Halaman

06 May 2013

BN sapu bersih Parlimen Setiu

Oleh; Esah Abdullah

Barisan Nasional (BN) menyapu bersih Parlimen Setiu apabila empat kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Parlimen dimenangi calon BN.

Bukan setakat menawan semua kerusi yang dipertandingkan malah mendapat majoriti lebih besar di Parlimen, Dun Langkap dan Batu Rakit berbanding Pilihanraya Umum ke-12 (PRU12).

Calon Parlimen Setiu Che Mohd Zulkifly Jusoh memperolehi 33,198 undi mengalahkan Encik Omar Sidek (Pas) yang mendapat 25,255 undi dengan majoriti 7,943 undi manakala 648 undi rosak.

Mohd Iskandar Jaafar (BN Jabi) pula memperolehi 7,735 undi menewaskan calon Pas Encik Azman Ibrahim (6,953 undi) dengan majoriti 782 undi.

Dun Permaisuri yang melibatkan pertandingan tiga penjuru, turut dimenangi calon BN Dato’ Mohd Jidin Shafee yang mendapat 9,188 undi mengalahkan Encik Wan Mokhtar Wan Ibrahim (PKR) yang memperolehi 6,260 undi serta Haji Mohd Yusof Majid (Bebas) 1,920 undi. BN memperolehi majoriti 2,928 undi.

Datuk Sabri Mohd Nor (BN-Langkap) mendapat 8,425 undi menewaskan Encik Hassan Karim (Pas) (5,403 undi) dengan majoriti 3,022 undi dan 190 undi rosak.

Haji Bazlan Abdul Rahman (BN-Batu Rakit) pula berjaya menewaskan calon Pas Che Ghani Che Ambak dengan majoriti 1,635 undi. BN memperolehi 7,008 manakala Pas 5,373 undi dan 134 undi rosak.

Langkap dan Batu Rakit memperolehi majoriti lebih besar berbanding PRU12 iaitu 3.022 undi (PRU13) dan 2,551 undi (PRU12) manakala Batu Rakit mendapat 1,635 undi (PRU13) berbanding 1,486 undi (PRU12).

Parlimen Setiu juga mendapat majoriti besar iaitu 7,943 undi (PRU13) berbanding 7,232 undi (PRU12).

Manakala DUN Jabi mendapat majoriti sedikit merosok iaitu 782 undi (PRU13) berbanding 782 undi (PRU12) dan Permaisuri 2,928 undi (PRU13) berbanding 3,639 undi (PRU12).
 

BN Terengganu kekal mandat

Oleh: Aida Abd Rahman dan Suriati Ali

Barisan Nasional (BN) Terengganu kekal mempertahankan mandat memimpin negeri apabila memenangi 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas memperolehi majoriti mudah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), BN memenangi 17 kerusi daripada 32 kerusi DUN seluruh Terengganu.

Kerusi DUN di Parlimen Setiu dan Besut menyaksikan penguasaan BN di kesemua kerusi yang dipertandingkan.

Selain Permaisuri, Langkap, Jabi dan Batu Rakit (Setiu), Kuala Besut, Kota Putera, Jertih dan Hulu Besut (Besut), BN kukuh penguasaan di Ajil, Kuala Berang dan Telemong (Hulu Terengganu), Kijal, Kemasik, Kijal dan Air Putih (Kemaman) serta  Seberang Takir (Kuala Nerus).

Keputusan malam tadi itu juga menyaksikan BN gagal merampas semula DUN Bukit Tunggal, Wakaf Mempelam, Ladang, Batu Buruk, Manir, Sura, Bukit Payong dan Rhu Rendang, selain turut kehilangan tujuh kerusi DUN lain.

Pas memperolehi kemenangan di DUN Cukai, Bandar, Alur Limbat, Tepuh, Teluk Pasu, Rantau Abang dan Paka.


PRU13: Terengganu menang dengan majoriti mudah


Dato' Seri Haji Ahmad Said bersama calon BN yang menang dalam kawasan masing-masing di Parlimen Kemaman.

 
Sidang media oleh Dato' Seri Haji Ahmad Said mengadakan sidang akhbar di Pejabat Umno Cukai Kemaman, sebaik menerima keputusan PRU13.

 
Petugas sedang menyusun peti undi yang siap dikira dan dikumpulkan di Pusat Pengiraan Undi di MPK.

 
Orang ramai melihat proses pengiraan dan keputusan undi bagi Parlimen Kemaman.

 

05 May 2013

Calon BN Kuala Terengganu, DUN Wakaf Mempelam membuang undi awal pagi

Oleh: Aida Abd Rahman

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuala Terengganu, Haji Mohd Zubir Embong, 49, keluar membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Nilam, kira-kira jam 8.40 pagi.

Beliau ditemani isteri, Puan Ramizah Hashim, 49, serta sekumpulan penyokong BN yang turut melaksanakan tanggungjawab sebagai pemilih sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), hari ini.

Suasana sepanjang proses pengundian di SMK Seri Nilam yang menjadi satu dari 12 pusat mengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam lancar dan terkawal menerusi pemantauan serta kawalan ketat pasukan keselamatan khususnya Polis Diraja Malaysia yang bertugas di setiap penjuru kawasan.







Sementara, Calon BN DUN Wakaf Mempelam, Haji Wan Mahyuddin Wan Ngah, 51, keluar membuang undi di Sekolah Kebangsaan Rengas Bekah, kira-kira 9.10 pagi.



Haji Wan Mahyuddin ditemani isteri, Raja Zima Raja Muda, 47, serta dua anak mereka, Wan Farah Farhana, 25 dan Wan Sarah Syazana, 22, ke pusat pengundian berkenaan.











SEKITAR PILIHANRAYA DI KEMAMAN

Tinjauan di daerah Kemaman, Terengganu, mendapati orang ramai keluar awal seawal jam 8.00 pagi lagi bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Calon BN, Dato' Seri Haji Ahmad Said (N.30) merupakan pengundi paling awal membuang undi di Sekolah Kebangsaan Teluk Kalong, Kemaman.


Dato' Seri Haji Ahmad Said dan isteri turut meninjau beberapa pusat mengundi sekitar Kemaman.



tr> Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek (Calon BN Parlimen Kemaman) menyempurnakan tanggungjawab di Sekolah Kebangsaan Kemasik, Kemaman. Add caption
Warga emas menunjukkan jarinya yang sudah dicalit dakwat kekal selepas memnuang undi di Sekolah Kebangsaan Kemasik, Kemaman.

Pengundi dinasihat tunai tanggungjawab keluar mengundi

Orang ramai menunaikan tanggungjawab mengundi sejak awal pagi lagi.
Rakyat negeri ini, khususnya pengundi dinasihatkan supaya menunaikan tanggungjawab mereka untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Dato’ Haji Ibrahim Abdul Rahman berkata, sebagai warga negara mereka yang telah mendaftar sebagai pemilih sepatutnya mengundi di pusat-pusat yang telah ditetapkan.

Beliau berkata, amat rugi jika mereka tidak menunaikan tanggungjawab tersebut kerana mereka tidak berpeluang untuk menentukan pemimpin dan kerajaan pada pilihan raya ini.

Pada pilihan raya ini, Barisan Nasional (BN) bertanding di semua lapan kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri di seluruh Terengganu.

Kira-kira 45 peratus daripada calon BN merupakan muka baru yang dipilih bagi mengemudi kerajaan jika rakyat terus memberi mandat kepada BN.

Dato’ Haji Ibrahim turut menasihatkan supaya penduduk negeri ini keluar mengundi lebih awal bagi mengelakkan kesesakan.

 

04 May 2013

Lebih 15,000 hadir perhimpunan Gelombang Biru di Dataran Jertih Souq


Idris Jusoh berucap pada majlis Perhimpunan Gelombang Biru malam tadi

Oleh: Mohammad Ishak 

Semangat Gelombang BIru yang dihadiri lebih 15,000 pengundi di perhimpunan terbesar malam semalam di Parlimen Besut membuktikan Barisan Nasional (BN) tetap menjadi pilihan rakyat di negeri ini.

Program anjuran Umno Bahagian Besut itu, membuktikan Besut sebagai kubu kuat BN Terengganu mampu berhadapan dengan Pas yang turut bertanding di Parlimen Besut.

Calon BN Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Ketua Umno Bahagian berkata, perhimpunan terbesar menjelang hari pembuangan undi Ahad ini sebagai usaha membangkitkan semangat ahli parti untuk berjuang menentang fitnah pembangkang.

Idris yang terkenal dengan bapak Gelombang Biru ternyata berjaya menghidupkan suasana mood pilihan raya negeri ini apabila mampu mengumpul ramai penyokong BN menyertai perhimpunan yang diadakan di tengah bandar ini.

Hadir sama ialah semua calon BN membabitkan DUN Kuala Besut (Dr A Rahman Mokhtar, Nawi Mohamad (Hulu Besut), Mohd Mahdi Musa (Kota Putera) dan Muhamad Pehimi Yusof, Jertih.

Sempena perhimpunan berpristej itu, jawatankuasa Minda Pondok Kelantan turut sama hadir dan menyampaikan ceramah mereka. Idris berkata, sambutan luar biasa daripada penduduk Besut itu sudah tentu mencemaskan Pas yang sebelum ini beriya ia hendak menawan Terengganu.

Beliau berharap,orang ramai yang hadir pada majlis itu membuktikan semangat mereka masing-masing menerusi peti undi bagi menentukan BN terus berkuasa di negara ini.

Kolej Matrikulsi dan Sekolah Imtiaz jika Marang milik BN

Oleh; Esah Abdullah

Sebuah Kolej Matrikulasi dan sebuah Sekolah Menengah Imtias akan dibangunkan di daerah Marang jika Barisan Nasional (BN) berjaya menyapu bersih empat kawasan Dewan Negeri (DUN) dan Parlimen Marang.

 Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, peruntukan RM60 juta telah disediakan untuk membina Sekolah Imtiaz manakala peruntukan untuk Kolej Matrikulasi dalam perbincangan.

“Demi masa depan pendidikan anak bangsa kita, demi kesinambungan sebuah perjuangan pastikan esok (5 Mei) undilah calon-calon Barisan Nasional (BN),” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Payong, Bukit Payong, Marang.

Perasmian SMK Seri Payong telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia, Dato’ Rosli Mohamad serta calon-calon BN dalam Parlimen Marang iaitu Dato’ Haji Yahya Khatib Mohamad (Parlimen), Haji Alias Abdullah (Alor Limbat), Encik Zaidi Muda (Bukit Payong) Nik Dir Nik Wan Ku (Rhu Rendang) dan Encik Abdul Latif Awang (Rhu Rendang).

Katanya, menjadi cita-cita kerajaan negeri dengan adanya sekolah Imtiaz disetiap daerah, dan Institut Al-Quran Terengganu (IQT) yang akan dinaik taraf kepada Kolej Universiti juga Institut Pendidikan Islam akan mampu melahirkan 1,000 orang hafiz dan hafizah setiap tahun.

“Alhamdulillah, tahun ini 37 orang pelajar dari sekolah Imtiaz telah hafiz 30 juzu’ al-Quran dan mereka ini juga mendapat semua A dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM baru-baru ini,” katanya.

Katanya, kerajaan mempunyai matlamat bahawa anak Terengganu yang cemerlang dalam pendidikan akan menjadi seorang doktor dan saintis yang serba boleh suatu hari nanti.

Justeru itu katanya, rakyat perlu memilih BN untuk terus menerajui negeri dan negara ini demi kesinambungan memertabatkan bidang pendidikan serta masa hadapan generasi yang lebih gemilang.

“Dengan perasaan rendah diri saya merayu kepada rakyat yang banyak mendapat nikmat kerajaan kini sudah sampai masa buktikan sebagai seorang yang mengenang budi, setia kepada kepada kerajaan sedia ada dan undi BN,” katanya.

 

MB cabar Pas buktikan janji sedia 17,000 pekerjaan

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, mencabar pembangkang, khususnya Pas membuktikan bagaimana mereka boleh menunaikan janji untuk menyediakan 17,000 peluang pekerjaan dalam tempoh tiga tahun jika diberi peluang memerintah negeri ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.

Beliau mengajukan soalan pelabur dari mana yang mahu melabur di negeri ini dan menyediakan peluang pekerjaan sebegitu banyak dalam tempoh yang singkat itu.

“Kilang apa yang orang Pas nak bina bagi menyediakan pekerjaan tersebut? Setahu saya untuk bina sebuah kilang sekurang-kurangnya ia akan mengambil masa antara dua hingga tiga tahun untuk siap.

“Jika peluang pekerjaan itu mahu disediakan, sudah tentu banyak kilang yang perlu dibina dan ia amat mustahil untuk dilaksanakan dalam tempoh yang singkat,” katanya.

Pas sebelum ini dalam manifestonya berjanji akan menyediakan 17,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Terengganu jika diberi mandat memerintah negeri ini selepas pilihan raya 5 Mei depan.

 Menteri Besar turut mempersoalkan negara mana yang sudah dikunjungi oleh pemimpin Pas untuk meminta pelabur datang melabur di Terengganu setakat ini.

Katanya, jika Pas tidak melakukan sebarang langkah bagi menarik pelabur, ia bermakna mereka tidak akan mampu melaksanakannya.

 

PRU13: BN realisasi impian Kuala Nerus daerah baru

Oleh: Aida Abd Rahman

Barisan Nasional (BN) akan memastikan matlamat untuk menjadikan Kuala Nerus sebagai daerah baharu di Terengganu menjadi realiti, jika mandat diberikan kepada Parlimen itu pada pilihan raya umum, esok.

Calon BN Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Mohd Nasir Ibrahim Fikri berkata sekiranya BN diberikan mandat, pihaknya berjanji untuk menjadikan harapan dan impian seluruh penduduk kawasan itu untuk melihat Parlimen berkenaan muncul sebagai daerah menjadi kenyataan selepas menunggu sekian lama.

"BN tidak pernah berjanji kosong, malah kita bertanggungjawab meneruskan agenda pembangunan negeri dan negara selaras dengan kemampuan yang ada bagi memenuhi keperluaan dan memberi manfaat kepada rakyat.

“Antara pembangunan dan transformasi telah dilakukan di situ contohnya kawasan Perindustrian Gong Badak, ia menampakkan usaha serta janji Kerajaan BN bagi memajukan lagi kawasan setempat,” katanya.

Dato’ Mohd Nasir selaku penyandang parlimen itu berkata, rakyat harus untuk merealisasikan impian tersebut, rakyat perlu menyokong BN dengan menterjemahkan sokongan itu dalam undian pada PRU13. 

Kuala Nerus merupakan satu daripada lapan kawasan Parlimen di Terengganu, ia di bawah pentadbiran daerah Kuala Terengganu terletak kira-kira sembilan kilometer dari pusat bandar.

Terengganu mempunyai tujuh daerah iaitu Hulu Terengganu, Besut, Setiu, Marang, Dungun, Kemaman dan Kuala Terengganu.

Sementara itu, beliau juga optimis Dewan Undangan negeri (DUN) Bukit Tunggal mampu dikemablikan kepada BN pada PRU13 nanti berdasarkan prestasi semasa yang banyak memihak kepada parti itu.

Katanya, pada pilihan raya lalu, DUN berkenaan hanya tewas dengan majoriti 336 undi dan berdasarkan pembangunan serta kebajikan yang dilaksanakan tanpa henti oleh Kerajaan BN walaupun berada di bawah Pas, pastinya rakyat akan tahu menilai kebaikan dan lebih cenderung untuk memihak kepada BN pada pilihan raya kali ini.