Oleh : KAMARUDIN B MAT AKIB
Azizulhasni dan Anuar dua mana yang menjulang nama negeri Terengganu dipersada dunia dalam lumba basikal. - Gambar oleh Zulkipli Putra.Kejayaan beberapa atlet kelahiran Terengganu seperti Azizulhasni Awang dan Anuar Manan mencipta nama di pentas antarabangsa, membuka mata banyak pihak, termasuk kerajaan negeri untuk membuat perancangan lebih besar bagi melahirkan lebih ramai atlet di masa depan.
Atlet berkenaan kini gah melonjakkan nama Terengganu di peringkat dunia dan mengharumkan nama negeri dan rakyat Terengganu dengan kejayaan demi kejayaan yang dicapai di bidang lumba basikal.
Kerajaan negeri sedar betapa sukan sudah menjadi penunjuk atau indeks kemajuan pembangunan sesebuah negara, selari dengan sektor lain. Bahkan, sebahagian besar negara Asia mengutamakan bidang sukan berbanding sektor lain, bagi menaikkan nama negara masing-masing di mata dunia.
Bidang sukan yang selama ini kurang diberi perhatian, amat wajar diberi keutamaan dengan penyediaan pelbagai program bagi melahirkan lebih ramai atlet dalam pelbagai bidang sukan.
Kerajaan negeri sedar pengiktirafan kejayaan dalam sukan mampu menjulang nama sesebuah negeri dan negara di mana atlet berkenaan berada.
Malah, mereka yang berjaya di bidang sukan bukan saja menjadi inspirasi kepada golongan remaja untuk mencebur diri dalam arena sukan dan menjauhi diri mereka daripada pelbagai gejala tidak sihat.
Mereka yang berjaya di bidang sukan akan menjadi ikon kepada golongan belia dan kerajaan negeri mengharapkan mereka akan menjadi perangsang kepada generasi muda untuk mencontohinya dan berusaha lebih gigih bagi menggapai kejayaan yang sama.
Sejajar dengan matlamat kerajaan menggalakkan gaya hidup sihat dan semangat kesukanan yang tinggi, kerajaan negeri akan meningkatkan pembangunan sukan dengan menyediakan lebih banyak prasarana di bidang tersebut.
Selaras dengan dasar “Satu DUN Satu gelanggang Futsal”, pembinaan gelanggang futsal akan diteruskan pada tahun ini.
Kos pembinaan bagi setiap gelanggang adalah RM350,000 dan kerajaan berhasrat mahu menyediakan sekurang-kurangnya satu gelanggang bagi setiap DUN di negeri ini.
Pada tahun 2007 kerajaan negeri melaksanakan dasar “Satu Parlimen Satu Futsal” di mana RM1.2 juta sudah dibelan jakan bagi tujuan berkenaan.
Program “Terengganu City Night Games” pula diteruskan lagi bagi mewujudkan gaya hidup sihat golongan belia golongan belia serta mengoptimumkan penggunaan prasarana dan kemudahan yang terdapat di Kompleks Sukan Negeri.
Terengganu telah muncul juara SUKMA Terengganu 2008 apabila mengutip 61 pingat emas, 39 perak dan 47 gangsa. Kejayaan tersebut bukan saja diraikan dengan tangisan kegembiraan para atlet yang bertanding dalam kejohanan yang terulung di negara ini, tetapi disambut dengan kegembiraan seluruh rakyat Terengganu.
Kejayaan yang tidak diduga itu terus membakar semangat pemimpin kerajaan negeri untuk mempertahankan kejuaraan pada SUKMA Melaka 2010 dan ia berjaya dilakukan.
SYABAS TERENGGANU!