Halaman
25 August 2013
21 KRT seluruh Terengganu sertai pertandingan Kempen Kibar Jalur Gemilang
Dato' Azman melepaskan burung merpati gimik pelancaran sambil diperhatikan ADUN Kota Putera,Mohd Mahdi Musa.
Oleh: Mohammad Ishak
Kempen Kibar Jalur Gemilang anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Terengganu yang dilancarkan semalam memberi fokus kepada penyertaan komuniti setempat menghayati erti sebenar kemerdekaan dengan membabitkan diri mengibar jalur gemilang secara menyeluruh.
Pertandingan bagi tahun ketiga itu Sempena Sambutan Perayaan Bulan Kemerdekaan Ke-56 mengajak rakyat negeri ini turut serta mengibar jalur gemiliag di rumah kediaman, premis perniagaan, pejabat kerajaan dan tempat awam dalam usaha menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan.
Ketua Pengarah JPNIN, Dato’ Azman Amin Hassan yang mewakili Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup, melancarkan kempen berkenaan di Dataran Che Kundur,Lorong Haji Da, Batu Buruk,Kuala Terengganu.
Azman berkata, menerusi peertandingan itu, diharap rakyat Terengganu tanpa mengira kaum,agama dan fahaman politik diajak sama mengibarkan jalur gemilang di tempat masing-masing.
Pelancaran yang penuh meriah itu turut dihadiri kira-kira 3,000 ahli jawatankuasa KRT seluruh negeri sebagai tanda sokongan terhadap program berkenaan. Pertandingan itu bermula 17 Ogos dan berakhir pada 17 September depan memilih tiga KRT terbaik dari daerah masing-masing sebagai wakil daerah ke peringkat negeri.
Satu majlis penyampaian hadiah kepada KRT yang berjaya akan diadakan pada 21 September depan.
Menerusi pertandingan itu KRT yang berjaya menjadi johan akan menerima RM3,000 serta Piala Iringan dan Sijil Penyertaan. Naib Johan RM2,000, Piala Iringan dan Sijil Penyertaan manakala tempat ketiga RM1,000 serta Piala Iringan dan Sijil Penyertaan.
Selain itu, pihak penganjur juga akan menyediakan lima hadiah saguhati RM500 kepada lima KRT yang berjaya.
Kenyir destinasi 'bird watching'
Penjenamaan Tasik Kenyir sebagai destinasi ‘bird watching’ iaitu lokasi utama memerhati burung mampu memberi impak kepada peningkatan pengunjung bagi aktiviti tersebut, sekali gus memperkenalkan lagi Tasik Kenyir sebagai destinasi ekopelancongan.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Mohd Jidin Shafie berkata, terdapat 290 spesies burung direkodkan di Tasik Kenyir termasuklah sembilan daripada 10 spesies enggang yang sebelum ini hanya dikenali di Sarawak.
“Kawasan Tasik Kenyir sememangnya kaya dengan pelbagai spesies mamalia dan burung, malah ia menyamai kepelbagaian spesies di Taman Negara.
Selain burung, terdapat 40 spesies mamalia turut direkodkan melalui perangkap kamera.
“Aktiviti memerhati burung ini adalah riadah yang sihat untuk semua usia di persekitaran alam semula jadi dan mampu menjadi salah satu daya tarikan pelancong, khususnya untuk mengenali serta menambah pengetahuan mengenai haiwan ini," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Kenyir Bird & Nature Quest 2013 di sini, kelmarin, yang disertai 80 peserta termasuk enam dari luar negara yang mana seminar itu diadakan selama dua hari.
Beliau yang juga Adun Permaisuri berkata, seminar itu dilihat mendapat sambutan menggalakkan daripada peserta pelbagai latar belakang dan beliau turut mencadangkan program tersebut diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun.
“Seminar ini menumpukan pemikiran generasi muda dan pengenalan interaksi antara haiwan dengan manusia. "Inti pati diperoleh ini perlu disebarkan kepada penuntut di institusi pengajian kerana mereka inilah sandaran masa hadapan terhadap program yang diadakan hari ini,” katanya.
Rombongan Huaxicun dari China lawat Terengganu
Rombongan Huaxicun dari China tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, untuk lawatan empat hari ke negeri Terengganu.
Ketibaan Rombongan tersebut disambut dengan paluan kompang oleh kakitangan SUKTRA, pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu dan mereka dibawa ke hotel penginapan.
Pada pagi ini, Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, akan menerima kunjungan hormat rombongan berkenaan di Pejabat Menteri Besar, Tingkat 16, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Selepas itu, Menteri Besar bersama-sama rombongan itu mengadap KDYMM Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, di Istana Syarqiyyah, Chendering, Kuala Terengganu.
Pada sebelah petang pula diadakan sesi dialog Bersama Kerajaan Negeri Terengganu bersempena lawatan rombongan dari Huaxicun, China di Hotel Primula Beach, Kuala Terengganu.
Menteri Besar akan meraikan rombongan tersebut pada majlis makan malam di Hotel Primula Beach, Kuala Terengganu, malam ini.

24 August 2013
Rapatkan jurang perbezaan
Oleh: Kamarudin Mat Akib
Rakyat negeri ini diminta merapatkan jurang antara mereka bagi mewujudkan masyarakat yang harmoni dan bersatu padu, terutama menjelang sambutan Hari Kemerdekaan Negara yang ke-56.
Ketua Penerangan Umno, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman, berkata semasa pilihan raya umum lalu memang terdapat jurang antara penduduk tempatan disebabkan sokongan dan fahaman politik yang berbeza.
Bagaimanapun, katanya, PRU13 sudah berlalu dan kini rakyat perlu bersatu padu dan mendokong kerajaan semasa yang dipilih secara majoriti oleh rakyat, demi kebaikan semua.

“Saya menucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan negara kepada semua rakyat Terengganu, khususnya mereka yang tinggal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan rumah terbuka DUN Seberang Takir di Dataran Permata, hari ini.
Pemimpin masyarakat, ketua-ketua jabatan dan kempimpinan Umno negeri turut hadir memeriahkan majlis berkenaan yang bermula jam 11.30 pagi hingga 5 petang.
Ketika ditemui Teganukita, Dato’ Haji Ahmad Razif yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, berkata rakyat negeri ini perlu mendokong kerajaan negeri dan Malaysia yang diterajui Barisan Nasional (BN) supaya ia sentiasa kuat dan tidak perlu bergantung kepada kuasa asing.
“Jika kerajaan lemah dan perlu mendapatkan bantuan asing bagi mentadbir negara, rakyat akan mendapat susah kerana kita perlu membayar bantuan mereka dengan harga yang mahal,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau meminta rakyat supaya terus menyokong kerajaan dan membantu memulihkan kepercayaan pengundi terhadap BN pada pilihan raya akan datang.

Sukan Golf mampu tarik pelancong luar ke Terengganu
Oleh: Noraini Jusoh
Gambar: Farah Farina Mohmad Zali
Sukan Golf berpotensi sebagai salah satu produk pelancongan yang boleh diketengahkan untuk menarik lebih ramai pelancong luar ke negeri ini khususnya sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013.
Aidi Ahmad, 43, yang merupakan peminat sukan bertaraf antarabangsa ini berkata, beliau menyokong sepenuhnya usaha kerajaan negeri dalam mempromosikan Negeri Terengganu sebagai satu destinasi golf terkemuka melalui pelbagai kejohanan bertaraf profesional serta menjadikan kejohanan golf sebagai acara tahunan dalam kalendar aktiviti pelancongan negeri.
"Terengganu mempunyai banyak tempat yang cantik dan menarik, justeru melalui penganjuran kejohanan golf yang diadakan kerajaan negeri, secara tidak langsung dapat membuka peluang kepada peserta luar menikmati keindahan negeri ini.
"Sebagai contoh, melalui pengajuran kejohanan golf ‘PGM Terengganu Master 2013’ yang diadakan di Kemaman kali ini memberi peluang kepada peserta berkunjung ke tempat-tempat menarik di sekitar daerah ini.
"Selain dapat mempromosikan negeri ini, ia sekali gus dapat menjana ekonomi penduduk setempat,’ ujarnya kepada Teganukita selepas menyertai Pertandingan Golf Pro-Am di Resort World Kijal, baru-baru ini.
Beliau yang berjaya merangkul johan keseluruhan bagi pertandingan yang diadakan sempena ‘PGM Terengganu Master 2013’ itu menjadikan sukan golf sebagai hobi dan mengambil peluang menyertai kejohanan tersebut untuk menambah kenalan bagi meluaskan lagi jaringan perniagaan dalam bidang pembinaan yang diceburinya.
Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Golf Pro-Am telah disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan negeri Dato' Mohd Jidin Shafie serta Ketua Sekretariat TMT 2013, Encik Ahmad Fathil Abd Ghani.

23 August 2013
Lebih 5,000 hadir rumah terbuka Speaker DUN
Lebih 5,000 orang hadir pada majlis rumah terbuka sempena sambutan Aidilfitri yang diadakan di kediaman Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Haji Zuber Embong di Merbau Patah, petang ini.
Pemimpin kerajaan, pemimpin Umno, ketua-ketua jabatan agensi kerajaan negeri dan Persekutuan serta pemimpin masyarakat tempatan turut hadir bagi memeriahkan majlis berkenaan.
Tetamu majlis berkenaan dihidangkan dengan pelbagai juadah makanan tradisional dan hidangan hari raya.

MB sertai solat hajat, tahlil sempena bulan kemerdekaan
Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, menyertai majlis solat hajat, bacaan Yasin dan tahlil sempena sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Negeri Terengganu, di Masjid Tengku Tengah Zaharah, malam tadi.
Lebih 300 jemaah hadir majlis berkenaan yang diketuai Imam Besar Masjid Negeri, Ustaz Haji Aizi Saidi Abdul Aziz.
Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Zuber Embong, pemimpin kerajaan negeri dan ketua-ketua jabatan agensi kerajaan negeri dan Persekutuaan.
Majlis tersebut dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah, diikuti dengan solat hajat, bacaan Yasin dan tahlil.
Menteri Besar kemudiannya membacakan perutusan sambutan Hari Kemerdekaan Negara yang ke-56.

Subscribe to:
Posts (Atom)