Halaman

04 September 2019

Agihan Nasi Bungkus Tanda Kerinduan YBC

 

KEMAMAN, 4 September - Kakitangan Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Cukai yang mewakili ADUN Cukai, Hanafiah Mat telah mengagihkan sebanyak 400 bungkus makanan di kedai sekitar Yellow Town dan Casa Limbong, tengah hari kelmarin.

Pembahagian nasi bungkus melibatkan 9 orang petugas diagihkan kepada peniaga dan pekerja di sana bermula sekitar jam 11.30 pagi.

Hanafiah Mat ketika dihubungi mendoakan kesejahteraan seluruh peniaga dan pekerja agar berada dalam keadaan baik dan memperoleh keuntungan dalam perniagaan masing-masing.



"Mewakili Pejabat DUN Cukai, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua petugas yang terlibat dalam menjayakan agihan nasi bungkus ini.

"Terimalah sedikit sumbangan daripada saya ini, sekurang-kurangnya ia mengingatkan saya sentiasa berada di hati mereka.

Beliau yang ketika ini masih bercuti selepas menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang dijangka akan kembali bertugas pada 1 November.