Halaman

12 January 2014

NELAYAN KEMAMAN KAHWINI GADIS PULAU NATUNA: yang pastinya wanita wanita yang berasal dari Natuna ramai lagi yang terdapat di Kemaman

Bahagian Keempat
Eksklusif daripada: Ruslan Rahman -Pengarang Teganukita

Bagi Rumiza Kamaruzan, 25 tahun, anak kepada Teni yang berasal dari Pulau Seluan, Natuna di tengah Laut China Selatan, kasih sayang pada tanah asal ibunya tetap tidak terpadam.
 Cerita cerita ibu tentang keindahan, alam pulau yang kaya dengan sumber member kesan yang mendalam kepadanya untuk sentiasa pulang ke sana walaupun pada masa sekarang terpaksa melalui Batam atau Tanjung Pinang, Riau Indonesia.
 Anak kelahiran Chukai ini dan telah berkahwin dengan jejaka di bandar ini, tetapi kerinduannya kepada Seluan tetap tidak dapat dipadamkan. “Beberapa hari selepas Raya Haji baru-baru-baru ini saya ke sana melalui Tanjung Pinang, menaiki kapal selama dua hari,” beritahu Rumiza kepada Pengarang Teganukita.  Rumiza mengesahkan bahawa memang makanan ala Terengganu terdapat di sana, seperti nasi dagang, lempuk, budu (pedek) dan lain-lain.
  “Tetapi di sana ikan tongkok atau ikan aya di bakar dahulu sebelum di gulai,untuk di makan dengan nasi dagang,” jelasnya. Katanya, beliau pulang ke sana baru-baru ini bersama ibunya Teni, anaknya yang berusia tiga tahun iaitu cucu kepada Teni dan seorang kawan baiknya dari Chukai.
  Di sana masih banyak telor penyu dan penyu terlalu jinak sambil menunjukkan gambar-gambar di dalam telefon bimbit yang dirakamkannya sewaktu berada di sana baru-baru ini.

 Di sana juga terdapat banyak sotong dari sepsis kureta dan lobster (udang karang), ceritanya. Menyentuh tentang hubungan Natuna dan Chukai Kemaman,

  Rumiza berkata, ibunya menceritakan ramai lagi kawan-kawan ibu yang lebih tua datang dari Natuna dan berkahwin dengan nelayan di Kemaman.
 Ada setengahnya yang telah meninggal dunia, tetapi yang pastinya wanita wanita yang berasal dari Natuna ramai lagi yang terdapat di Kemaman, seperti di Mak Chili, Kuala Kemaman dan Berenjut.
“Bagi saya ini biasa sahaja, tetapi mungkin bagi yang tidak pernah tahu adalah sesuatu yang baru,” kata Rumiza ibu muda warisan Pulau Seluan Natuna, yang tinggal di bandar Chukai.

Untuk rujukan kepada yang belum membaca Bahagian Ketiga- Pengarang.

HUBUNGAN CHUKAI KEMAMAN- PULAU SELUAN, NATUNA
 Bahagian Ketiga:
Oleh: Ruslan Abdul Rahman-Pengarang Teganukita

Teni binti Abdul Manan, berusia 49 tahun, dahulunya gadis Kepulauan Natuna yang kini menetap di Chukai Kemaman berasa amat bahagia bersuamikan orang Kemaman.

 Kira-kira 34 tahun yang lalu datang ke Chukai Kemaman, menaiki bot nelayan dari Terengganu untuk mencari penghidupan baru.
  Biarpun terpaksa mengharungi badai gelombang di tengah lautan, dia yang baru berusia 15 tahun waktu itu nekad bahawa di hujung sana ada negeri lain yang boleh memberi suatu sinar baru bagi kehidupannya yang sunyi di pulau yang bersetentangan bandar Chukai Kemaman di tengah-tengah Laut China Selatan antara Malaysia Barat dan Malaysia Timur.
Namun, pulau tempat asalnya itu, Seluan (antara pulau yang terdapat dalam gugusan Natuna) adalah di bawah jajahan takluk Indonesia, meskipun hatinya begitu mencintai Malaysia dan sebuah negeri yang bernama Terengganu.  
 Kini cintanya kepada Terengganu, Malaysia menjadi kenyataan apabila bersuamikan Kamaruzan awal 50 an, orang Kemaman Terengganu.
 Cintanya kepada Kamaruzan adalah cintanya juga kepada Terengganu, malah beliau sebelum ini beberapa kali sanggup 48 jam bertarung dengan gelombang di lautan demi kasih sayangnya pada Kamaruzan lelaki Kemaman yang berjaya mencuri  hatinya.


 Zuriat pertama yang dilahirkan hasil percintaan suci Teni-Kamaruzan diberi nama Deby Marindo (kini menetap di Shah Alam).
 Deby yang kini telah berusia 27 tahun dilahirkan di kampung halaman ibunya Teni di Pulau Seluan, Natuna.
 Ini kerana sebaik sahaja mengandung tiga bulan, Teni menjadi terlalu rindu kepada orang tuanya di pulau Seluang, Natuna.
 Beliau 28 tahun lalu iaitu pada tahun 1986 sewaktu mengandung tiga bulan bersama ibubapa yang menaiki bot nelayan ke Chukai Kemaman di pulang ke Seluan menumpang bot nelayan Kemaman yang pergi ke sana, dengan harapan suaminya datang mengambilnya kembali setelah pulang untuk melawat kampung asalnya.
  (Sebelum itu ayah dan ibu yang rindukan anaknya Teni itu sanggup datang ke Chukai, juga dengan menumpang bot nelayan).
 Akhirnya dia melahirkan anak sulung, yang dinamakan Deby itu tanpa suami di sini. Dua tahun kepulangannya semula ke Pulau Seluan Natuna, itu tanpa khabar berita tentang suaminya.
  “Bagi Teni, Teni fikir sebenarnya sudah berpisah, tiada harapan lagi dan biarlah Teni kembali bersendiri bersama anak hasil perkahwinan sahnya dengan Kamaruzan,” katanya mengenang peristiwa pilu dalam hidupnya yang lalu itu.
 Tanpa di duga, suatu hari dia menerima sepucuk surat yang disampaikan oleh seorang nelayan Kemaman yang datang ke pulau itu yang kebetulan kawan suaminya dengan disertakan lukisan wajah berairmata, yakni orang dalam kesedihan dan derita.
  Lalu dia berpesan kepada kawan suaminya itu, bahawa dia juga masih mencintai dan mengingati suaminya dan menunggu biarpun berapa lama sekalipun.
 Kawan kepada suaminya itu kembali ke Kemaman membawa khabar itu kepada Kamaruzan, suami Teni  yang berada di Chukai Kemaman.
 Lantas Kamaruzan mengambil keputusan nekad menaiki bot nelayan dari Kemaman itu terus ke pulau Seluan, Natuna untuk membawa pulang kembali Teni ke Chukai Kemaman, termasuklah anak mereka,  Deby Marindo yang dilahirkan oleh Teni di pulau itu.
 Teni yang pernah bekerja di Kampung Air, Kemaman kini bersama Kamaruzan dan anak serta cucunya begitu bahagia sekali.
 Teni ketika ditemubual Pengarang Teganukita kita yang membongkarkan hubungan Kepulauan Natuna dengan nelayan Kemaman ini menyatakan, baginya Natuna dan Terengganu adalah sebahagian dari sejarah kehidupannya.
 Kisah ini penulis abadikan bagi menggambarkan betapa eratnya hubungan penduduk Chukai, Kemaman, khususnya nelayan dengan kepulauan itu.
 Hubungan dua tempat yang berlainan pemerintah itu adalah suatu kenyataan bukannya fantasi.






PROJEK TEBATAN BANJIR KEMAMAN RM480 JUTA - DS AHMAD SAID

KEHADIRAN PM BUKTI ERATNYA HUBUNGAN DAN KASIH MESRA PM DENGAN KEPIMPINAN DAN RAKYAT KEMAMAN KHASNYA DAN TERENGGANU AMNYA.
 Oleh: Ruslan Rahman dan Nurul 
Gambar oleh Zulkipli Putra

 Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said dalam majlis penyampaian Bantuan  Mangsa Banjir di Chukai Kemaman pagi tadi memberitahu, projek tebatan banjir di Kemaman bakal disiapkan melibatkan kos RM480 juta.


Orang Kemaman begitu bertuah apabila Kerajaan Barisan Nasional begitu peka dengan masalah rakyat. Hari ini Perdana Menteri sendiri turun padang penyampaikan bantuan banjir di Padang Astaka Chukai.




"Manakala kos membaiki kemudahan asas yang rosak seperti jalan raya, jambatan, sekolah dan lain-lain yang pastinya menelan berlanja berbillion ringgit," katanya.

Katanya, kita akan membaiki seberapa segera yang dapat kerosakan berkenaan.

 Dato' Seri Haji Ahmad meminta rakyat mencari kerajaan bukan sahaja di masa susah sahaja, tetapi semasa senang pun hendaklah bersama menyokong kerajaan.

 Beliau amat mengalu-alukan dan berterima kasih atas kehadiran Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib ke Kemaman untuk berjumpa dan membantu mangsa-mangsa banjir.

 Ia adalah bukti  hubungan yang amat erat dan kecaknaan Perdana Menteri kepada penduduk Kemaman khususnya dan Terengganu amnya.



Kerajaan BN berlaku adil agih bantuan banjir : PM

Oleh: Aida Abd Rahman dan Suriati Ali
Gambar oleh Zulkipli Putra

Kerajaan Barisan Nasional (BN) berlaku adil mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir tanpa mengira penyokong kerajaan atau pembangkang serta di kawasan kalah atau menang kerana mengutamakan nilai kemanusian berbanding pertimbangan politik, kata Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak.

Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak (tengah)  menunjukkan barangan yang diagihkan kepada mangsa banjir selepas menyampaikan baucer bantuan kepada mangsa banjir pada Majlis Penyampaian Bantuan Mangsa Banjir dan Meraikan Sukarelawan Banjir di Kemaman, pagi ini.

“Dalam pada itu kita berlaku adil, tak kira mereka sokong kita tak sokong kita, tak kira kawasan menang, tak menang, kita tetap beri bantuan kerana nilai kemanusian lebih tinggi dari pertimbangan politik. Ini kerajaan kita.

“Sebab itulah hari ini selain sumbangan RM500 daripada kerajaan, tambah lagi dengan Kerajaan Terengganu RM1,500, kita buat sesuatu yang agak sukar dibayangkan, difikirkan dan dianggarkan sebelum ini kerana apa..kerana kita bagi dapur, mungkin selama ini ada kita bagi dapur, kita juga bagi bantal, mungkin selama ini kita ada bagi bantal, tilam pun kita bagi, mungkin sebelum ini pun ada tilam, tetapi kali ini kita tambah dengan peti sejuk dan televisyen. Saya pesan kepada Dato’ Sri Shabery Cheek sebab televisyen kita ambil dari dana Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Dato’ Sri Ahmad Shabery bagitau kepada saya tak mengapa, boleh ambil kerana justifikasinya ada. Selain nak tolong mangsa banjir, kita juga boleh berkomunikasi dengan rakyat. Jadi apa jua maklumat akan sampai kepada rakyat melalui televisyen LED 32 inci,” katanya.

Beliau berucap demikian di Majlis Penyampaian Bantuan Mangsa Banjir dan Meraikan Sukarelawan di Padang Astaka, Chukai, Kemaman, hari ini.


Turut hadir, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek; Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Mohd Zubir Embong.

Hadir sama, Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Ketua Umno Wanita, Dato’ Sri Shahrizat Abd Jalil.

Sebelum itu, Perdana Menteri berkata, Kerajaan BN yang berpegang kepada falsafah rakyat didahulukan, sentiasa berusaha dan membuktikan bahawa kerajaan akan sentiasa bersama rakyat dalam senang dan susah termasuk ketika berdepan musibah banjir.

“Bukankah Kerajaan Umno dan BN sahaja (membantu rakyat). Oleh itu janganlah cuba hendak mainkan dalam kepala rakyat, sekali dua turun waktu banjir, sekali dua singsing seluar, keluar dalam Facebook kononnya dialah juara rakyat tetapi hakikatnya dari mula sampai akhirnya Umno dan BNlah yang membantu rakyat.

 “Tidak boleh kita nilai itu sahaja. Dari segi bantuan makanan, dari segi bantuan buruh, dari segi tenaga sukarela, wanita dengan Skuad Sayangnya yang turun walaupun sekejap semangat wanita tidak pernah luntur, sebab itu kita gelar wanita tulang belakang Umno,” katanya.

Dalam pada itu, Dato’ Sri Mohd Najib meminta supaya rakyat tidak seharusnya tertipu dengan lakonan pemimpin pembangkang yang hanya keluar bertemu rakyat dan mengagihkan bantuan yang tidak seberapa ketika musim tertentu sahaja.

“Janganlah sebab sehari dua muncul, turun dan kibar bendera besar, tidak bolehlah.. dan tidak sampai, tidak sampai bantuan sebagaimana yang dihulurkan Kerajaan BN,” katanya.

Tambah beliau lagi, keprihatinan pemimpin BN dan Umno juga terbukti apabila ketika ramai pemimpin sedang mengikuti Perhimpunan Agung Umno 2013 yang lalu, Dato’ Seri Ahmad Said dan Dato’ Sri Ahmad Shabery sanggup meninggalkan tempat persidangan untuk meninjau dan bersama-sama rakyat yang dalam kesusahan.

Di majlis itu, seramai 30 daripada 19,205 keseluruhan mangsa banjir di Terengganu menerima sumbangan kelengkapan rumah iaitu televisyen, peti sejuk, tilam, bantal dan set dapur yang bernilai kira-kira RM5,000 yang akan disampaikan secara berperingkat-peringkat.

 Selain itu, setiap mangsa juga akan menerima bantuan RM500 dari Kerajaan Pusat dan bantuan RM500 hingga RM1,500 dari kerajaan negeri bergantung kepada nilai kerugian.

 

Mangsa banjir terharu terima sumbangan

Oleh: Suriati Ali dan Aida Abd Rahman
Gambar oleh Zulkipli Putra

Kamri Ngah
Keprihatinan Kerajaan Barisan Nasional (BN) mengagihkan sumbangan barangan dan wang tunai kepada seramai 19,205 keluarga mangsa banjir, akhir tahun lalu cukup mengharukan penerima.

Bagi peringkat pertama pengagihan, 30 daripada 600 kumpulan pertama mendapat bantuan yang disampaikan Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak di Majlis Penyampaian Bantuan Mangsa Banjir dan Meraikan Sukarelawan peringkat kebangsaan, di Padang Astaka, Chukai, Kemaman, hari ini.

Sebahagian mangsa banjir yang merupakan kumpulan pertama yang mendapat bantuan banjir yang disampaikan Perdana Menteri di Padang Astaka, Chukai, Kemaman.
Setiap keluarga menerima bantuan berupa bantal, tilam, dapur, peti sejuk dan televisyen bersaiz 32 inci sumbangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Kelab Putera 1Malaysia, secara berperingkat-peringkat sehingga April nanti.

Selain itu, mereka juga akan menerima bantuan wang tunai RM500 daripada Kerajaan Pusat dan bantuan antara RM500 dan RM1,500 daripada kerajaan negeri bergantung kepada jumlah kerugian.

 Penerima dari Kampung Pengkalan Pandan, Cukai, Kemaman, Kamri Ngah, 48, berkata, ia cukup terharu dengan sumbangan yang diterima itu kerana tidak pernah sebelum ini mendapat barangan dan wang tunai dalam jumlah begitu besar.

Lim Boh Nor
 Katanya, sebaik saja mendapat berita terpilih menerima sumbangan yang akan disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri, kesedihan yang ditanggung sedikit terubat dan dianggap berbaloi walaupun mengalami kerugian kira-kira RM30,000 akibat banjir besar, baru-baru ini.

“Payah juga nak terima hakikat semua barangan dan perabot rumah rosak, ditambah pula kereta dan van untuk berniaga turut ditenggelami air. Apabila ada pihak yang mengambil cakna, kesedihan itu sedikit terubat dan semakin boleh dilupakan,” katanya

Seorang penerima dari Kampung Mentok, Kemaman, Lim Boh Nor, 70, berterima kasih kepada Kerajaan BN kerana sudi menyelami perasaan dan keperluan  mangsa dengan mengagihkan kelengkapan elektrik dan bantuan kewangan berkenaan.

Abdul Rahim Daud
 “Barangan elektrik banyak rosak kerana ditenggelami banjir, hendak diganti yang lain tidak mampu,
kerana duit yang ada hanya untuk membeli pakaian dan barangan keperluan dapur,” katanya.

Penerima lain, Abd Rahim Daud, 71, berkata dia menganggap pemberian itu cukup bermakna memandangkan sehingga kini ini tiada lagi pihak lain tampil memberi sumbangan begitu besar.

 “Syukur kepada Maha Esa dan terima kasih kepada pemberi sumbangan kerana turut memilihnya untuk menerima sumbangan,” katanya.

Manakala, seorang lagi mangsa, P. Selvathurai pula berkata, bukan semua orang bertuah dapat melihat Perdana Menteri secara dekat dan bersalaman dengan pemimpin nombor satu negara itu.

"Saya rasa cukup bertuah kerana terpilih untuk mengambil sumbangan daripada Dato' Sri Mohd Najib. Sumbangan itu membuktikan kerajaan prihatin dan mengambil berat terhadap rakyat yang kesusahan," katanya.

 

Pergerakan Puteri Umno Bahagian Marang anjur Program Ramah Mesra

Oleh: Amirullah Othman dan Noraini Jusoh

Pergerakan Puteri Umno Bahagian Marang menganjurkan Program Ramah Mesra Ketua Pergerakan Puteri Umno Negeri Terengganu Bersama Ketua-Ketua Puteri Cawangan Dalam Bahagian Marang di Dewan Sivik Kampung Atas Tol, baru-baru ini.
Ketua Puteri Umno Bahagian Marang, Puan Laila Md Daud berkata, program berkenaan bertujuan untuk mewujudkan serta mengeratkan silaturahim di antara pemimpin Puteri peringkat Negeri dengan kepimpinan Puteri peringkat Bahagian dan Cawangan.

“Bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini, sasaran utama Puteri adalah untuk menambahkan bilangan ahli yang berumur 18 hingga 35 tahun.

 “Dan kita juga ingin menjadi jentera penggerak dan penyumbang utama pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti supaya kerajaan Barisan Nasional dan Umno terus kekal memerintah negara tercinta,” ujarnya.

Katanya, buat masa ini program peringkat akar umbi menjadi keutamaan dan program dalam kumpulan yang kecil adalah menjadi sasaran Puteri.
Dalam pada itu, seramai 150 orang menghadiri program berkenaan dimana majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Ketua Umno Bahagian Marang, YB A. Latiff Awang.

 

Terengganu lancar Terengganu D'Everest 2015

Oleh: Suriati Ali 

Kerajaan negeri kini melancarkan projek Terengganu D'Everest 2015, sebagai usaha menyemarakkan semangat dan kegigihan anak negeri ini untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam pelbagai lapangan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia negeri, YB Rozi Mamat berkata, selaras dengan hasrat untuk merealisasikan slogan Terengganu kuasa sukan negara dan 'Terengganu Hanelang',
program itu cukup bersesuaian selain mahu melahirkan lebih ramai anak negeri jaguh dalam bidang sukan. 

“Projek pendakian gunung tertinggi di dunia itu cukup mencabar kekuatan fizikal, mental dan pengalaman itu akan melibatkan sekumpulan lapan orang anak negeri.

''Melalui proses pemilihan dan saringan, akhirnya cuma lapan orang akan dipilih untuk membawa misi kerajaan dan mengibarkan bendera negeri di puncak itu pada tahun hadapan," katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Pelancaran Program dan Pemilihan Pendaki Terengganu De'Everest 2015 di Stadium Tertutup Gong Badak Kuala Terengganu, semalam.

Menurut beliau, Mohammad Rafi Qori, anak negeri pertama yang berjaya menawan gunung Everest pada 2007 telah dilantik sebagai ketua jurulatih bagi projek tersebut.

Katanya, Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) telah dilantik sebagai urusetia projek dan bakal digerakan dengan Persatuan Kembara Malaysia dan negeri.

“Misi pendakian akan dilaksanakan antara April hingga Jun 2015 dan sebelum itu mereka akan menjalani pelbagai siri latihan latihan yang akan digerakkan mulai Febuari depan.

"Latihan pertama dijangka dengan melibatkan pendakian puncak tertinggi di benua Afrika, Gunung Kilimanjaro diikuti dengan latihan teknikal di Banjaran Annapurna, Nepal pada Mac dan April.

Katanya , ini akan disusuli dengan latihan mendaki kedua di Gunung Elbrus, Rusia (Ogos) serta latihan mendaki ketiga yang juga boleh disifatkan sebagai pra-ekspedisi ke Everest iaitu di Gunung Baruntse, Nepal (September)," katanya.

"Latihan pendakian akan turut diadakan di dalam negara seperti di Gunung Kinabalu dan Gunung Ranau di Sabah serta lain-lain lagi sekitar September 2014 hingga Mac 2015 termasuk yang terakhir di Island Peak pada Mac 2015.

 

11 January 2014

Atlet Terengganu berqiamullail di Mini Kem Sukma.

BERSEMANGAT...sebahagian daripada 164 atlet SUKMA negeri Terengganu bersemangat melaungkan Terengganu Boleh selepas menamatkan Mini Kem Sukma XVII 2014 Siri I yang diadakan di Peladang Agro Resort Setiu, Bandar Permaisuri, Setiu, selama tiga hari berakhir hari ini.

Majlis perasmian penutup itu dilakukan oleh Timbalan Exco Belia, Sukan Dan Sumber Manusia Negeri, Mohd Mahdi Musa.Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu.

Menurut Ibni Amin, tujuan program itu diadakan ialah untuk menerapkan daya juang, daya saing, semangat sepasukan, semangat patriotik, semangat kenegerian supaya athlet itu ada tanggungjawab untuk bertanding bagi menaikan nama Terengganu.

Ibni Amin Busu.
"Pada masa yang sama kita buat simulasi kepada latihan yang sebenar, melalui kem ini kita adakan aktiviti-aktiviti lasak supaya mereka berada dalam keadaan penat dan dalam pada masa yang sama kita mahu athlet ini boleh mengawal diri masing-masing walaupun dalam keadaan keletihan.

"Inilah ciri-ciri athlet yang berjaya. Walaupun dalam keadaan letih, mereka boleh menjadi lebih baik daripada pasukan lawan dan mereka boleh menang. Inilah elemen yang kita terapkan dalam kem ini," katanya.

Selain itu, Ibni Amin berkata, kem itu juga turut menitik beratkan soal agama dimana setiap athlet digalakan bersembahyang jemaah, mendengar kuliah agama dan menyertai Qiamullail.

"Sambutan atlet terhadap aktiviti ini amat baik sekali dan Pada tahun ini kita mengadakan program Qiamullail bagi mengisi ketahanan dalaman altlet kita," katanya.

Ibni Amin berkata, Mini Kem Sukma XVII Siri ke 2 akan diadakan pada bermula khamis ini yang membabitkan seramai kira-kira 150 athlet berpasukan.- Oleh: Aminudin Ismail.
Mohd Mahdi menyampai hadiah kepada atlet
Ikrar..atlet berikrar bertanding bersungguh-sungguh.


Dua athlet wanita turut berikrar.
Dua wartawan bertanyakan sesuatu kepada Mohd Mahdi.

 

NOK CARI MANA LAGI KERAJAAN BAIK LAGU NI....



Pagi ini, 12 Januari 2014 (Ahad) Perdana Menteri Malaysia, dijadual akan menyampaikan bantuan mangsa banjir dan meraikan sukarelawan Peringkat Negeri Terengganu  bertempat di Padang Astaka, Bandar Chukai, Kemaman Terengganu.
 Ia diadakan dengan kerjasama Kelab Putera 1 Malaysia, Kerajaan Negeri dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Umno Bahagian Kemaman.
Antara bantuan yang akan disampaikan, antaranya termasuklah peti sejuk, telivisyen, peralatan memasak (dapur), tilam dan bantal.
  Presiden Kelab Putera 1 Malaysia, YB Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang juga Ahli Parlimen Baling Kedah baru sahaja mengadakan sidang media khas di tapak acara.
 Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek bersama Datuk Abdul Azeez kemudiannya bersama-sama menjayakan latihan (reahersal) acara untuk melicinkan perjalanan acara sebenar esok. Daripada : Ruslan Abdul Rahman. Gambar sumbangan: Fauzi Adam.

ADUN Kuala Besut melawat pejalan kaki Mohd Nor Mat


Tengku Zaihan menyampaikan sumbangan hamper kepada Mohd Nor 

Oleh: Mohammad Ishak 

Penderitaan Mohd Nor Mat,48, pejalan kaiki Program Walk For Malaysia anjuran Kerajaan Terengganu yang cedera dipukul mendapat perhatian Ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.

Mohd Nor bekas pesara tentera menarik perhatian rakyat Malaysia kerana kejayaannya berjalan kaki sejauh 600 kilometer dari Kuala Besut ke Putrajaya, September tahun lalu.

Beliau menunaikan nazar dengan berjalan kaki berikutan kejayaan Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Julai tahun lalu.

Katanya, beliau juga akan terus menyertai berjalan kaki jika ada pihak yang sedia menganjurkanya untuknya kerana sudah menjadi minat sejak berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Saya tidak serik dan pengalaman dipukul sekumpulan lelaki Ahad lalu tiudak mematahkan semangatnya untuk meneruskan aktiviti berkenaan,” katanya ketika dikunjungi ADUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman di rumahnya di Kampung Pulau Meranti, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian Ahad lalu sekumpulan lelaki bertopeng dikatakan memukul Mohd Nor di hadapan Pejabat Penyelaras DUN Jertih, Gong Kemuntong ketika beliau baru masuk ke keretanya.

Berikutan kejadian itu, beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut,Kampung Raja, sebaik beliau keluar wad Selasa lalu.

Sementara itu, Tengku Zaihan berkata, Mohd Nor masih kuat semangat untuk meneruskan aktiviti berjalan kaki dan jika ada pihak sedia menganjurkanya pada masa akan datang.

Tengku Zaihan juga kecal kerana ada pihak membuat berita palsu dengan menyebarkan pejalan kaki terbabit sudah meninggal dunia selepas dipukul pihak tidak bertanggungjawab.

Katanya, banyak penyebaran melalui Facebook yang memaparkan jenazah Mohd Nor sedang disembahyangkan kerana mati akibat kejadian berkenaan.

Tengku Zaihan berkata, beliau datang menemui Mohd Nor kerana beliau antara individu yang berjaya kepada negeri ini sehingga sanggup berjalan kaki sejauh 600 kilometer dalam tempoh 13 hari bermula dari Dataran Kuala Besut.

Beliau berharap, tiada lagi penyebaran berita palsu mengenaji kematian pejalan kaki itu kerana ia tidak benar sama sekali.

Semua yang layak akan diberi bantuan- Bazlan.

Bazlan ketika berucap di Batu Rakit, semalam.
Teks dan gambar: Aminudin Ismail. 

BATU RAKIT: Pengerusi JKKK Dun ini diminta supaya mempastikan semua penduduk Batu rakit yang layak menerima bantuan daripada kerajaan tidak tertinggal daripada senarai penerima. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman berkata beliau tidak mahu melihat orang yang sama menerima bantuan setiap kali majlis diadakan.

"Saya mengharapkan perkara ini tidak berlaku dan Pengerusi JKKK hendaklah mempastikan tiada orang yang sama menerima bantuan dan sentiasa memantaunya supaya ia tidak betindih.

"Biar semua orang menikmati (bantuan kerajaan), biar semua orang akan menerima, dan bantuan ini ada perbagai bentuk, hari ini kita bagi duit dan ada yang kita baiki rumah dan macam-macam lagi dan kalau boleh kita tidak mahu orang sama menerimanya," katanya.

 Bazlan berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyampaian Bantuan Masih Ada Yang Sayang (Mayang) di sini, semalam. Turut hadir di majlis itu ialah Ahli Parlimen Setiu, Che Zulkifly Jusoh. 

Seramai 100 penduduk berpendapatan rendah di Dun Batu Rakit menerima bantuan itu yang kebanyakannya terdiri daripada nelayan dan petani.

Bazlan juga mengucapkan terima kasih kepada penduduk Batu Rakit kerana sentiasa menyokong Barisan Nasional dan mengharapkan sokongan itu akan diteruskan bagi menjamin kemajuan dan pembangunan kawasan Dun itu.
Terima..Zulkif menyampaikan bantuan kepada seorang penduduk.

Dengar...sebahagian 100 penerima yang hadir.