua mereka bertukar pendapat bagi menjalin kerjasama.

“Kita akan melihat beberapa produk sutera yang dihasilkan di negara berkenaan untuk pasaran di sini,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjung hormat Duta Uzbekistan, Encik Shukur Sabitov ke Pejabat Menteri Besar, di Wisma Darul Iman, hari ini (4 Februari).

Katanya, dengan terjalinnya hubungan baik, usahasama antara pengeluar dan pengusaha batik Uzbekistan dan pengusaha batik tempatan boleh bertukar produk dan idea untuk meningkatkan ke pasaran global.


To' Puan Norliza (kiri) turut menukar idea dengan Puan Sanobar Sabitov.

Encik Shukur Sabitov diiringi isteri Puan Sanobar Sabitov adalah dalam rangka lawatan dua hari ke Terengganu, akan mengadakan perbincangan dengan Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Dato’ Zakaria Awang dan Dato’ Bandar, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Dato’ Adzlan Mohd Dagang.

Encik Shukur Sabitov serta rombongan akan melawat Muzium Negeri DI Bukit Losong dan kemudiannya akan ke Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man serta menikmati keindahan alam semula jadi dengan menyusur sungai Terengganu.


Pegawai kanan kerajaan Terengganu bersama rombongan Duta Uzbekistan bertukar pendapat.

Beliau juga akan menunaikan solat Jumaat bersama penduduk tempatan dan sebelum bertolak balik beliau dan rombongan dibawa meninjau ke Pusat Kraftangan Noor Arfa, di Chendering, Kuala Terengganu.

TEGANUKITA