Halaman

30 November 2012

Pas panas punggung dilabel Parti Ajaran Sesat

Oleh: Suriati Ali

Ramai penyokong terutama pemimpin Pas `panas punggung’ dan melenting apabila Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said melabelkan PAS sebagai Parti Ajaran Sesat.

 Kenyataan yang dilontarkan pemimpin nombor satu Terengganu itu kini semakin jelas dan terbukti apabila pempimpin dan penyokong Pas sanggup meminta doa Umno dan Barisan Nasional (BN) dijahanamkan dan hancur, sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat, di Stadium Muhamad, Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini.


Pegawai Agama Khas kepada Menteri Besar, Ustaz Haji Kamalrudin Omar, berkata menggunakan perkataan jahanam dan mendoakan supaya Umno hancur itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.
“Islam tidak mengajar kita berkelakuan seperti itu, sebaliknya perlu mendoakan agar rakyat Malaysia hidup aman dan bersatu padu bukan memecahbelahkan umat..

 “Jika doa mereka (pemimpin Pas) dikatakan mustajab kenapa tidak mendoakan keamanan bangsa Palestin supaya tidak lagi diseksa dan ditindas golongan zionis Israel,” katanya ketika dihubungi Teganukita.

Beliau berkata, Pas terus sesat daripada ajaran Islam sebenar kerana pemimpin mereka sendiri yang memberi tunjuk ajar dan teladan yang tidak baik.

“Pas tidak konsisten, hukumnya berubah-ubah mengikut kepentingan parti itu sendiri. “Pada tahun 1963 Dewan Ulama Pas Kelntan telah memutuskan hukuman bahawa orang Islam yang berkerjasama dengan orang kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram,” katanya.

Bagaimapun, katanya, secara tiba-tiba pada bulan April 1999, Pas bekerjasama dengan DAP sedangkan parti itu menolak pembentukan negara Islam.

“Manakala Mursyidul Am Pas, Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat bersyukur kerana DAP menerima Pas walaupun parti itu menolak negara Islam.

 “Pada 24 Januari 199, Nik Abdul Aziz di Kampung Pulau Melaka pernah menyatakan Pas sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik, termasuk DAP pada pilihan raya akan datang, malah katanya dengan syaitan sekalipun beliau terima.

 “Apa yang dikatakan ini berdasarkan fakta dan bukti, kita boleh tunjuk, jika mereka mahu lihat,” katanya.

Ustaz Haji Kamalrudin turut memberitahu kesan pendekatan melampau, taksub fitnah dan sikap gemar membenci yang diamalkan pemimpin Pas telah melahirkan banyak kerosakan dalam masyarakat Islam kita hari ini.

 “Antara contoh terdekat adalah sembahyang dua imam, kubur berasingan, bercerai suami isteri kerana fahaman politik berbeza dan terpaksa bernikah dua kali,” katanya.

 

Pasukan polis tamat latihan sebagai persiapan PRU13

Oleh: Aida Abd Rahman

Seramai 128 anggota dan pegawai polis Terengganu menamatkan Latihan Penyegaran Kawad Pengempur Ringan (LSF) di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia di Wakaf Tapai, Marang.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata latihan itu adalah sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRUI13) mahupun bertindak dalam sebarang rusuhan.

"Mereka merupakan kumpulan pertama yang akan ke tempat kejadian sekiranya berlakunya kekecohan mahupun rusuhan.

“Pasukan ini akan bertindak mententeramkan keadaan dan jika tidak berjaya, kumpulan lain akan dipanggil bagi memberi bantuan mengawal keadaan," katanya.

 

LENSA TEGANUKITA

SEKITAR PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012






















29 November 2012

Tuduhan Umno murtad melampau

Oleh: Suriati Ali

 Kenyataan Mursyidul Am Pas, Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mendakwa Umno sebagai murtad amat keterlaluan dan melampau kerana tindakan tersebut bertentangan ajaran Islam.

 Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata kenyataan pemimpin Pas itu membuktikan perjuangan parti berkenaan kini telah jauh tersasar daripada ajaran Islam sebenar.

 Katanya, Pas kini semakin terdesak untuk mendapatkan sokongan rakyat terutama orang Melayu sehingga sanggup melakukan apa sahaja walaupun menyedari perkara itu di luar batasan.

“Mereka sering menyerang Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai tuduhan dan fitnah, terbaru mendokan UMNO supaya hancur serta dituduhnya murtad.

 "Sebaliknya, parti itu perlu sedar diri kerana banyak perkara terpesong atau sesat telah dilakukan oleh mereka semata-mata mahu tunjuk hebat dan berkuasa di depan rakyat.

 “Apa yang kita buat semua salah dan tidak betul, ulamak kita pun digelar sebagai ulamak `terompah’, ulamak parti itu pula mulia dan baik,” katanya.

 Dato’ Seri Haji Ahmad, berkata,sepatutnya Pas yang kononnya memperjuangkan Islam menganjurkan solat hajat dan berdoa untuk menyatupadukan umat Islam di negara ini, itu yang sepatutnya.

 "Semua umat Islam itu bersaudara, kepentingan agama Islam itu perlu diletak lebih tinggi daripada kepentingan politik,” katanya.

 

Koperasi raih untung RM22.1j

Oleh: Aida Abd Rahman

Sebanyak RM22,108,311 keuntungan berjaya dikumpul oleh 504 koperasi berdaftar di negeri ini dengan keahlian seramai 234,179 sehingga akhir Jun lalu.

Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Terengganu, Haji Mohd Mazlan Deraman, berkata berdasarkan statistik pihaknya, jumlah keuntungan meningkat berbanding tempoh yang sama berakhir Disember 2011 (RM20,179,601.62) dan 2010 (RM16,383,473.69).

“Jumlah keuntungan semakin meningkat dengan pertambahan koperasi baru setiap tahun. Ia juga disumbang melalui pengumpulan modal dan syer anggota serta program pembangunan perniagaan yang berdaya saing.

''Kesedaran orang ramai menyertai koperasi sebagai sebuah institusi yang mampu memberi manfaat dari aspek pendapatan dan pembiayaan kewangan turut mempengaruhi peningkatan jumlah keuntungan serta aset terkumpul,” katanya kepada Teganukita, hari ini.

Haji Mohd Mazlan berkata sehingga Jun lalu juga, SKM berjaya merekodkan RM387,559,374.05 aset terkumpul dengan RM243,402,389.63 jumlah dagangan serta RM182,317,364.74 pegangan saham.

Pada masa yang sama, beliau menasihatkan anggota koperasi memperkukuhkan kedudukan dan meningkatkan daya saing bagi menghadapi pelbagai cabaran baru.

Katanya, perubahan dalam ekonomi, politik dan proses liberalisasi pasaran serta kemunculan teknologi baru perlu diikuti supaya tidak ketinggalan dalam perkembangan tersebut.

 

Kesal sikap pemimpin Pas pertahankan doa

Oleh: Suriati Ali

 Tindakan Pas mempertahankan doa yang dibacakan adik Mursyidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat membuktikan parti itu ingin menghancurkan umat Islam di negara ini.

 Pegawai Khas Agama kepada Menteri Besar, Haji Kamaruddin Omar, berkata dia kesal dengan sikap pemimpin Pas yang menyatakan doa tidak bercanggah dengan Enakman Jenayah Syariah Kelantan. “Enakman atau undang-undang itu direka sendiri dan ia tidak berpandukan al-Quran dan hadis.


“Mereka bijak putar belit isu supaya rakyat menjadi keliru, jika pemimpin mereka tetap mempertahankan doa yang berbunyi `K.O BN’, `K.O BN’ bermakna kita juga boleh mendoakan kecelakaan kepada parti Pas,” katanya.

 Bagaimanapun, katanya kita sebagai umat Islam tidak terdetik untuk berbuat demikian kerana sedar ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

 “Nabi Muhammad sendiri pun tidak mendoakan sedemikian rupa ketika ia diserang musuh, sebaliknya mendoakan supaya musuh itu mendapat petunjuk,” katanya ketika dihubungi Teganukita.

Katanya, sebagai masyarakat Islam, harus menolak kepimpinan dibawa pembangkang kerana perikatan itu sanggup melakukan apa saja demi survival politik mereka..

 

JKNT lancar Tabung Palestin

Oleh: Noraini Jusoh

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) telah melancarkan Tabung Palestin bagi membantu penduduk yang menjadi mangsa kekejaman Israel di Palestin.

 Pengarah JKNT, Haji Anwa Sulaiman berkata, pelancaran kutipan derma kemanusian tersebut melibatkan seluruh bahagian kesihatan di negeri Terengganu.

"Program ini dianjurkan JKNT dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan (KESUKES) JKNT, bertujuan membantu meringankan penderitaan yang dialami umat Islam di bumi Palestin melalui sumbangan kakitangan jabatan khususnya dan orang ramai amnya.

"Kita akan meletakkan tabung di setiap kaunter hospital dan klinik bagi memudahkan mereka yang ingin menyalurkan sumbangan berbuat demikian,” ujarnya ketika sidang media selepas Majlis Pelancaran Kutipan Derma Kemanusiaan Palestin 2012 yang berlangsung di JKNT, hari ini.

Menurut Dr. Hj. Anwa, terdapat enam buah hospital, 40 klinik kesihatan dan 133 klinik desa di seluruh negeri Terengganu dan semua akan terlibat dalam program ini.

"Kakitangan jabatan dan orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikan bermula hari ini sehingga 23 Disember ini.

"Semua sumbangan yang berjaya dikumpulkan sepanjang tempoh tersebut akan diserahkan kepada salah satu badan yang membuat kutipan di seluruh negara,” ujarnya.

Katanya, sebelum ini JKNT telah berjaya mengumpul sebanyak RM2120 melalui Tabung Rohingya.

Justeru,beliau mengharapkan jumlah kutipan Tabung Palestin pada kali ini akan melebihi jumlah yang telah berjaya dikumpulkan sebelum ini.

 

JKM Terengganu muncul juara keseluruhan Anugerah Inovasi

Oleh; Esah Abdullah

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu berjaya membolot lima daripada tujuh kategori yang dipertandingkan sekali gus muncul juara keseluruhan dalam Anugerah Inovasi JKM 2012 yang berlangsung di Pulau Pinang.

Lima anugerah yang dimenangi ialah kategori Pertandingan Inovasi dan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif menerusi reka cipta kerusi roda urut V-Care menggunakan kerangka kerusi roda terpakai yang diubah suai oleh Bengkel Pemulihan Kebajikan Marang.

Manakala kategori Anugerah Pegurusan Kewangan dimenangi Rumah Ihsan Dungun; Anugerah Inovasi Edible Green Instituti di menangi Taman Sinar Harapan Bukit Besar dan Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi oleh JKM Terengganu.

Sebanyak 97 penyertaan bagi tujuh kategori dipertandingkan tahun ini bertujuan mencetuskan inovasi dalam pelbagai sector untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada kumpulan sasar.

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat  Dato’ Dr Noorul Ainur Mohd Nur telah menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Dato’ Dr Noorul Ainur kemudiannya mencadangkan semua hasil ciptaan yang berjaya dipatenkan dan dijadikan suatu produk pengguna yang mempunyai nilai pasaran agar boleh digunakan oleh masyarakat.

Hari tongkat putih dapat sambutan luar biasa

Oleh; Esah Abdullah

 Penyertaan beberapa Pertubuhan Orang-orang Buta Malaysia (SBM) dari luar Terengganu seperti Perak, Pahang, Kuala Lumpur/Selangor dan Kelantan memeriahkan sambutan Hari Penglihatan Sedunia dan Hari Tongkat Putih Antarabangsa peringkat negeri Terengganu yang diadakan di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu baru-baru ini.

Pengerusi SBM Terengganu, Encik Mohammad Abdul Nasir Malek berkata, program tersebut telah mendapat sambutan luar jangka iaitu kira-kira 1,000 orang di mana penganjur hanya mensasarkan 600 peserta sahaja.

“Masyarakat kita memang terkenal dengan sikap berbudi bahasa dan ini jelas apabila ramai golongan normal sedia menghulur bantuan dan memberi kerjasama erat dalam menjayakan program ini,” katanya.

 Beliau juga mendambakan simpati masyarakat normal untuk memberi kerjasama terhadap golongan cacat penglihatan terutama ketika mereka berada di tempat awam.

Katanya, program yang julung kali diadakan itu bermula dari Dataran Shahbandar melalui Jalan Masjid Zainal Abidin, Jalan Kampung Daik, Jalan Paya Keladi, Jalan Syed Hussin, Jalan Tok Lam dan kembali ke Dataran Shahbandar.

Beliau gembira dan terharu kerana mendapat kerjasama penuh daripada sukarelawan termasuklah penuntut Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Institut Teknologi Petroleum Petronas (INSTEP) Kolej Latihan Kejururawatan Terengganu, Puteri UMNO Terengganu, Ahli Parlimen Kuala Nerus dan orang perseorangan.

 Hari Tongkat Putih Antarabangsa adalah satu event global yang disambut setiap tahun untuk memberi kesedaran kepada orang awam mengenai golongan pemegang tongkat putih di samping memberi pendedahan kepada pengguna jalanraya terutama pemandu kenderaan tentang keperluan mengamalkan etika berbudi bahasa dan bersikap perihatin apabila mendekati OKU penglihatan menggunakan sebatang tongkat putih.

Hari Penglihatan Sedunia pula disambut pada setiap hari Khamis minggu kedua pada bulan Oktober setiap tahun bertujuan memberi pendedahan kepada pentingnya penjagaan mata.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Dato’ Haji Mazlan Ngah di mana kedatangan beliau disambut dengan persembahan silat dari persatuan pencak silat Rakan Muda.

 

Wanita, Pemuda, Puteri ikrar pertahan Putrajaya

Ketiga-tiga saya Umno berikrar untuk mempertahankan Putrajaya agar ia tidak terlepas ke tangan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13).

Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno menegaskan mereka tidak rela melihat negara muflis, maruah bangsa dipijak, berlaku kekacauan di merata tempat dan akhirnya negara tergadai dan dikuasai pihak asing.

Ketiga-tiga pergerakan yang menjadi tonggak Umno itu yakin hanya Barisan Nasional (BN) yang memiliki rekod pentadbiran lebih 50 tahun mampu membela nasib rakyat serta memacu negara ke tahap yang lebih tinggi setanding dengan jiran-jiran di rantau Asia.

Hasrat yang impian ahli-ahli pergerakan tersebut disuarakan melalui pemimpin mereka, Dato’ Seri Sahrizat Abdul Jalil (Wanita), Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Pemuda) dan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirin (Puteri) pada Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Dengan kelantangan suara ketiga-tiga pemimpin itu dan iltizam tinggi untuk berbuat demikian kita yakin mereka akan bekerja gigih pada PRU 13 nanti bagi memastikan kemenangan BN.

Mereka pastinya berjuang hingga ke titisan terakhir tanpa mengharapkan balasan bagi memastikan BN terus memerintah negara demi masa depan penduduk negara ini dan generasi akan datang.

 Sesungguhnya Wanita, Pemuda dan Puteri tidak rela melihat negara ini terlepas ke tangan pembangkang yang dikuasai PKR dan DAP manakala Pas menjadi kuda tunggangan.

Mereka tidak mahu pemimpin yang tidak bermoral dan gila kuasa menerajui tampuk pemerintahan negara ini. “Semangat Wanita Umno terus membakar di setiap pelosok negara.

Walaupun semboyan rasmi ditiup, Wanita Umno terlebih dulu mengorak langkah dalam barisan rapat menuju medan perang,” semangat ucapan Dato’ Seri Shahrizat.

Kita semua memang mengharapkan gabungan tenaga ketiga-tiga sayap tersebut akan memantapkan jentera Umno, seterusnya membolehkan pelbagai strategi diatur bagi memastikan kemenangan BN pada PRU 13. HIDUP UMNO! Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.