Alhamdulillah di bawah MPPNT, kebanyakan telah faham dan jelas, terutama di kalangan pegawai dan kakitangan kerajaan keseluruhannya , setelah kita adakan perjumpaan, taklimat mengenainya. Tanpa mengira kedudukan taraf pegawai…begitu juga orang politik, rakyatlah yang berhak untuk mendapat perkhidmatan terbaik dan faedah pembangunan.
Hasil maklum balas juga, didapati rakyat terima dengan hati terbuka…Kita dapati perkhidmatan kita diterima rakyat.
Tumpuan banyak diberikan kepada bidang pendidikan?Ya, kita mahu menjadikan Terengganu “Negeri Anjung Ilmu”. Pembinaan sesebuah negara dan bangsa adalah bermula dari pendidikan dan ilmu. Kita berusaha untuk memastikan masa akan datang kita mempunyai keupayaan kewangan sendiri untuk pendidikan.
Misalnya Yayasan Terengganu, kita usahakan tanaman sawit kira-kira 50,000 ekar dengan jangkaan keuntungan akan datang antara RM50 hingga RM80juta setahun untuk menampung keperluan agensi itu bagi pembangunan pendidikan.
Kita juga telah perkenalkan e-Book dan rakyat menerima dengan baik kearah menjadikan pendidikan Terengganu bertaraf dunia. Dalam konteks ini, kita telah memulakan fasa kedua iaitu kelas maya di beberapa buah sekolah.
Bagaimana Dato’ Seri melihat pembangunan dan ekonomi Terengganu di masa depan?Ya, memang kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada hasil petroleum kerana bahan itu tidak kekal. Kita beralih kepada industri pelancongan kerana kita mempunyai potensi yang besar untuk maju di bidang itu.
Kita ada pantai, pulau, tasik dan pelbagai kawasan yang mempunyai daya tarikan. Tasik Kenyir yang terbiar kita akan majukan sepenuhnya. Atas permintaan kita, kerajaan pusat telah meluluskan untuk menjadikan tasik itu sebagai ‘Tasik Bebas Cukai’.
Kita bergerak sekarang untuk menjayakannya, walaupun daripada zero dan sememangnya memerlukan perbelanjaan yang besar. Tetapi saya yakin ia akan menjadi destinasi pelancongan yang terkemuka, unik setanding, malah lebih hebat dari kawasan-kawasan bebas cukai lain di Malaysia.
Apa jaminan, rakyat boleh memperolehi feadah dari pembangunan Tasik Kenyir ini?Mengapa tidak. Peluang-peluang pekerjaan akan banyak wujud melalui industri perhotelan, perkhidmatan bot, perniagaan dan sebagainya. Masyarakat perlulah pro aktif kerana apabila dimajukan kelak keperluan bekalan makanan, hasil-hasil pertanian, pelbagai perkhidmatan dan sebagainya.
Yang penting juga ialah menjaga kebersihan tasik ini dari sebarang sampah dan kekotoran. Kita akan wujudkan peraturan mengenainya dan mereka yang membuang sampah terpaksalah membayar kompaun.
Bagaimana dengan bidang-bidang lain?Pertanian kita majukan macam biasa. Kita tambah nilai dan memberi kemudahan. Kita juga akan terus jayakan jelapang padi Terengganu dan pertanian moden/komersial.
Perindustrian juga begitu, kita terus berusaha membawa pelabur untuk membuka kilang-kilang di negeri ini. Industri kecil dan sederhana (IKS) kita tingkatkan, khususnya melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) yang bergerak cergas sekarang ini.
Kita juga sedang berusaha untuk terlibat sama dalam cari gali minyak yang dijalankan oleh Petronas. Ini penting supaya kita juga mendapat manfaat dan dalam apa-apa bidang kontrak berkaitan cari gali yang boleh kita ceburi melalui syarikat yang kita wujudkan, sebab dah lebih 30 tahun Petronas beroperasi di luar pantai negeri ini.
Bagaimana dengan pembangunan di daerah-daerah lain?Ya, kita melaksanakan pembangunan seimbang bagi semua daerah-daerah. Kita mengharapkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memainkan peranan yang lebih aktif di tempat masing-masing. Kita membelanjakan lebih RM300 juta setahun untuk membantu PBT seluruh negeri sama ada untuk perkhidmatan dan perlaksanaan pembangunan.
Dalam tempoh 10 tahun akan datang kita mahu PBT dapat berdikari melalui pelbagai hasil. Justeru itu kita mengharapkan perancangan dibuat untuk memastikan hasil itu diperolehi melalui percukaian, pembinaan perkedaian dan sebagainya untuk menampung perbelanjaan masing-masing.
Apa yang kerajaan lakukan untuk pembangunan di bidang keagamaan?Kalau hendak dikira, semua yang kita lakukan itu, kebaikan dari segi pentadbiran, perkhidmatan dan pembangunan adalah sesuatu yang dituntut oleh agama Islam Yang Maha Suci. Pendidikan, ekonomi, pengurusan, perumahan rakyat dan sebagainya; semua adalah bertepatan dengan suruhan Allah.
Kita juga telah martabatkan imam dan bilal di negeri ini dengan kenaikan elaun masing-masing berjumlah RM800 dan RM600 sebulan di seluruh masjid di Terengganu.
Sentuh sikit soal politik, ada pihak sekarang memomokan bahawa mereka hendak ganti parti pemerintah sekarang, hendak buat perubahan?Rakyat dah beri dah dulu, empat tahun. Tapi rakyat dah serik dah kerana ternyata mereka gagal dan banyak perkara yang tidak betul dilakukan. Rakyat telah menolak mereka, rakyat berkata,” BN-dulu, kini dan selamanya”, BN tetapi di hati rakyat. Rakyat Terengganu dah tahu mana yang lebih baik.
“BN tetap di hati”
Bermakna Dato’ Seri yakin Umno-BN terus akan diberi mandat oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13)?Ya, yakin. Insya Allah. Saya katakan tadi, rakyat Terengganu dah serik di tahun 1999-2004. Mereka menilai itu semua. Kita bekerja dan berperanan secara kolektif di semua Bahagian (Parlimen). Semua sayap-sayap (Wanita,Pemuda dan Puteri) memainkan peranan masing-masing. Insya Allah kita akan menang di semua Parlimen/Bahagian nanti dalam PRU 13.